Monday, June 26, 2023

modul pasang siap pendahuluan karangan B Tok Yat (100-112 patah perkataan)

 


PENDAHULUAN KARANGAN PASANG SIAP TOK YAT

            Mendepani realiti kehidupan yang pantas berubah dan berkembang pesat, masyarakat milenium pada masa kini sering sibuk dengan tugasan masing-masing. Namun begitu, rata-rata masyarakat distrata alam sering alpa dan leka berhubung dengan isu (IKUT TEMA SOALAN). Hal ini disebabkan Kebanyakan masyarakat moden lebih mementingkan diri bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Kesannya memberi masalah kepada kehidupan masyarakat dalam negara kita. Sehingga kini isu (IKUT TEMA SOALAN) sering mendapat liputan hangat sebagai tajuk utama di dada-dada akhbar dan menjadi perbincangan umum masyarakat di warung-warung kopi sehingga di bahaskan di parlimen ada kebenarannya kerana jika tiada angin, masakan pokok bergoyang. Persoalannya, apakah     (ARAHAN SOALAN)       . Saya akan lebarkan perbincangan isu ini di dalam di perenggan-perenggan yang selanjutnya.


Perkataan hitam (dihafal),

perkataan merah (tukar ikut tema dan arahan soalan)

Perkataan biru (dihafal/salin balik peribahasa)

_______________________________________________________________________

Contoh pendahuluan

Soalan :

Sungai merupakan pembekal sumber air dan sumbe makanan kepada manusia. Melalui sungai manusia dapat minum, mandi dan mencuci pakaian malah sungai juga menjadi lokasi yang menarik untuk kunjungan pelancongan. Sungai haruslah dijaga agar kebersihannya terus terpelihara.

Sumber : Internet



Pernyataan di atas tentang kepentingan sungai kepada manusia.                                  Tuliskan huraian tersebut selengkapnya.


Tema : Sungai

Arahan soalan : Huraikan kepentingan sungai.


Mendepani realiti kehidupan yang pantas berubah dan berkembang pesat, masyarakat milenium pada masa kini sering sibuk dengan tugasan masing-masing. Namun begitu, rata-rata masyarakat distrata alam sering alpa dan leka berhubung dengan isu sungai. Hal ini disebabkan Kebanyakan masyarakat moden lebih mementingkan diri bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Kesannya memberi masalah kepada kehidupan masyarakat dalam negara kita. Sehingga kini isu sungai sering mendapat liputan hangat sebagai tajuk utama di dada-dada akhbar dan menjadi perbincangan umum masyarakat di warung-warung kopi sehingga di bahaskan di parlimen ada kebenarannya kerana jika tiada angin, masakan pokok bergoyang. Persoalannya, apakah     kepentingan sungai kepada manusia? Saya akan lebarkan perbincangan isu ini di dalam di perenggan-perenggan yang selanjutnya.

_______________________________________________________________________

Soalan :

Malaysia mempunyai alam semula jadi yang unik dengan deretan pulau yang menawan. Hal ini menyebabkan negara kita mampu menjadikan industry pelancongan sebagai sumber utama pendapatan negara. Peningkatan jumlah kemasukan pelancong yang bertambah setiap tahun menunjukkan bahawa negara ini mempunyai daya tarikan tersendiri. Perkara ini dibuktikan kerana sepanjang tahun 2008, Malaysia telah dikunjungi oleh 22 juta orang pelancong yang menyumbang pendapatan sebanyak RM48 billion kepada negara.

 

Sumber: Internet.

 

Pernyataan di atas menunjukkan industri pelancongan mendatangkan pelbagai kebaikan kepada masyarakat dan negara.

 

Huraikan langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak kerajaan dalam industri pelancongan kepada negara.

 

Tema : industri pelancongan

Arahan soalan : langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak kerajaan dalam industri pelancongan.

 

Mendepani realiti kehidupan yang pantas berubah dan berkembang pesat, masyarakat milenium pada masa kini sering sibuk dengan tugasan masing-masing. Namun begitu, rata-rata masyarakat distrata alam sering alpa dan leka berhubung dengan isu industri pelancongan. Hal ini disebabkan Kebanyakan masyarakat moden lebih mementingkan diri bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Kesannya memberi masalah kepada kehidupan masyarakat dalam negara kita. Sehingga kini isu industri pelancongan sering mendapat liputan hangat sebagai tajuk utama di dada-dada akhbar dan menjadi perbincangan umum masyarakat di warung-warung kopi sehingga di bahaskan di parlimen ada kebenarannya kerana jika tiada angin, masakan pokok bergoyang. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak kerajaan dalam industri pelancongan? Saya akan lebarkan perbincangan isu ini di dalam di perenggan-perenggan yang selanjutnya.



KUPASAN PERISTIWA MENARIK MENGIKUT PLOT NOVEL DI SEBALIK DINARA (26 JUN 2023)

 Soalan

1. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, jelaskan peristiwa-peristiwa yang menarik yang terdapat di dalamnya.

2. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan satu peristiwa menarik yang terdapat dalam plot permulaan dan peleraian novel.

3. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat di permulaan cerita.

4. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat di bahagian peleraian cerita.

5. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, nyatakan peristiwa-peristiwa yang menjadi pedoman, dorongan, panduan hidup, teladan dan menjadi inspirasi kepada pembaca.

6. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, nyatakan peristiwa-peristiwa yang tidak wajar diikuti.

Plot

Peristiwa

Sebab Menarik

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PERMULAAN

Peristiwa Aqram berpura-pura tidur di dalam kapal terbang. Aqram telah mengambil cawan kecil yang digunakan oleh Farisha untuk menguji kesan air liur yang melekat pada cawan. Kajian yang dibuat oleh Dr Maxi mendapati Farisha dikatakan individu yang dicari mampu menyelamatkan sistem Dinara.

Peristiwa ini dianggap menarik kerana kebijaksanaan  Aqram menjalankan tugas dan kecanggihan kajian sains yang mendalam mampu mengesan DNA seseorang

 

Memberi pedoman/panduan hidup/teladan/inspirasi

Peristiwa ini menjadi pedoman kepada saya iaitu kita hendaklah menjalankan amanah dengan penuh bertanggungjawab dan bijaksana.

Peristiwa di mana Azraai memasang ‘retinal scanner’ dan intercom di rumah Farisha yang bersambung di rumahnya. 

Sebab Menarik

Peristiwa ini menunjukkan bahawa Azraai sebagai abang angkat yang sangat mengambil berat akan keselamatan adiknya.

Memberi pedoman/panduan hidup/teladan/inspirasi

Peristiwa ini memberi teladan kepada saya untuk sentiasa berbuat baik kepada orang yang kita sayangi.

sikap bertanggungjawab

Peristiwa ini menunjukkan sikap bertanggungjawab seorang abang yang sentiasa melindungi keselamatan adiknya

Menjadi contoh

Peristiwa ini dapat dijadikan contoh kepada pembaca kerana kita hendaklah sentiasa melindungi keselamatan orang yang kita sayangi

Memberi perasaan gembira

Peristiwa ini tidak dapat dlupakan kerana  jelas menunjukkan Azraai merupakan seorang abang yang bertanggung jawab dan sentiasa mengambil berat tentang keselamatan adiknya.

peristiwa Farisha mencatat alamat dengan menggunakan sebatang pen yang diberi oleh Aqram.  Pen berkenaan sebenarnya telah dilengkapi dengan penetrator untuk menerobos ruang minda Farisha. Hal ini menyebabkan  Farisha sakit kepala.

Sebab Menarik

Peristiwa ini menunjukkan bahawa pengarang telah menunjukkan sebatang pen yang kecil mampu menembusi minda manusia untuk mengambil maklumat di dalam minda manusia

 

Memberi pedoman/panduan hidup/teladan/keinsafan/kesedaran/inspirasi

Peristiwa ini memberi panduan kepada saya menggunakan senjata rahsia secara tersembunyi mampu mencungkil data yang diperlukan semaksima mungkin.

Peristiwa wanita di lapangan terbang yang bercakap di telefon dengan suara yang kuat sehingga menggangu orang sekeliling.

Sebab menarik

 

Peristiwa ini menarik kerana di dalam dunia realiti kita akan menemui pelbagai ragam kehidupan manusia.

 

Tidak wajar dicontohi

Peristiwa ini tidak wajar dicontohi kerana perbuatan ini dapat menimbulkan perselisihan faham dan tidak menghormati orang lain.

peristiwa  Karl menjadikan Farisha sebagai bahan ujikaji. Karl telah bertindak dengan menanam pelbagai implan di dalam badan Farisha untuk menjadi Farisha seorang yang genius. Walau bagaimanapun, tindakan Karl mendapat tentangan Medina, ibu Farisha dengan menyatakan Karl sebagai saintis gila.

Sebab Manarik

Peristiwa ini dianggap menarik kerana kebijaksanaan Karl berjaya memperlihatkan kemajuan dan kecanggihan sains  dan teknologi dalam kehidupan manusia.

Tidak wajar menjadi contoh

Peristiwa ini tidak wajar dicontohi kerana tindakan ini tidak berperikemanusiaan  dan bertentangan dengan agama.

Seterusnya , peristiwa di mana Farisha berjaya menggodam sistem komputer. Farisha adalah seorang gadis yang sangat bijak dan berkebolehan dalam teknologi komputer serta genius hasil daripada beberapa implan yang ditanam dalam badannya oleh Karl, ayahnya sejak kecil lagi.

Sebab Menarik

Peristiwa ini menunjukkan bahawa keupayaan IQ  seseorang bukan sahaja bergantung kepada baka tetapi juga boleh ditingkatkan menggunakan sains dan teknologi

 

 

 

 

Memberi pedoman/panduan hidup/ teladan/inspirasi

Peristiwa ini memberi teladan kepada saya bahawa apabila kita mempunyai ilmu, ilmu itu perlu digunakan untuk memberi manfaat kepada masyarakat di sekeliling kita.

 

Memberi perasaan gembira

Peristiwa ini tidak dapat dilupakan kerana Farisha sangat bertuah dan rezekinya sangat murah kerana mendapat tawaran yang sangat lumayan dalam masa singkat.

 

 

 

 

 

 

 

PELERAIAN

Peristiwa pertemuan Farisha dan Karl ketika Karl sedang nazak.  Farisha bertemu Karl yang semakin tenat di rumah agam Karl. Ketika bertemu, Farisha merenung wajah Karl yang semakin cengkung. Farisha berjanji bahawa dia akan sentiasa mengingati ayahnya. Farisha mengucapkan selamat tinggal dan tidak semena-mena air mata keluar di pipi lelaki itu.

Sebab Menarik

Peristiwa ini menarik kerana Farisha dapat berjumpa juga dengan ayah kandungnya yang dicari selama ini.

Memberi pedoman/panduan hidup/teladan/ inspirasi

Peristiwa ini menberi panduan kepada kita bahawa sejahat-jahat ibu bapa kita jangan kita memutuskan hubungan kita

Selanjutnya, peristiwa Farisha memperincikan tawaran Projek Soft Lab daripada  Aqram. Farisha dan Rosman, rakan kongsinya yang berasa terkejut mendapat tawaran kerja dengan Soft Lab sebanyak RM1,5 juta telah mendapatkan khidmat nasihat dari Azraai, abangnya sebelum bertindak. Tujuannya adalah untuk mendapatkan pandangan dan dorongan dari orang yang lebih berpengalaman.

Sebab Menarik

Peristiwa ini menarik kerana apabila seseorang yang mendapat tawaran yang bernilai besar adalah wajar mendapatkan pandangan orang yang berpengalaman agar tidak terkena scam.

Memberi pedoman/panduan hidup/teladan/

inspirasi

Peristiwa ini memberi teladan kepada saya bahawa pandangan orang yang lebih berpengalaman seperti abang kita diperlukan sebelum kita membuat keputusan.

Sikap bertanggungjawab.

Peristiwa ini menunjukkan sikap bertanggungjawab seorang abang menasihati adiknya sebelum mengambil sesuatu tindakan.

Menjadi contoh

Peristiwa ini dapat dijadikan contoh kepada pembaca kerana kita hendaklah berfikir dan mendapatkan nasihat sebelum mengambil sesuatu tindakan.

 

Peristiwa terbongkarnya rahsia hubungan Karl dan Merilyn. Merlyn ialah seorang saintis yang membantu Karl membina Sistem Dinara. Kegilaan dan persaingan antara Merlyn dan Karl menyebabkan anak luar nikah mereka iaitu Farisha menjadi mangsa. Karl telah menanam pelbagai implant dalam tubuh Farisha untuk menjadinya seorang gadis yang genius.

Sebab Menarik

Peristiwa ini menarik minat pembaca kerana ketaasuban dan persaingan antara Karl dan Merilyn menyebabkan anaknya, Farisha membesar tanpa kasih sayang ibu bapa kandung setelah diserahkan kepada keluarga angkat.

Memberi pedoman/panduan hidup/teladan/ inspirasi

Peristiwa ini memberi panduan kepada kita agar semasa bekerja kita perlu menjaga tatasusila kita.

 

 

Pantun Keselamatan jalsn raya by Tok Yat

 Sultan Mahmud jalan bertandu Di tengah jalan minum nestum Tiada hormat sesama pemandu Jadi punca kereta berdentum. Arnab lari masuk  Hilang...