Monday, March 30, 2020

kesan penggunaan teknologi maklumat terhadap generasi muda dan peranan ibu bapa untuk menanganinya.



SILA BUAT LATIHAN RUMUSAN DI DALAM KERTAS KAJANG MASING-MASING SEMASA PERINTAH TAHANAN PERGERAKAN  (PKP) CIVIC-19  PADA 23 HINGGA 24 MAC 2020

DISEDIAKAN OLEH YATIMAN BIN KAMSIDIN
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Latihan Rumusan Set 4
30 markah


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kesan penggunaan teknologi maklumat terhadap generasi muda dan peranan ibu bapa untuk menanganinya. Panjangrya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.



                Teknologi maklumat merupakan satu daripada bentuk teknologi yang berasaskan jaringan hubungan yang melibatkan komuniti di seluruh dunia. Namun perubahan teknologi yang berasaskan inovasi moden ini telah membentuk sekelompok insan yong obsesi dengan penggunaannya sehingga menyebabkan murid-murid sekolah tidak mampu melakukan apa-apa sahaja tanpa bantuan teknologi maklumat.

                Penggunaan telefon mudah alih, komputer, dan televisyen telah membentuk kumpulan remaja yang terdorong untuk menjalankan aktiviti riadah hanya melalui atas talian. Bayangkan dengan hanya RMl sahaja mereka mampu untuk melayari Internet dan menggunakan pelbagai jenis permainan yang menyeronokkan. Hal inilah yang menjadi unsur gangguan kepada remaja sehingga mampu mengubah pemikiran, hasrat dan keupayaan seseorang dalam menekuni sesuatu perkara vang dilakukan. Dalam konteks pelajar, aktiviti yang berbentuk proses pembelajaran akan terganggu dengan wujudnya  faktor penarik  yang terdapat dalam permainan atas talian yang ditawarkan oleh teknologi maklumat dan komunikasi.

                  Selain itu, isu ini melibatkan masa dan tenaga serta kos yang dibazirkan semasa
menggunakannya. Sebagai contohnya, pengguna tidak perlu lagi berpakaian sukan yang lengkap untuk menjalani aktiviti sukan yang digemari. Mereka hanya memerlukan peralatan teknologi sahaja. Bayangkan, cara hidup masyarakat yang dikuasai oleh teknologi. Mereka akan hilang nilai kemasyarakatan yang sebenarnya dapat dinilai keikhlasannya. Nilai kekeluargaan, semangat setia kawan dan hubungan sosial yang berkesan secara bersemuka, semakin pupus.

                 Muka buku atau Facebook banyak mengganggu rutin kehidupan seseorang yang berhasrat memenuhi naluri kehidupan mereka secara fitrah. Penggunaannya yang melampaui had akan memberikan impak negatif yang akan mengganggu proses pembelajaran sosial remaja. Kehidupan sebagai remaja sepatutnya diisi dengan aktiviti berkumpulan yang sesuai dengan sifat semula jadi remaja yang gemar akan cabaran dan sesuatu yang baharu yang mampu menguji keupayaan fizikal dan mental mereka. Namun kini, remaja tidak lagi melakukan aktiviti secara bekerjasama atau berkumpulan. Semua elemen dan nilai yang perlu dimiliki oleh remaja ini sukar untuk dipenuhi oleh aktiviti yang berasaskan teknologi kerana perantaranya ialah alat dan media atas talian.

                 Perkembangan teknologi maklumat, khususnya untuk tujuan hiburan dan riadah merupakan perkara yang mengganggu proses perkembangan fizikal dan mental remaja. Sebenarnya aktiviti hiburan dan riadah ini masih perlu dijalankan secara manual dan semula jadi. Kegiatan ini masih memerlukan hubungan kemanusiaan, tambahan pula tubuh badan kita
masih perlu dibasahi peluh yang keluar secara semula jadi untuk kesihatan yang baik.
Dipetik dan diubah suai daripada ' Teknologi Menganggu Remaja'
oleh Noor AzamAbdul Rahman, Dewan Siswa, Disember 2013.

Soalan 2 (a)- Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan l, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
(i)           Berikan maksud rangkai kata insan yang obsesi.                   [2markah]
(ii)          Berdasarkan petikan, bagaimanakah remaja sepatutnya mengisi  masa lapang mereka?                                                                                                                           [3 markah]
(iii)         Pada pendapat anda, apakah punca penyalahgunaan teknologi maklumat dalam kalangan 
                remaja?                                                                                      [4 markah]

No comments:

Post a Comment

Pantun Keselamatan jalsn raya by Tok Yat

 Sultan Mahmud jalan bertandu Di tengah jalan minum nestum Tiada hormat sesama pemandu Jadi punca kereta berdentum. Arnab lari masuk  Hilang...