Tuesday, June 2, 2015

KALAU AKU KAYA (SKEMA PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015)



5.         Tulis sebuah karangan bertajuk "Kalau saya kaya".

a.         Pendahuluan

Kalau aku kaya
Kalau aku kaya
(Altimet)
Aku nak gaya hidup aku berubah
Alangkah indah kalau dah tak susah
Jadi pemilik bukan sewa rumah
Makan tak habis minum tak sudah
Bil api air semua bayar awal
Tulis cek selamba tak risau batal
Masuk dalam bank semua melopong
Dalam akaun ada banyak 0 0 0 0 0

Dan kalau aku mampu
(Jangan pening kepala, aku betulkan semua lubang atas jalanraya)
Buat suka hati aku
(Kamu tak perlu risau, aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau)

            Mendengar bait-bait lagu "Kalau Aku Kaya" Dendangan Awi Rafail dan Altimate yang berkumandang setiap hari di corong-corong radio sangat mengujakan hati aku. Setiap hari hatiku berdetik untuk menjadi kaya. Aku juga ingin menjadi seperti apa yang dilagukan dalam setiap bait seperti orang lain. Walaupun tidak berpelajaran seperti Bill Gates aku tetap akan berusaha mencapainya. Berikut adalah suara hati dan  impian yang aku ingin lakukan jika aku menjadi kaya.

b.         Isi relevan
           
Isi 1. Menyediakan bangunan besar setinggi 100 tingkat 

Langkah pertama yang akan aku lakukan ialah membina bangunan besar 100 tingkat.  Bangunan ini ku dirikan untuk keperluan premis perniagaan dan perhotelan yang lengkap dengan parking yang luas.  Bangunan ini akan aku sewakan dari tingkat pertama sehinggalah tingkat ke 99. Tingkat 1 hingga 10 akan aku sewakan kepada gedung-gedung berjanama dan hotel bertaraf lima bintang  dari seluruh dunia. Penganjuran acara-acara peringkat antarabangsa menjadi sasaran agar bangunan yang aku bina mendapat liputan di sekuruh dunia. Aku juga akan menjadi pelabur dan pemegang saham gedung-gedung perniagaan terkenal dan hotel yang menyewa lot bangunan yang aku bina sebagai rakan kongsi. Tingkat ke 100 pula akan menjadi milik kami sekeluarga yang dilengkapi dengan perabut jati, beralaskan kulit haiwan yang aku sukai seperti kulit kijang dan kulit harimau. Selain itu, pinggan mangkuk bersalutkan emas. Sistem elektronik melingkari keseluruhan bangunan kami. Di dalam bangunan ini akan aku lengkapi dengan sauna, bilik pelbagai sukan dalaman, gimnasium kolam     renang dan kolam jaguzi. kami juga akan melengkapi bumbung bangunan  dengan lima landasan untuk helikopter mendarat.

Isi 2. Membeli jet dan helikopter peribadi 
Seterusnya, aku akan membeli sebuah jet dan helikopter peribadi. Aku suka terbang bebas diudara dan melihat seluruh alam dengan cara yang meluas dari udara. Sebelum membelinya, aku perlu menyediakan  'hanger' yang luas iaitu tapak simpanan kapal terbang dan helikopter yang luas dan dalam masa sama untuk disewakan kepada pemilik jet dan helikopter lain  lengkap dengan penyediaan kumpulan pakar kejuruteraan aeronautik dari seluruh dunia. Pembelian kenderaan peribadi membolehkan aku terbang ke mana-mana lokasi yang aku sukai pada setiap hari dalam tempoh masa yang pantas untuk melancong sambil mencari peluang-peluang perniagaan dalam tempoh yang singkat. Aku juga akan melakukan solat lima waktu di Mekah pada setiap hari. Menggunakan kedua-dua kenderaan ini dapat mengelakkan diri aku dari melakukan banyak pembaziran seperti masa, tenaga dan wang ringgit kerana polemik kesesakan lalu lintas  dan ancaman pencemaran gas beracun dan permukaan jalan berdebu jika berkereta pada setiap hari seperti di kota metropolitan Kuala Lumpur. Dengan mempunyai jet dan helikopter peribadi yang mewah dapat menonjolkan diri aku sebagai ahli perniagaan dan orang kaya yang dihormati.  

Isi 3. Membeli emas fizikal 100 kilogram sebagai simpanan tetap.
Selanjutnya, aku akan membeli 100 kilo emas fizikal dalam bentuk jongkong dan barang kemas. Antara produk emas fizikal yang diterima ramai dan di seluruh dunia ialah emas dari syarikat Pamp Suisse. Persoalannya mengapa saya kena melabur dalam emas fizikal. Jawapannya ialah kesan sebenar harga binatang ternakan pada zaman ini mempunyai analogi cerita nilai haiwan ternakan yang dibicarakan masa lalu dan masa kini hampir sama dengan nilai logam emas dan perak pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. Jika masa lalu harga seekor ayam bersamaan dengan 1 dirham (wang perak) dan harga seekor kambing bersamaan 1 dinar (wang emas), pada hari ini nilai kedua-dua haiwan tersebut masih tetap sama masing-masing kekal 1 dirham dan 1 dinar. Bukti lain ialah keadaan ekonomi semasa. Aku sangat tertarik dengan cadangan  harga emas semasa dunia oleh pakar-pakar pelaburan emas dari laman web Kitco yang mengupas hal perdagangan emas menjangkakan harga emas akan naik sehingga RM500.00/gram tahun 2020. Ini bermakna jika kita beli pada hari ini sebanyak 100kilo =100,000 gram pada harga RM150/gram pada tahun 2015 bersamaan RM15,000,000.00, pada tahun 2020 nilai emas yang sama berat akan berharga RM50,000,000.00. Lima tahun menyimpan emas fizikal membolehkan nilai wang berbelas juta menokok kepada  puluhan juta ringgit.


Isi 4. Mempelbagaikan pelaburan dalam saham-saham di papan utama Bursa Saham Kuala Lumpur.
Melabur dalam pelbagai saham untuk menambah wang yang ada terutama dalam pelaburan yang memberi dividen melebihi 10% setahun. Pelaburan saham yang terpilih dari saham syarikat berorentasikan pelaburan teknologi baru, hartanah, minyak, pertanian dan emas.Aku juga ingin menjadi seperti George Soros dan Warren Buffet yang memiliki ilmu pelaburan untuk  menggandakan wang yang dimiliki. Aku juga akan meminjamkan wang yang ada kepada negara-negara kecil yang memerlukannya melalui bank-bank yang diiktiraf dunia.   
(Sila kembangkan sendiri)
           

Isi 5. Membina kilang makanan asas
Membina kilang menyedia dan membuat makanan asas seperti beras, tepung dan gula. Beras, tepung dan gula merupakan makanan asas. Saya mahu memecahkan monopoli dari bangsa asing. Selain membantu memberi sumbangan kepada tenaga kerja dapat memberikan khidmat sosial dalam            menyediakan bekalan makanan secara berterusan kepada rakyat  dengan harga yang mampu dibeli oleh rakyat. Rakyat pasti gembira, negara akan aman dan makmur.Rakyat akan bekerja,             bergaji dan taraf hidup mereka meningkat.
(Sila kembangkan sendiri)

 Isi 6. Membina yayasan Membina sebuah yayasan bernama Yayasan Yat Jawa. Yayasan ini akan aku suntik dalam akaun sebanyak 100 juta. Matlamatnya untuk memberi bantuan kepada pembinaan masjid, sumbangan kepada anak-anak yatim dan biasiswa kepada pelajar  cemerlang. Dengan pembiayaan ini, masjid akan lebih sempurna, anak- anak yatim terbela kehidupannya, dan pelajar-pelajar yang menerima  biasiswa seterusnya bekerja sebagai pakar dalam semua entiti perniagaan yang akan aku wujudkan. Aku akan memastikan pelajar tajaan aku tidak menggangur selepas tamat pengajian.
(Sila kembangkan sendiri)

Isi 7. Membeli sebuah pulau untuk didirikan bandar lengkap dengan prasarana berteknologi tinggi. 
Membeli sebuah pulau seperti pulau Sipadan di Sabah. Alam sekitar akan dipelihara sepenuhnya untuk memastikan bandar yang selamat umpama sebuah syurga. Tetamu dari orang kaya menjadi keutamaan. Dari pinggir pantai hingga di dalam pulau akan dibina bangunan-bangunan yang menggunakan kemudahan sains dan teknologi terkini. Modul bandar dalam cerita sains fiksyen seperti Star Wars menjadi paksi pembinaan bandar yang aku hajati. Kenderaan dalam bentuk dron akan mengisi ruang angkasa bandar yang akan dibina. Enjin kenderaan yang menggunakan minyak biodiesel menjadi keutamaan. 
 (Sila kembangkan sendiri)
c. Penutup

Kekayaan aku bukanlah  untuk kegunaan buat diri sendiri semata-mata tetapi yang sebenarnya di dalamnya ada milik orang lain juga. Aku hanyalah sebagai pemegang amanah yang dikurniakan oleh Allah untuk mentadbir kekayan yang diberi sebaik mungkin untuk mendapatkan keberkatan di dunia dan akhirat. Aku akan berpegang kepada  pepatah Melayu kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau.

No comments:

Post a Comment

Pantun Keselamatan jalsn raya by Tok Yat

 Sultan Mahmud jalan bertandu Di tengah jalan minum nestum Tiada hormat sesama pemandu Jadi punca kereta berdentum. Arnab lari masuk  Hilang...