Saturday, August 13, 2016

LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN PEMBANGUNAN SUKAN NEGARA

Bahagian A
(20 markah)
Masa dicadangkan :45 minit

Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada pembangunan sukan negara di Malaysia. Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah meningkatkan pembangunan sukan di Malaysia. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.




Pendahuluan.

Sukan telah mendapat perhatian yang utama oleh pemimpin negara pada masa kini. Kemajan sesuatu sukan dalam negara bergantung kepada bilangan atlet yang berjaya memenangi pingat yang dipertandingkan diperingkat antarabangsa. Kejayaan atlet di dalam sesuatu sukan akan dijadikan kayu pengukur dan menjadi serampang dua mata membolehkan kita mendapat hak keistimewaan untuk menganjurkan sesuatu sukan dunia berskala besar seperti Olimpik. Antara manfaat  dapat menganjurkan sukan berskala besar, negara akan mendapat durian runtuh memajukan negara melalui pembangunan kemudahan-kemudahan sukan mengikut peruntukan yang disediakan oleh pihak kerajaan dan pihak penganjur. Persoalannya, apakah langkah-langkah holistik yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk membangunkan sukan negara? Langkah-langkah pembangunan sukan negara akan dihuraikan satu-persatu di dalam perenggan selanjutnya.


Pembangunan Sukan di Malaysia

Program Podium
Isi 1: Program Podium
Soalan
Kandungan
Apa isi?
Program Podium dikendalikan sepenuhnya oleh Institusi Sukan Negara 
Bagaimana?
Program ini menyediakan atlet terbaik dalam kalangan atlet dari segi kemudahan dan kepakaran dalam pemakanan, peralatan, kemudahan sains sukan dan kejurulatihan sukan.
Atlet terpilih akan dilayan dengan sebaik-baiknya dengan semua keperluan fizikal mereka diuruskan sepenuhnya ISN bagi mempersiapkan diri menyertai kejohanan besar seperti Sukan Olimpik, Komenwel dan Asia
Bila?
Program dilaksanakan sepanjang tahun dan akan ada atlet pelapis yang akan diserap ke dalam program ini jika cemerlang
Dimana?
Latihan atlet dilakukan di lokasi latihan yang ditetapkan oleh persatuan sukan
Siapa terlibat
Peserta awal melibatkan 97 atlet dan 37 jurulatih dari sukan emmanah, badminton, berbasikal, terjun dan karate.
Kesannya
Program mahu melahirkan atlet yang mampu menyumbangkan pingat emas pertama Olimpik Tokyo pada tahun 2020,
bilangan atlet menunjukkan peningkatan prestasi bertambah setiap kali kejohanan di dalam negara dan luar negara diadakan.
Penutup kecil
Jelaslah, Program Podium memberi sinergi kepada bakat-bakat atlet yang dipilih.
perenggan penuh.

Program Podium telah dilancarkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada 2 Februari 2016. Program yang dikendalikan oleh Institusi Sukan Negara (ISN) pada awal pelancarannya telah mengumumkan seramai 97 atlet dan 37 jurulatih berada di bawah program ini. Program Podium bermatlamat menyediakan atlet terbaik dalam kalangan atlet dari segi kemudahan kepakaran dalam pemakanan, peralatan, kemudahan sains sukan dan kejurulatihan. Atlet yang  terpilih akan dilayan dengan sebaik-baiknya dengan semua keperluan fizikal mereka diuruskan sepenuhnya oleh ISN bagi mempersiapkan diri menyertai kejohanan besar seperti Sukan Olimpik, Komenwel dan Asia. Program ini dikendalikan oleh persatuan sukan terpilih di lokasi latihan masing-masing seperti memanah di padang luar Majlis Sukan Negara dan badminton di Stadium Badminton Bukit Kiara  pada setiap hari di bawah pemantauan jurulatih bertauliah dari segi kaedah dan kesukaran latihan. Aspek sains sukan yang lain seperti amalan pemakanan sukan dan psikologi sukan semasa latihan dan pertandingan diambil berat. Program ini memberi impak yang besar kepada peningkatan prestasi atlet dalam pertandingan besar yang disertai oleh atlet antaranya prestasi Lee Chong Wei yang terumbing-ambing pada awal tahun masih dapat mengekalkan prestasinya sehingga kini sebagai pemain nombor dua dunia di atas kemudahan yang disediakan oleh program ini. Jelaslah, Program Podium yang dirangka memberi sinergi kepada bakat-bakat atlet yang terpilih untuk menjadi atlet yang lebih berjaya dalam kalangan atlet yang berjaya.

Skim Insentif Majlis Sukan Negara

Isi 2: Skim insentif
Soalan
Kandungan
Apa isi?
Pihak kerajaan melalui Majlis Sukan Negara memperkenalkan beberapa skim insentif kepada atlet sukan seperti Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) dan Skim Insentif Sukan Olimpik (SISO)
Bagaimana?
 Di bawah skim insentif  sukan Olimpik (SISO), Sukan Olimpik (SISO), pemenang pingat emas akan menerima RM1 juta dan pencen bulanan RM5,000, perak pula RM600,000 dan pencen bulanan RM3,000 manakala gangsa RM100,000 serta pencen bulanan RM2,000.
Bila?
Ia diberikan khas selepas peserta memenangi pingat emas, perak dan gangsa di dalam sukan Olimpik yang disertai.
Dimana?
Olimpik Rio 2016, Olimpik Tokyo 2020.
Siapa terlibat
Atlet yang memenangi pingat emas, perak dan gangsa.
Kesannya
Beberapa atlet yang berjaya di peringkat Olimpik telah mendapat wang ganjaran yang besar termasuk wang pencen bulanan yang ditetapkan. Penerima terbaru bagi anugerah Skim Insentif Sukan Olimpik (SISO) yang terbaru ialah Pandalela Renong bersama pasangannya yang mendapat pingat perak dalam acara 10 meter papan anjal telag diistiyharkan memerima wang tunai RM600,000.00 dan pencen bulanan serta merta sebanyak RM3000.00 setiap bulan
Penutup kecil
Oleh itu, skim insentif sukan yang ditawarkan menjadi pendorong kepada semua atlet untuk mendapatkan sasaran pingat yang ditetapkan oleh badan sukan dan kerajaan dalam kejohahan yang disertainya
perenggan penuh.



Anugerah Sukan


Isi  3: Anugerah sukan
Soalan
Kandungan
Apa isi?
Anugerah sukan adalah anugerah yang diakan oleh sesebuah organisasi sukan yang bertujuan untuk memberi penghargaan serta pengiktirafan kepada para atlet, pengurus, jurulatih dan pegawai sukan yang sentiasa berusaha meningkatkan lagi prestasi pasukan terutamanya dalam pembangunan sukan diperingkat kebangsaan, negeri daerah dan diperingkat sekolah.
Bagaimana?
Diberikan kepada atlet, pengurus, jurulatih dan pegawai sukan yang mengharumkan nama daerah, negeri dan negara. Sebagai balakkan usaha mencapai prestasi cemerlang hingga peringkat antarabangsa termasuk kepada sesiapa yang memberikan sumbangan serta tenaga kepada pembangunan sukan negara
Bila?
diadakan pada setiap tahun
Dimana?
di hotel, di jabatan, di sekolah
Kesannya
Memberi motivasi kepada atlet, jurulatih, pengurus dan pegawai sukan untuk meningkatkan prestasi mereka pada masa hadapan . Antara anugerah disediakan termasuklah Tokoh Sukan, Anugerah Khas, Olahragawan, OLahragawati, Olahragawan Paralimpik, Olahragawati Paralimpik, Anugerah Juri, Olahragawan/Olahragawati Harapan, Pasukan Lelaki Terbaik, Pasukan Wanita Terbaik, Pegawai Sukan Terbaik, Jurulatih Terbaik.
Siapa terlibat
atlet, pengurus, jurulatih dan pegawai sukan yang mengharumkan nama daerah, negeri, negara dan antarabangsa
Penutup kecil
Sudah pasti dengan penganugerahan sukan yang diberi kepada pemenang dapat memotivasikan semua penerima yang terlibat dalam sukan untuk meningkat prestasi mereka pada masa hadapan.
perenggan penuh.





Kemudahan dan Peralatan Sukan

Isi  4: Kemudahan dan peralatan sukan
Soalan
Kandungan
Apa isi?
Kemudahan dan peralatan sukan adalah elemen penting untuk memastikan atlet dapat meningkatkan prestasi sukan pada setiap masa
Bagaimana?
Kemudahan padang, infrastruktur, gimnasium memastikan perjalanan jadual latihan tidak tergendala seperti yang dirancang. Peralatan sukan perlu diurus dengan nerkesan dan dapat digunakan pada setiap masa serta tidak mendatangkan bencana yang nampak atauk tidak nampak. 
Bila?
diselengara dan disediakan pada setiap masa latihan, pra pertandingan dan pertandingan sebenar
Dimana?
di padang sekolah, pusat latihan sukan dan sebagainya
Kesannya
Memberi motivasi dan keyakinan untuk atlet dan jurulatih membina peningkatan prestasi secara berterusan. Jika ada kemudahan fisioterapi, atlet yang cedera dapat melakukan rehabilitasi dengan berkesan.
Siapa terlibat
atlet, pengurus, jurulatih dan pegawai sukan yang diamanahkan
Penutup kecil
Tuntasnya, pencapaian atlet yang mendapat kemudahan dan peralatan sukan yang lengkap adalah lebih baik daripada pencapaian atlet yang tuada kemudahan dan alatan lengkap
perenggan penuh.

Sekolah Sukan


Isi  5: Sekolah Sukan
Soalan
Kandungan
Apa isi?
Sekolah sukan adalah sekolah yang dibina dan dikhaskan untuk pelajar-pelajar sekolah yang cemerlang dalam sukan dari dari seluruh berusia sewal usia 12 tahun. Mereka disatukan dalam satu sekolah mengikut disiplin sukan yang dipilih. 
Bagaimana?
Setiap pelajar akan dikumpulkan dalam sukan yang dipilih. Selain menghadapi pelajaran akademik, mereka juga akan terlibat dengan latihan yang dijadualkan oleh pihak sekolah di bawah jurulatih yang dilantih khas oleh pihak sekolah
Bila?
Latihan diadakan pada setiap hari pada sesi pagi dan petang. manakala pada setiap hujung minggu pelajar akan terlibat dengan perlawanan persahabatan antara negeri lain atau diperingkat antarabangsa.
Dimana?
di padang sekola sukan
Kesannya
Pelajar yang cemerlang dalam sekolah sukan akan dinaikkan taraf kepada pasukan elit di Sekolah Sukan Bukit Jalil. Beberapa atlet keluaran sekolah sukan telah berjaya mengharumkan nama negara diperingkat antarabangsa seperti Khairul Hafiz produk Sekolah Sukan Bandar Penawar berjaya memecahkan rekod 100m dengan kepantas 10.18 saat memecahkan rekod milik Watson Nyambek 10.30 saat berusia 18 tahun dalam Sukan Malaysia di Sarawak 2016  dan menjadi pelari Asia terpantas selepas memasuk pertandingan OLahraga Remaja Dunia di Poland
Siapa terlibat
atlet cemerlang di sekolah
Penutup kecil
Tuntasnya sekolah sukan adalah wadah untuk kelompok atlet muda menjana pingat Olimpik pada masa depan jika mendapat bimbingan secara berterusan.
perenggan penuh.

Thursday, August 11, 2016

Usaha-usaha pelbagai pihak menangani gejala sosial


Tingkatan 4
Tema : Remaja dan cabaran


Soalan:
Gejala sosial seperti penagihan dadah, gangsterisme , rempit dan bohsia dalam kalangan pelapis muda perlu ditangani oleh masyarakat dengan bijak agar tidak menggangu pembangunan negara.

Huraikan usaha-usaha pelbagai pihak untuk menananginya.

Ulasan : Untuk mendapat markah cemerlang, pelajar perlu menghuraikan isi karangan mencakupi tentang gejala sosial, penagihan dadah, gangster, rempit dan bohsia dan usaha-usaha salah satu pihak dalam masyarakat menangani dengan bijak dalam setiap isu dipilih.

Pemimpin negara telah mencanangkan bahawa negara kita sedang menuju ke status negara maju pada tahun 2020. Walau bagaimanapun masih terdapat halangan-halangan yang perlu kita leraikan.  Antara halangan yang masih belum dapat dirungkaikan secara tuntas ialah masalah gejala sosial yang ditimbulkan oleh generasi pelapis kita yang berusia dari 14 tahun hngga 21 tahun. Sehubungan itu, pelbagai agensi dibentuk dan dikerah untuk menanganinya. Namun usaha-usaha pihak berkenaan bagaikan mencurah garam ke laut tidak memperlihatkan kesan sebagaimana yang diharapkan. Dimanakah silapnya? Adakah usaha kita itu masih lagi belum memadai? Sehubungan dengan itu, pelbagai pihak dalam masyarakat perlu bekerjasama menangani gejala sosial secara sepakat selari dengan kata pepatah yang berbunyi bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Peranan masyarakat yang berkepentingan untuk mengatasi gejala sosial dalam masyarakat akan akan dihuraikan dalam perenggan-perenggan selanjutnya.



ISI 1: PENAGIHAN DADAH
Soalan
Kandungan
Apa isi?
Penagihan dadah
Bagaimana?
Terikut-ikut cara kehidupan rakan sebaya yang bersikap negatif seperti menghisap rokok.
Bila?
Semasa ponteng sekolah dan tidak mempunyai aktiviti berfaedah
Di mana?
Berkumpul dan melepak di rumah kosong dan belukar yang jauh dari pandangan masyarakat
Kesannya
Merosakkan fizikal dan mental  orang muda- masyarakat berpenyakit- masyarakat yang lemah-negara hilang tenaga muda yang perkasa dan berfikiran kritis untuk membangunkan negara.
Siapa kena bantu?
Peranan ibu bapa - mengawal pergerakan dan pergaulan anak-anak - memberi didikan agama secukupnya - mengenal pasti rakan anak2 - sering bersama-sama anak - melayan anak2 mengikut tahap umur - mewujudkan hubungan kekeluargaan yang intim dan bahagia
Peribahasa- melentur buluh dari rebungnya
Penutup kecil
Jelaslah peranan ibu bapa –membantu komuniti mengatasi masalah penagihan dadah dalam masyarakat
Perenggan Lengkap :
Antara gejala sosial yang menjadi ancaman utama kepada pelapis negara ialah penagihan dadah dalam kalangan generasi muda. Mengikut laporan dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menyatakan bahawa kes-kes penangkapan penagih dadah yang terkini melibatkan generasi muda remaja yang baru seusia belasan tahun telah meningkat acap kali. Penagihan dadah bermula dari perasaan ingin mencuba. Selain itu, generasi muda terikut-terikut dengan cara kehidupan rakan sebaya yang bersikap negatif.seperti menghisap rokok dan suka ponteng sekolah. Semasa ponteng sekolah, kumpulan ini akan berkumpul dan melepak di rumah kosong atau belukar yang jauh dari pandangan masyarakat. Kesan dari penagihan dadah akan mengakibatkan fizikal dan mentel penagih mengalami kerosakan saraf dan deria rasa. Lebih malang lagi penagih dadah hilang ketahanan imunisasi dan mendapat penyakit berbahaya seperti AIDS. Dalam jangka panjang, negara akan kehilangan pemuda dan pemudi negara yang perkasa dan mantap dari segi sebagai tiang negara. Sehubungan dengan itu, ibu bapa yang palig hampir dengan remaja perlulah mengambil berat hal ehwal anak-anak mereka pada setiap masa dengan mengawal pergerakan dan pergaulan anak-anak. Ibu bapa perlu bertindak suka menjaga tepi kain orang dengan bertanyakan atau melefon anak-anak bila mereka tiada di depan mata mereka. Ibu bapa juga perlu memberi didikan agama yang secukupnya. Masukkan mereka ke kelas-kelas fardu ain dan bawa sekali bersama ke kelas-kelas agama yang kita ibu bapa hadiri. Layanan ibu bapa kepada anak-anak perlu disesuaikan mengikut tahap umur anak secara bijak. Jika anak yang suka memberontak layanilah anak dengan kasih sayang. Bantulah dan bimbinglah mereka selain sedia menjadi pendengar sejati kepada permasalahan mereka. Lebih mantap lagi jika ibu bapa dapat mewujudkan hubungan kekeluargaan yang harmonis pada setiap masa dengan mengadakan sambutan hari jadi, ucapan tahniah kerana berjaya dalam peperiksaan dan sebagainya. Jika Ibu bapa dapat menyediakan anak-anak mereka yang lengkap dari segi keperluan emosi, fizikal, mental dan sahsiah dari usia muda sudah pasti dapat membantu melahirkan masyarakat yang teguh imannya menolak ancaman dadah sesuai dengan pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.
                                                                                     ( 317 patah perkataan)

ISI 2: GANGSTERISME
Soalan
Kandungan
Apa isi?
Gangsterisme – perbuatan berkumpulan yang ekstrim
Bagaimana?
Terpengaruh dengan budaya gangster yang dibawa oleh rakan sebaya- mahu mendapatkan penghormatan dan ditakuti oleh rakan- mencari pelindung
Bila?
Apabila rakan sebaya menimbulkan masalah seperti buli, menimbulkan pergaduhan kumpulan gangster diperlukan
Dimana?
Di sekolah, di kawasan tempat tinggal, di kawasan kawalan mereka dan menceroboh kawasan puak lain
Kesannya
Pergaduhan, pembunuhan, keselamatan masyarakat terancan, perniagaan terggangu, mencacatkab pandangan pelancong luar
Siapa kena bantu?
Peranan rakan sebaya- menjadi rakan yang berkualiti-menyertai kegiatan yang berfaedah- mengisi masa lapang bermanfaat-menjadi penasihat rakan bermasalah
Penutup kecil
Jelaslah peranan ibu bapa –membantu komuniti mengatasi masalah penagihan dadah dalam masyarakat


ISI 3: REMPIT DAN BOHSIA
Soalan
Kandungan
Apa isi?
Rempit dan bohsia-kegiatan tidak bermoral yang boleh mengundang kematian dan pelacuran
Bagaimana?
Terdorong untuk merasaikan keseronokan dengan berlumba di jalan raya yang disaksikan oleh orang ramai- mendapatkan habuan yang disediakan seperti wang tunai, motor yang kalah dan bohsia rebutan
Bila?
Pada hujung minggu atau malam hari yang telah ditetapkan
Dimana?
Di jalan raya yang sunyi dan lengang-jalan yang sibuk - di kampung, bandar
Kesannya
Menyebabkan kemalangan maut-kematian remaja yang produktif-pelacuran-pembuangan bayi
Siapa kena bantu?
Sekolah – penerapan nilai murni melalui kurikulum – mata pelajaran agama. Moral , sivik – penerapan melalui kegiatan kokurikulum- kepimpinan, kerjasama, tolak ansur- kawalan disiplin –peraturan sampingan yang dapat menbentuk sahsiah pelajar cemerlang
Penutup kecil


ISI 4: ISU SUMBANG MAHRAM DAN PEMBUANGAN BAYI
Soalan
Kandungan
Apa isi?
Isu sumbang mahram dan pembuangan bayi-bersekedudukan tanpa ikatan perkahwinan yang sah
Bagaimana?
Mengikut teman lelaki yang dicintai-kecewa dengan hubungan tidak direstui keluarga- jauh dari keluarga kerana bekerja- tekanan hidup dan kewangan
Bila?
ikut persetujuan kedua-dua pihak-pada bila-bila masa
Dimana?
Di rumah teman lelaki- di rumah sewa- di hotel murah
Kesannya
Menunjukan kepincangan keluarga- lahirnya anak luar nikah dan tidak sah taraf- melahirkan masyarakat yang porak-peranda tidak sah dari segi undang-undang
Siapa kena bantu?
Peranan Media - mengurangkan pendedahan unsur-unsur negatif seperti ganas, hiburan melampau dan unsur lucah - kempen akhlak - peraduan menjadi individu yang cemerlang - pendedahan model / individu cemerlang
SKMM menutup laman sesawang berunsurkan lucah
Penutup kecil


ISI 5: MELEPAK DAN BERPELESERAN
Soalan
Kandungan
Apa isi?
Melepak dan berpeleseran –masyarakat yang tidak mempunyai hala tuju dalam kehidupan
Bagaimana?
Mengikut kelompok rakan sebaya yang mementingkan keseronokan-menggangu orang ramai di tempat awam-melihat kesibukan kota dan gelagat manusia
Bila?
Setiap masa – hujung minggu – cuti umum
Dimana?
Di bandar-bandar besar- pusat-pusat perniagaan – kawasan tumpuan ramai seperti di Hentian Pudu, Pasar Seni,  Kuala Lumpur
Kesannya
Menggangu orang-ramai yang ada keperluan- mencacatkan pemandangan- memalukan negara-menjadikan masyarakat malas untuk bekerja- merencatkan pembangunan negara
Siapa kena bantu?
Peranan Pihak berkuasa - pihak berkuasa mempunyai kuasa (undang2) - mengubal undang2 bagi membanteras masalah sosial remaja - menangkap dan memulihkan - libatkan ibu bapa atau penjaga - Pihak berkuasa mempunyai sumber kewangan yang tidak terhad - merangka program untuk mewujudkan belia cemerlang seperti PLKN - bantuan kepada NGO belia - pertubuhan sukarela menggunakan tenaga belia untuk kerja-kerja kebajikan di dalam dan di luar negara

Penutup kecil


Pantun Keselamatan jalsn raya by Tok Yat

 Sultan Mahmud jalan bertandu Di tengah jalan minum nestum Tiada hormat sesama pemandu Jadi punca kereta berdentum. Arnab lari masuk  Hilang...