Monday, March 30, 2020

Arahan tugasan kerja rumah semasa PKP pada 23 hingga 31 Mac 2020


kesan penggunaan teknologi maklumat terhadap generasi muda dan peranan ibu bapa untuk menanganinya.



SILA BUAT LATIHAN RUMUSAN DI DALAM KERTAS KAJANG MASING-MASING SEMASA PERINTAH TAHANAN PERGERAKAN  (PKP) CIVIC-19  PADA 23 HINGGA 24 MAC 2020

DISEDIAKAN OLEH YATIMAN BIN KAMSIDIN
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Latihan Rumusan Set 4
30 markah


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kesan penggunaan teknologi maklumat terhadap generasi muda dan peranan ibu bapa untuk menanganinya. Panjangrya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.



                Teknologi maklumat merupakan satu daripada bentuk teknologi yang berasaskan jaringan hubungan yang melibatkan komuniti di seluruh dunia. Namun perubahan teknologi yang berasaskan inovasi moden ini telah membentuk sekelompok insan yong obsesi dengan penggunaannya sehingga menyebabkan murid-murid sekolah tidak mampu melakukan apa-apa sahaja tanpa bantuan teknologi maklumat.

                Penggunaan telefon mudah alih, komputer, dan televisyen telah membentuk kumpulan remaja yang terdorong untuk menjalankan aktiviti riadah hanya melalui atas talian. Bayangkan dengan hanya RMl sahaja mereka mampu untuk melayari Internet dan menggunakan pelbagai jenis permainan yang menyeronokkan. Hal inilah yang menjadi unsur gangguan kepada remaja sehingga mampu mengubah pemikiran, hasrat dan keupayaan seseorang dalam menekuni sesuatu perkara vang dilakukan. Dalam konteks pelajar, aktiviti yang berbentuk proses pembelajaran akan terganggu dengan wujudnya  faktor penarik  yang terdapat dalam permainan atas talian yang ditawarkan oleh teknologi maklumat dan komunikasi.

                  Selain itu, isu ini melibatkan masa dan tenaga serta kos yang dibazirkan semasa
menggunakannya. Sebagai contohnya, pengguna tidak perlu lagi berpakaian sukan yang lengkap untuk menjalani aktiviti sukan yang digemari. Mereka hanya memerlukan peralatan teknologi sahaja. Bayangkan, cara hidup masyarakat yang dikuasai oleh teknologi. Mereka akan hilang nilai kemasyarakatan yang sebenarnya dapat dinilai keikhlasannya. Nilai kekeluargaan, semangat setia kawan dan hubungan sosial yang berkesan secara bersemuka, semakin pupus.

                 Muka buku atau Facebook banyak mengganggu rutin kehidupan seseorang yang berhasrat memenuhi naluri kehidupan mereka secara fitrah. Penggunaannya yang melampaui had akan memberikan impak negatif yang akan mengganggu proses pembelajaran sosial remaja. Kehidupan sebagai remaja sepatutnya diisi dengan aktiviti berkumpulan yang sesuai dengan sifat semula jadi remaja yang gemar akan cabaran dan sesuatu yang baharu yang mampu menguji keupayaan fizikal dan mental mereka. Namun kini, remaja tidak lagi melakukan aktiviti secara bekerjasama atau berkumpulan. Semua elemen dan nilai yang perlu dimiliki oleh remaja ini sukar untuk dipenuhi oleh aktiviti yang berasaskan teknologi kerana perantaranya ialah alat dan media atas talian.

                 Perkembangan teknologi maklumat, khususnya untuk tujuan hiburan dan riadah merupakan perkara yang mengganggu proses perkembangan fizikal dan mental remaja. Sebenarnya aktiviti hiburan dan riadah ini masih perlu dijalankan secara manual dan semula jadi. Kegiatan ini masih memerlukan hubungan kemanusiaan, tambahan pula tubuh badan kita
masih perlu dibasahi peluh yang keluar secara semula jadi untuk kesihatan yang baik.
Dipetik dan diubah suai daripada ' Teknologi Menganggu Remaja'
oleh Noor AzamAbdul Rahman, Dewan Siswa, Disember 2013.

Soalan 2 (a)- Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan l, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
(i)           Berikan maksud rangkai kata insan yang obsesi.                   [2markah]
(ii)          Berdasarkan petikan, bagaimanakah remaja sepatutnya mengisi  masa lapang mereka?                                                                                                                           [3 markah]
(iii)         Pada pendapat anda, apakah punca penyalahgunaan teknologi maklumat dalam kalangan 
                remaja?                                                                                      [4 markah]

kesan-kesan pengambilan makanan kesihatan dan langkah-langkah mengatasinya (Rumusan Set 3)


SILA BUAT LATIHAN RUMUSAN DI DALAM KERTAS KAJANG MASING-MASING SEMASA PERINTAH TAHANAN PERGERAKAN  (PKP) CIVIC-19  PADA 23 HINGGA 24 MAC 2020

DISEDIAKAN OLEH YATIMAN BIN KAMSIDIN
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

RUMUSAN 30 markah SET 3


Baca petikan di bawah kemudian buat rumusan tentang kesan-kesan pengambilan makanan kesihatan dan langkah-langkah mengatasinya. Panjang rumusan anda tidak lebih daripada 120 patah perkataan.


Kebelakangan ini, lambakan makanan kesihatan berada di pasaran Malaysia terdiri daripada pelbagai jenama yang dihasilkan sama ada dari dalam negara atau luar negara. Bahan tersebut dibungkus dalam pakej dengan pelbagai cara untuk menarik perhatian pelanggan. Pasaran makanan kesihatan meningkat saban tahun dari segi penjualannya. Pengeluar berjaya mempromosikan makanan kesihatan sebagai bahan yang boleh menyumbang ke arah kehidupan yang sihat dan bahagia. Iklan secara agresif tentang khasiat makanan kesihatan dalam pelbagai media juga telah berjaya menarik perhatian ramai.



Pengambilan makanan kesihatan dapat meningkatkan imunisasi badan. Meminum Pati ikan kod dapat mencegah pelbagai penyakit kronik seperti kanser usus dan otak selain dapat meningkatkan pemulihan sel-sel mati.  Pengambilan spriluna dan makanan organik secara berkala boleh menjadi satu gaya hidup sihat bagi  masyarakat moden. Hal ini demikian, kerana masyarakat kini sibuk dengan kerjaya dan tidak mempunyai masa rehat yang cukup untuk melakukan senaman. Hal ini demikian, kerana kandungan makanan kesihatan ini mengandungi nutrisi dan pelbagai khasiat.



Pengambilan makanan kesihatan dapat meningkatkan tahap kecerdasan. Makanan kesihatan akan memberi kesan positif semasa proses pembesaran baik dari segi fizikal mahupun mental. Hal ini demikian, kerana makanan kesihatan yang mengandungi nutrisi tambahan seperti kalsium, zat besi dan serat dapat membantu tumbesaran dari segi fizikal. Kesannya,tulang-tulang akan menjadi lebih kuat. Makanan dari daun gingko dan pati ikan kod dapat menguatkan ingatan seseorang. Oleh itu,  pengambilan makanan kesihatan secara terancang dapat member kebaikan kepada penggunanya. Hal ini demikian, kerana kandungan makanan kesihatan ini mengandungi nutrisi dan pelbagai khasiatnya.



Walau bagaimanapun, Pengambilan makanan kesihatan tidak terancang memberikan kesan negatif iaitu menjadi punca penyakit seperti kencing manis, kanser dan sakit jantung. Hal ini demikian, kerana pengambilan makanan kesihatan secara tidak terancang akan meninggalkan kesan negatif terhadap tubuh badan. Buktinya,makanan kesihatan yang mengandungi paras gula berlebihan akan menyebabkan penyakit kencing manis. Nutrisi yang berlebihan di dalam badan seperti protein, karbohidrat dan zat besi akan menyebabkan sel-sel kanser menjadi aktif.



Selain itu,  Pengambilan makanan kesihatan secara berlebihan akan menyebabkan kerosakan organ dalaman. Kesan bahan kimia yang berlebihan dalam produk atau makanan kesihatan tertentu boleh merosakkan organ dalaman yang penting seperti otak, buah pinggang dan hati .Hal ini demikian, kerana bahan kimia tersebut akan larut dalam darah .Darah akan mengalir ke otak bersama-sama dengan larutan kimia tersebut. Keadaan ini akan menjejaskan fungsi otak. Selain itu, para pengguna yang tidak begitu sesuai dengan produk atau makanan suplemen seperti pil-pil vitamin, kologen dan pil pelansingan boleh mendapat kesan sampingan.

  

Seterusnya pengambilan makanan kesihatan juga dapat menyebabkan masyarakat menjadi pasif untuk bersenam. Masyarakat berasakan bahawa pengambilan makanan kesihatan dapat menjamin kesihatan yang baik. Oleh itu, masyarakat tidak akan melakukan senaman bagi menggerakkan otot-otot badan mereka. Asalnya, pengambilan makanan kesihatan sebenarnya makanan sampingan untuk menambahkan tenaga selepas penat melakukan pekerjaan. Kebergantungan kepada pil-pil vitamin, spriluna dan kologen boleh menyebabkan keburukan kepada pengguna jika diambil secara berlebihan. Masyarakat akan mendapat obesiti apabila tidak melakukan senaman dan akan menyebabkan punca pelbagai penyakit.



Kesimpulannya,pengambilan makanan kesihatan dapat memberikan banyak manfaat kepada pengguna. Namun demikian,pengambilan makanan kesihatan yang tidak terkawal akan memberikan kesan yang buruk kepada pengguna kerana makanan kesihatan seperti pil-pil vitamin dan spriluna mengandungi bahan-bahan kimia yang terkawal. Kesan pengambilan makanan kesihatan secara berlebihan dapat menyebabkan kerosakan buah pinggang, usus dan hormon tidak stabil. Walaupun pengambilan makanan kesihatan merupakan alternative baru masyarakat kini untuk menjaga kesihatan mereka tetapi kesihatan juga boleh terganggu jika pemakanan berkhasiat tidak diamalkan.





















































Kesan-kesan pengambilan makanan segera dan langkah-langkah mengatasinya.




SILA BUAT LATIHAN RUMUSAN DI DALAM KERTAS KAJANG MASING-MASING SEMASA PERINTAH TAHANAN PERGERAKAN  (PKP) CIVIC-19  PADA 23 HINGGA 24 MAC 2020

DISEDIAKAN OLEH YATIMAN BIN KAMSIDIN


RUMUSAN 30 markah - SET 2


Baca petikan di bawah kemudian buat rumusan tentang kesan-kesan pengambilan makanan segera dan langkah-langkah mengatasinya. Panjang rumusan anda tidak lebih daripada 120 patah perkataan. (T5)

                
          Apabila ada ura-ura cadangan pengharaman iklan makanan segera dalam media massa sama ada media cetak atau media elektronik oleh Kementerian Kesihatan, banyak pihak memberikan pandangan yang berbeza-beza. Pandangan tersebut sudah tentu bersifat positif dan negatif. Kebanyakan pandangan negatif adalah berkaitan dengan kesan negatif terhadap ekonomi sebagai suatu tindakan yang boleh memalapkan ekonomi terutama dalam industri pengiklanan. Dalam hal ini, golongan tersebut lupa bahawa tentang kerosakan dan komplikasi kesihatan yang berlaku apabila terlalu banyak makan makanan segera. Adakah demi kelok ekonomi, kita sanggup berkorban nyawa? Persoalan besar ini perlu direnungkan dengan sikap berlapang dada dan berpandangan jauh.

            Trend masyarakat masa kini turut mendorong perkembangan drastik industri makanan segera. Masyarakat yang terlalu sibuk sama ada kesibukan tugas atau kesibukan yang berpunca daripada rentak kehidupan masyarakat moden mendorong mereka mencari jalan pintas dengan mengambil makanan segera. Padah yang paling buruk daripada sikap tersebut apabila sikap itu menjangkiti anak-anak pula. Jika beberapa dekad yang lalu, mi segera menjadi pilihan makanan segera, kini terdapat ribuan jenama dikeluarkan atas keperluan makanan segera. Selain kurang berkualiti dan kandungan zat makanan yang tidak seimbang, makanan segera banyak membawa mudarat sebagai akibat kandungan garam dan bahan pengawet yang berlebihan.
                 
             Pada hari ini, perkara yang membimbangkan berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan remaja, iaitu komplikasi kegemukan atau obesiti. Statistik sejak akhir-akhir ini menunjukkan bahawa 25 hingga 30 peratus kanak-kanak di Malaysia menghadapi masalah kegemukan. Bahaya kegemukan telah menjadi suatu sindrom baru rakyat Malaysia yang dikatakan berpunca daripada pengambilan berlebihan makanan segera yang mengandungi lemak dan gula yang tinggi. Makanan tersebut terdiri daripada aiskrim, makanan yang berasaskan marjerin dan minuman berkarbonat di dalam tin.Bahaya yang paling serius daripada kegemukan ialah risiko peningkatan kolesterol dalam darah.
    
              Komplikasi dan radang tiga serangkai iaitu darah tinggi, buah pinggang dan sakit jantung sentiasa menjadi perbualan hangat penyakit moden masa kini. Dalam mesyuarat Kolej Kardiologi Amerika di Anaheim melaporkan risiko remaja menghadapi sakit jantung daripada lebihan lemak tepu dan kolesterol yang terdapat dalam makanan segera adalah amat tinggi. Otak yang cerdas berada pada tubuh badan yang sihat. Kajian di Baycrest Centre di Universiti Toronto, Kanada merumuskan bahawa makanan segera boleh merosakkan fungsi otak kerana lebihan lemak boleh menggangu peranan glukosa dan merosakkan daya konsentrasi dan tahap ingatan. Makanan segera yang mengandungi kadar lemak dan protein yang tinggi serta kandungan karbohidrat yang rendah merupakan imbangan makanan yang tidak sesuai untuk perkembangan otak manusia.
    
                Selain itu, pelbagai komplikasi lain turut mengancam pengambilan makanan segera. Ancaman tersebut ialah radang paru-paru yang boleh membawa kepada penyakit asma yang kronik. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh pakar saintis dari Scotland dan Arab Saudi dengan semua pengamal perubatan mendapati bahawa makanan ringan menjadi punca meningkatnya penyakit alahan dalam kalangan kanak-kanak. Kajian yang dilakukan terhadap 100 orang kanak-kanak yang mengambil makanan segera menunjukkan bahawa mereka kurang mengambil makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, vitamin E, zat-zat logam dan susu amat mudah menghadapi risiko diserang asma yang berlarutan.
     
                 Inilah musibah apabila masyarakat terlalu memilih jalan mudah termasuk dalam hal makan minum. Makanan sebenarnya menjadi sumber untuk kesihatan dan kesejahteraan, malang sekali apabila makanan turut membawa kesengsaraan kepada manusia.

punca berlakunya tekanan mental dalam kalangan remaja dan langkah-langkah untuk mengatasinya.


SILA BUAT LATIHAN RUMUSAN DI DALAM KERTAS KAJANG MASING-MASING SEMASA PERINTAH TAHANAN PERGERAKAN  (PKP) CIVIC-19  PADA 23 HINGGA 24 MAC 2020

DISEDIAKAN OLEH YATIMAN BIN KAMSIDIN


RUMUSAN 30 markah - SET 1


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca berlakunya tekanan mental dalam kalangan remaja dan langkah-langkah untuk mengatasinya.  Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.


Pada Januari 2011, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperkenalkan Modul Kesihatan Mental di sekolah menengah untuk menangani masalah tekanan mantel dalam kalangan pelajar.  Pelaksanaan Modul Kesihatan ini mendapat kerjasama daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).  Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, KKM akan berbincang dengan KPM bagi mencari pendekatan terbaik supaya model tersebut dapat diajarkan disekolah.  Berdasarkan rekod KKM, bilangan pesakit mental yang terima rawatan di hospital awam meningkat daripada 15.6 peratus kepada 400227 orang pada 2010 berbanding dengan tahun sebelumnya.  
Kebanyakan pesakit mental terdiri daripada golongan tua, dewasa, dan remaja.


Kebanyakan remaja yang alami tekanan mental datang daripada keluarga yang bermasalah.  Remaja ini tidak di beri peluang dalam keluarga untuk melabuhkan perasaan, pandangan, atau masalah mereka malah kebanyakan mereka hanya memendam rasa.  Sekiranya perasaan ini sudah tidak dapat di kawal, remaja tersebut akan cenderung untuk menunjukkan tingkah laku yang kurang menyenangkan lalu bertindak membuta tuli.  Ibu bapa yang terlalu menekankan akademik juga menyebabkan mereka mudah mengalami tekanan.  Selain itu, penderaan secara fizikal dan mental juga menjadi faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami tekanan.  Individu yang pernah di pukul atau di perkosa berkemungkinan besar akan mengalami tekanan.  Tidak mustahil juga jika dikatakan bahawa kesihatan emosi setiap insan amat berkait rapat dengan kesihatan mentalnya.  Seseorang yang hidup mewah tetapi kurang mendapat perhatian dan kasih sayang juga akan mengalami gejala ini.  Mereka ini akan hilang semangat untuk hidup.


Kematian seseorang yang disayangi dan penceraian ibu bapa merupakan antara contoh pengalaman yang boleh memberikan kesan buruk termasuklah tekanan mental kepada seseorang.  Pengalaman yang berupa tragedi ngeri yang pernah di alami oleh seseorang itu menyebabkan mereka sering mengalami gangguan emosi.  Hal ini dikatakan sedemikian kerana mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa orang yang disayanginya telah meninggal dunia.  Kesannya, mereka akan diselubungi kesedihan yang berpanjangan lalu membawa kepada tekanan mental dan sakit jiwa.  Terdapat juga segelintir remaja yang gagal mencapai keputusan akademik yang diharapkan juga akan menghadapi situasi yang sama.  Mereka akan mengambil keputusan untuk membunuh diri.  Kecenderungan untuk mengambil tindakan yang tidak matang ini disokong pula dengan faktor lain seperti sejarah keturunan keluarga.  Pakar sakit jiwa membuktikan bahawa tekanan mental boleh dikaitkan dengan keturunan.  Jika keluarga ibu atau bapa seseorang itu pernah mengalami tekanan mental yang teruk maka berkemungkinan anak-anak dan generasi seterusnya mudah mengalami tekanan mental.
                                                                                 Diubahsuai daripada ‘Menangani Masalah Mental'                                                                                                Dewan Masyarakat, Mei 2011




Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

i.  Apakah maksud rangkai kata pendekatan terbaik ? [ 2 markah ]
ii.  Apakah kesan yang dihadapi oleh remaja jika mereka tidak dapat meluahkan perasaan,              
     pandangan dan masalah mereka kepada keluarga? [3 markah ]

iii.  Pada pendapat anda, apakah peranan yang boleh dimainkan oleh ibu bapa untuk menangani         
       masalah tekanan anak-anak dalam pelajaran?  [ 4 markah ]

Pantun Keselamatan jalsn raya by Tok Yat

 Sultan Mahmud jalan bertandu Di tengah jalan minum nestum Tiada hormat sesama pemandu Jadi punca kereta berdentum. Arnab lari masuk  Hilang...