Friday, May 8, 2015

Amalan Gaya Hidup Sihat



                  Pada era globalisasi dan multimedia tanpa limitasi ini, polemik amalan gaya hidup sihat sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat. Pihak media massa sama ada media cetak mahupun elektronik tidak jemu-jemu mengentengahkan perkara tersebut sebagai polemik utama dalam pojok penulis khas, ruangan penulis jemputan, ruangan komentar atau ruangan berita semasa. Peribahasa menyatakan bahawa kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang. Dalam kalangan masyarakat pula, perkara tersebut sudah menjadi bahan percakapan sensasi tidak kira dimana jua mereka berada seperti di sekolah, di restoran, di rumah dan sebagainya. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya perkara di atas sehingga di bahaskan di mana-mana. Amalan gaya hidup sihat bermaksud amalan penjagaan kesihatan seseorang pada masa kini secara holistik baik kesihatan tubuh badan mahupun kesihatan dan kebersihan persekitarannya. Hal ini kerana antara manusia dan persekitarannya ada nilai  'check in balance'  terhadap kesihatan manusia. Oleh itu, kesihatan amat penting dalam kehidupan seharian manusia. Persoalannya,  bagaimanakah manusia dapat menjalani amalan gaya hidup sihat mereka sehari-hari? Di bawah ini saya akan menyatakan cadangan amalan gaya hidup sihat yang boleh dilakukan oleh seseorang individu.
                
                 Antara amalan gaya hidup sihat yang boleh dilakukan oleh seseorang individu ialah pengambilan makanan seimbang. Makanan seimbang bermaksud setiap diet makanan perlu ada gabungan kumpulan makanan terdiri daripada  karbohaidrat, protein, lemak, garam galian, vitamin dan air. Hal ini kerana, makanan yang seimbang mengandungi pelbagai nutrien yang diperlukan oleh sel-sel dalam badan kita. Sebagai contoh, seseorang individu untuk mendapat berat badan yang lebih ideal perlu mengambil diet makan terdiri daripada 60% karbohaidrat , 20% protein, 15% garam galian dan vitamin, 5% lemak dan air yang secukupnya. Selain itu, seseorang individu itu akan lebih sihat kerana kurangnya risiko mendapat penyakit seperti sakit jantung, darah tinggi, saikt buah pinggang dan sebagainya.  Pengambilan makanan seimbang juga membantu  mengelakkan seseorang itu daripada mengalami obesiti. Obesiti ini, eroninya berlaku apabila lemak yang diambil secara berlebihan berkumpul di dalam badan dalam bentuk kasterol. Hal ini sering terjadi kepada remaja hari ini kerana mereka tidak mengambil makanan yang seimbang. Kebanyakan mereka lebih gemar mengambil makanan ringan berbanding makanan yang menyihatkan. Berbalik kepada piramid makanan, pengambilan diet makanan yang seimbang membawa kesihatan badan yang lebih unggul kerana makan seimbang mengandungi semua zat yang akan diresap oleh badan. Oleh itu, jelaslah bahawa mengambil makanan seimbang merupakan salah satu amalan gaya hidup sihat.

                     Selain itu, amalan gaya hidup sihat boleh dilakukan dengan cara memastikan kawasan persekitaran yang bersih. Persekitaran yang bersih akan memastikan sumber protein seperti ikan dan udang, udara yang terapung dipersekitaran hidup serta sumber air tidak tercemar dan mengalami kerosakan. Hal ini kerana jika persekitaran tidak bersih kita turut mendapat impak negatifnya. Sebagai contoh, jika persekitaran sesebuah kawasan itu kotor, maka secara tidak  langsung kita akan menghirup udara yang tidak bersih. Hal ini sering terjadi bagi mereka yang tinggal berhampran sungai, di mana semua sampah, sisa toksid dan bahan kimia dibuang ke dalam sungai. Tanpa disedari air sungai tadi sudah tercemar. Hal ini bukan sahaja telah memberi kesan kepada kehidupan seseorang individu itu sendiri, malah kepada negara. Imej negara juga akan tercalar rentetan daripada kes ini. Hal ini yang demikian, kerana Malaysia merupakan negara yang kaya dengan pelancong. Apakah tanggapan pelancong jika melihat perkara ini? Mereka pasti menyangka yang negatif bukan. Oleh itu, kita perlulah memastikan dan menjaga persekitaran supaya kekal bersih agar sumber protein, air dan udara bersih dan nyaman dapat kita nikmati dan hirup dengan selesa.

                Seterusnya, seseorang individu juga perlu mengamalkan senaman secara bulat hati.  Senaman ialah aktiviti merengang dan membina otot yang sudah tegang kembali lembut dan sihat akibat daripada aktiviti atau pekerjaan yang dilakukan seharian. Kegagalan mengembalikan kesegaran otot, otot akan menjadi artrophy (otot mengecut) bak kata pepatah ingat sebelum kena, jimat sebelum habis. Senaman  merupakan salah satu aktiviti riadah yang boleh  dilakukan dipersekitaran rumah kita pada setiap masa. Cara terbaik melakukan senaman yang  dicadangkan ialah melakukan senaman selama 30 minit  yang dilakukan sebanyak dua kali dalam seminggu.  Antara contoh aktiviti senaman fizikal termasuklah aktiviti  berjalan ,  berjoging, berbasikal keliling rumah atau taman , bermain badminton dan sebagainya.  Aktiviti fizikal dapat menghasilkan pembinaan otot-otot badan, ligamen dan sendi yang kuat. Secara dalaman, bersenam juga dapat menguatkan struktur jantung, otot-otot  disekeliling jantung, salur darah untuk menghantar darah segar beroksigen dalam kuantiti yang banyak pada masa yang singkat untuk sekali tekanan .  Menariknya, berkebun juga merupakan salah satu aktiviti senaman yang  boleh dilakukan pada masa lapang  disamping membuka jalan impak yang positif. Selain dapat mengeluarkan peluh, seseorang individu dapat menjimatkan kos bekalan makanan, menceriakan persekitaran rumah  dan dapat membantu negara mengatasi masalah bekalan sayur-sayuran seperti cili, tomato, sawi dan sebagainya. Oleh itu, jelaslah bahawa senaman adalah satu gaya hidup sihat yang perlu dipraktikkan dalam setiap kehidupan manusia.

                 
                      Selain itu, amalan gaya hidup paling dituntut oleh setiap orang adalah amalan membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala. Pemeriksaan kesihatan berkala bermaksud peperiksaan kesihatan terhadap fizikal individu secara tetap yang biasa dilakukan oleh seseorang seperti  pemeriksaan kesihatan sebulan sekali, tiga bulan sekali, enam bulan sekali atau sekali setahun. Pemeriksaan berkala seharusnya dilakukan oleh semua orang sama ada mempunyai penyakit atau sihat . Pemeriksaan berkala boleh dilakukan di klinik yang dilantik oleh keluarga, klinik kerajaan, klinik swasta atau hospital.  Antara pemeriksaan kesihatan secara berkala yang boleh dilakukan termasuklah pemeriksaan gigi, darah dan sebagainya. Melalui pemeriksaan ini setiap individu akan dapat mengetahui status kesihatannya pada setiap masa. Bagi individu yang telah menghadapi penyakit darah tinggi, pemeriksaan yang telah ditetapkan oleh doktor sekali sebulan perlu diikuti dan bekalan ubat-ubat yang diberi perlu dihabiskan mengikut jadual pemakanan ubat yang telah ditetapkan. Selain pesakit mendapat khidmat nasihat dari doktor pakar, individu juga dapat mengetahui perkembangan status penyakitnya sebagai rujukan dari semasa ke semasa. Hal ini sangat efektif bagi mengurangkan penyakit yang dihidapi oleh pesakit. Adalah jelas bahawa pemeriksaan kesihatan secara berkala bak kata pepatah pahit dahulu, manis kemudian wajar dilakukan oleh setiap individu sebagai salah satu amalan gaya hidup sihat.
                 
                        Konklusinya, amalan gaya hidup sihat adalah sinonim dengan kehidupan seharian kita bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. Ini bermaksud kita perlu menyediakan diri dalam keadaan siap siaga ke atas kesihatan diri kerana penyakit akan datang dalam diri kita pada bila-bila masa bak kata pepatah hari tidak selalunya panas. Oleh itu kita perlulah menjaga kesihatan kita sebaik-baiknya pada setiap masa dari dari sebarang  penyakit bak kata pepatah jerat tidak lupa akan pelanduk, tetapi pelanduk lupa akan jerat.  Janganlah sudah sakit baru kita mahu menjaganya umpama  kata pepatah sudah terhantuk baru terngadah kerana diwaktu itu nasi sudah menjadi bubur. Tiada apa lagi yang boleh kita lakukan diwaktu itu. Jika kita cuba mengubati diri sendiri dengan cara sendiri diwaktu itu ibarat tikus membetulkan labu-labunya . Dikala itu hanya kekesalan yang akan dapat kita tangisi kerana penyakit sudah terjadi bak kata pepatah sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi. Kesihatan adalah anugerah Allah yang sangat bernilai dan perlu dijaga rapi. Jagalah ia sebaik mungkin sebelum nikmat dan anugerah tersebut ditarik semula.

Isi lain dicadangkan
# Rehat yang cukup
# Bercuti untuk melancong dan berlibur
#Tidak merokok
#Tidak mengamalkan seks bebas
#Tidak tidur lewat

Pantun Keselamatan jalsn raya by Tok Yat

 Sultan Mahmud jalan bertandu Di tengah jalan minum nestum Tiada hormat sesama pemandu Jadi punca kereta berdentum. Arnab lari masuk  Hilang...