Wednesday, June 3, 2015

CIRI-CIRI REMAJA CEMERLANG


                   Pada era globalisasi ini, negara amat mengharapkan kehadiran remaja yang berkualiti demi menjadi pelapis kepada pucuk pimpinan negara pada masa depan. Hal ini demikian kerana, remaja yang cemerlang berupaya menjadi pemangkin ke arah merealisasikan wawasan negara menjadi negara naju pada tahun 2020. Berikan aku 100 orang pemuda, nescaya aku dapat menggegarkan dunia, namun jika aku diberikan 1000 orang tua, maka tewaslah aku. Inilah antara ucapan mantan Presiden Indonesia iaitu Sukarno yang menggambarkan peri pentingnya remaja sebagai aset berharga kepada sesebuah negara. Oleh itu, remaja perlu mempunyai keperibadian yang meliputi ciri-ciri sebagai remaja yang ideal.

Pada hemat saya, remaja yang cemerlang ialah remaja yang memiliki dan menghargai ilmu pengetahuan. Ingatlah, ilmu pelita hidup yang akan memandu kita tanpa mengira masa. Dalam hal ini, remaja yang cemerlang pasti akan berusaha sedaya upaya untuk menimba ilmu agar ilmunya sentiasa bertambah. Remaja yang cemerlang akan bersedia dan sanggup berjuang untuk menimba ilmu walaupun dihimpit berbagai-bagai masalah seperti kemiskinan, masalah keluarga, kesihatan dan masalah-masalah lain. Sekiranya diberi pilihan sama ada ilmu ataupun harta, remaja yang cemerlang akan memilih ilmu kerana ilmu boleh memanfaatkan hidupnya, agama, keluarga, masyarakat dan negara. Remaja yang cemerlang menyedari sekiranya mereka memilih harta , harta akan habis dek tiada ilmu untuk memanfaatkan harta tersebut dan kemungkinan harta tersebut membinasakan dirinya. Berdasarkan ilmu yang dimiliki oleh remaja yang cemerlang, dia akan dapat membezakan perkara yang baik dan perkara yang buruk. Tuntasnya, remaja yang cemerlang akan sentiasa menjadikan ilmu sebagai keutamaan dalam hidupnya kerana percaya bahawa ilmu jambatan hidup ataupun  ilmu pelita hidup.   

                            













Tuesday, June 2, 2015

KALAU AKU KAYA (SKEMA PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015)



5.         Tulis sebuah karangan bertajuk "Kalau saya kaya".

a.         Pendahuluan

Kalau aku kaya
Kalau aku kaya
(Altimet)
Aku nak gaya hidup aku berubah
Alangkah indah kalau dah tak susah
Jadi pemilik bukan sewa rumah
Makan tak habis minum tak sudah
Bil api air semua bayar awal
Tulis cek selamba tak risau batal
Masuk dalam bank semua melopong
Dalam akaun ada banyak 0 0 0 0 0

Dan kalau aku mampu
(Jangan pening kepala, aku betulkan semua lubang atas jalanraya)
Buat suka hati aku
(Kamu tak perlu risau, aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau)

            Mendengar bait-bait lagu "Kalau Aku Kaya" Dendangan Awi Rafail dan Altimate yang berkumandang setiap hari di corong-corong radio sangat mengujakan hati aku. Setiap hari hatiku berdetik untuk menjadi kaya. Aku juga ingin menjadi seperti apa yang dilagukan dalam setiap bait seperti orang lain. Walaupun tidak berpelajaran seperti Bill Gates aku tetap akan berusaha mencapainya. Berikut adalah suara hati dan  impian yang aku ingin lakukan jika aku menjadi kaya.

b.         Isi relevan
           
Isi 1. Menyediakan bangunan besar setinggi 100 tingkat 

Langkah pertama yang akan aku lakukan ialah membina bangunan besar 100 tingkat.  Bangunan ini ku dirikan untuk keperluan premis perniagaan dan perhotelan yang lengkap dengan parking yang luas.  Bangunan ini akan aku sewakan dari tingkat pertama sehinggalah tingkat ke 99. Tingkat 1 hingga 10 akan aku sewakan kepada gedung-gedung berjanama dan hotel bertaraf lima bintang  dari seluruh dunia. Penganjuran acara-acara peringkat antarabangsa menjadi sasaran agar bangunan yang aku bina mendapat liputan di sekuruh dunia. Aku juga akan menjadi pelabur dan pemegang saham gedung-gedung perniagaan terkenal dan hotel yang menyewa lot bangunan yang aku bina sebagai rakan kongsi. Tingkat ke 100 pula akan menjadi milik kami sekeluarga yang dilengkapi dengan perabut jati, beralaskan kulit haiwan yang aku sukai seperti kulit kijang dan kulit harimau. Selain itu, pinggan mangkuk bersalutkan emas. Sistem elektronik melingkari keseluruhan bangunan kami. Di dalam bangunan ini akan aku lengkapi dengan sauna, bilik pelbagai sukan dalaman, gimnasium kolam     renang dan kolam jaguzi. kami juga akan melengkapi bumbung bangunan  dengan lima landasan untuk helikopter mendarat.

Isi 2. Membeli jet dan helikopter peribadi 
Seterusnya, aku akan membeli sebuah jet dan helikopter peribadi. Aku suka terbang bebas diudara dan melihat seluruh alam dengan cara yang meluas dari udara. Sebelum membelinya, aku perlu menyediakan  'hanger' yang luas iaitu tapak simpanan kapal terbang dan helikopter yang luas dan dalam masa sama untuk disewakan kepada pemilik jet dan helikopter lain  lengkap dengan penyediaan kumpulan pakar kejuruteraan aeronautik dari seluruh dunia. Pembelian kenderaan peribadi membolehkan aku terbang ke mana-mana lokasi yang aku sukai pada setiap hari dalam tempoh masa yang pantas untuk melancong sambil mencari peluang-peluang perniagaan dalam tempoh yang singkat. Aku juga akan melakukan solat lima waktu di Mekah pada setiap hari. Menggunakan kedua-dua kenderaan ini dapat mengelakkan diri aku dari melakukan banyak pembaziran seperti masa, tenaga dan wang ringgit kerana polemik kesesakan lalu lintas  dan ancaman pencemaran gas beracun dan permukaan jalan berdebu jika berkereta pada setiap hari seperti di kota metropolitan Kuala Lumpur. Dengan mempunyai jet dan helikopter peribadi yang mewah dapat menonjolkan diri aku sebagai ahli perniagaan dan orang kaya yang dihormati.  

Isi 3. Membeli emas fizikal 100 kilogram sebagai simpanan tetap.
Selanjutnya, aku akan membeli 100 kilo emas fizikal dalam bentuk jongkong dan barang kemas. Antara produk emas fizikal yang diterima ramai dan di seluruh dunia ialah emas dari syarikat Pamp Suisse. Persoalannya mengapa saya kena melabur dalam emas fizikal. Jawapannya ialah kesan sebenar harga binatang ternakan pada zaman ini mempunyai analogi cerita nilai haiwan ternakan yang dibicarakan masa lalu dan masa kini hampir sama dengan nilai logam emas dan perak pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. Jika masa lalu harga seekor ayam bersamaan dengan 1 dirham (wang perak) dan harga seekor kambing bersamaan 1 dinar (wang emas), pada hari ini nilai kedua-dua haiwan tersebut masih tetap sama masing-masing kekal 1 dirham dan 1 dinar. Bukti lain ialah keadaan ekonomi semasa. Aku sangat tertarik dengan cadangan  harga emas semasa dunia oleh pakar-pakar pelaburan emas dari laman web Kitco yang mengupas hal perdagangan emas menjangkakan harga emas akan naik sehingga RM500.00/gram tahun 2020. Ini bermakna jika kita beli pada hari ini sebanyak 100kilo =100,000 gram pada harga RM150/gram pada tahun 2015 bersamaan RM15,000,000.00, pada tahun 2020 nilai emas yang sama berat akan berharga RM50,000,000.00. Lima tahun menyimpan emas fizikal membolehkan nilai wang berbelas juta menokok kepada  puluhan juta ringgit.


Isi 4. Mempelbagaikan pelaburan dalam saham-saham di papan utama Bursa Saham Kuala Lumpur.
Melabur dalam pelbagai saham untuk menambah wang yang ada terutama dalam pelaburan yang memberi dividen melebihi 10% setahun. Pelaburan saham yang terpilih dari saham syarikat berorentasikan pelaburan teknologi baru, hartanah, minyak, pertanian dan emas.Aku juga ingin menjadi seperti George Soros dan Warren Buffet yang memiliki ilmu pelaburan untuk  menggandakan wang yang dimiliki. Aku juga akan meminjamkan wang yang ada kepada negara-negara kecil yang memerlukannya melalui bank-bank yang diiktiraf dunia.   
(Sila kembangkan sendiri)
           

Isi 5. Membina kilang makanan asas
Membina kilang menyedia dan membuat makanan asas seperti beras, tepung dan gula. Beras, tepung dan gula merupakan makanan asas. Saya mahu memecahkan monopoli dari bangsa asing. Selain membantu memberi sumbangan kepada tenaga kerja dapat memberikan khidmat sosial dalam            menyediakan bekalan makanan secara berterusan kepada rakyat  dengan harga yang mampu dibeli oleh rakyat. Rakyat pasti gembira, negara akan aman dan makmur.Rakyat akan bekerja,             bergaji dan taraf hidup mereka meningkat.
(Sila kembangkan sendiri)

 Isi 6. Membina yayasan Membina sebuah yayasan bernama Yayasan Yat Jawa. Yayasan ini akan aku suntik dalam akaun sebanyak 100 juta. Matlamatnya untuk memberi bantuan kepada pembinaan masjid, sumbangan kepada anak-anak yatim dan biasiswa kepada pelajar  cemerlang. Dengan pembiayaan ini, masjid akan lebih sempurna, anak- anak yatim terbela kehidupannya, dan pelajar-pelajar yang menerima  biasiswa seterusnya bekerja sebagai pakar dalam semua entiti perniagaan yang akan aku wujudkan. Aku akan memastikan pelajar tajaan aku tidak menggangur selepas tamat pengajian.
(Sila kembangkan sendiri)

Isi 7. Membeli sebuah pulau untuk didirikan bandar lengkap dengan prasarana berteknologi tinggi. 
Membeli sebuah pulau seperti pulau Sipadan di Sabah. Alam sekitar akan dipelihara sepenuhnya untuk memastikan bandar yang selamat umpama sebuah syurga. Tetamu dari orang kaya menjadi keutamaan. Dari pinggir pantai hingga di dalam pulau akan dibina bangunan-bangunan yang menggunakan kemudahan sains dan teknologi terkini. Modul bandar dalam cerita sains fiksyen seperti Star Wars menjadi paksi pembinaan bandar yang aku hajati. Kenderaan dalam bentuk dron akan mengisi ruang angkasa bandar yang akan dibina. Enjin kenderaan yang menggunakan minyak biodiesel menjadi keutamaan. 
 (Sila kembangkan sendiri)
c. Penutup

Kekayaan aku bukanlah  untuk kegunaan buat diri sendiri semata-mata tetapi yang sebenarnya di dalamnya ada milik orang lain juga. Aku hanyalah sebagai pemegang amanah yang dikurniakan oleh Allah untuk mentadbir kekayan yang diberi sebaik mungkin untuk mendapatkan keberkatan di dunia dan akhirat. Aku akan berpegang kepada  pepatah Melayu kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau.

SKEMA JAWAPAN KARANGAN B PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015



Bahagian B
[Masa yang dicadangkan: 1 jam 30 minit]
[100 markah]

Tulis karangan anda lebih daripada 350 patah perkataan.
1.         Setiap pelajar mahu menjadi seorang pelajar yang cemerlang. 
            Ceritakan cara-cara yang perlu anda lakukan untuk mencapainya.

2.         Ibu bapa memainkan peranan penting untuk mewujudkan keluarga yang bahagia.  
            Berikan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk ibu bapa mewujudkan 
            keluarga bahagia.

3.         Tradisi semangat kejiranan perlu diteruskan oleh masyarakat bandar. 
            Huraikan aktiviti-aktiviti  yang perlu diadakan untuk merapatkan hubungan 
            sesama jiran dalam masyarakat.

4.         Sektor pelancongan mampu menjana kemajuan ekonomi sesebuah negara 
            termasuk Malaysia. 
            Huraikan kepentingan sektor pelancongan di Malaysia kepada rakyat 
            dan negara

5.         Tulis sebuah karangan bertajuk "Kalau saya kaya".

 

Soalan 1.  
Setiap pelajar mahu menjadi seorang pelajar yang cemerlang. 
Ceritakan cara-cara yang perlu anda lakukan untuk mencapainya.
(Jawapan perlukan pelajar menjawab menggunakan panggilan "Saya")

a.         Pendahuluan
            - Semua orang dalam dunia mahukan kejayaan yang cemerlang dalam semua 
               bidang yang disertai  baik dalam bidang kerjaya, sukan, penulisan dan akademik.
            - Mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, kecemerlangan membawa maksud 
              untuk membawa keelokan dan kegemilangan diri dalam apa jua bidang diceburi.
            - Dalam apa jua bidang yang ingin kita ceburi perlu diringi dengan niat. 
            - Niat akan memandu diri kita dalam mencapai wawasan diri kita.
            - Kita juga perlu menghormati, menyayangi dan suka akan subjek yang kita 
               ambil supaya roh subjek berkenaan akan menyerap masuk dalam diri.
            - Usaha tangga kejayaan.
            - Antara usaha-usaha yang akan saya lakukan untuk menjadi pelajar cemerlang 
              akan dihuraikan mengikut isi-isi utama yang bincangkan

b.         Isi
i           Mengamalkan pengurusan masa belajar yang baik -
                - Membuat jadual belajar - ada  masa untuk belajar, bermain dan 
                  mengulangkaji pelajaran.
ii          Mengamalkan teknik belajar yang berkesan
                -Teknik mengingat - peta i-think, carta, singkatan akronim, 
                  gambarajah dan simbol.
                - Teknik membuat nota- susun idea, nota ringkas, nota berwarna
iii.        Membuat persediaan membaca, mencari info tentang tajuk yang akan dipelajari.
iv.        Fokus dalam kelas semasa guru mengajar- 

                - Membaca membuat analisa isi terhadap tajuk sebelum diajar
                - Bertanyakan guru apa yang tidak difahami.

v.         Menguasai dan memahami tajuk besar sesuatu subjek 
                - Pelajar dapat menguasai tajuk-tajuk lain secara terperinci. 
                - Menguasai kemahiran/teknik dan langkah penyelesaian masalah 
                  secara berkesan.
vi.        Membuat kumpulan belajar
vii.       Menghadiri kelas tambahan harian/ kelas kecemerlangan disediakan sekolah
viii.      Menghadiri kelas tuisyen peribadi.
ix.        Menghadiri kelas motivasi -Teknik menjawab, mencari idea, membina jati diri,
x.         Selepas kuat belajar kita kena berserah kepada Tuhan. Solat lima waktu, 
            dan sentiasa berdoa.
xi.        Amalkan nilai-nilai yang baik bersama rakan dan guru seperti mohon restu,              
            bersederhana, berkongsi buah fikiran
xii.       Menjawab soalan-soalan tahun lepas. Memantapkan cara menjawab mengikut skema           
            ditetapkan. Memantapkan ingatan terhadap jawapan kepada soalan ulangan jika soalan 
            berkenaan keluar semula.

c.         Penutup


Pantun Keselamatan jalsn raya by Tok Yat

 Sultan Mahmud jalan bertandu Di tengah jalan minum nestum Tiada hormat sesama pemandu Jadi punca kereta berdentum. Arnab lari masuk  Hilang...