Saturday, February 28, 2015

Bagaimanakah menulis jawapan perwatakan watak utama, persoalan dan pengajaran untuk soalan novel SPM?

Pengenalan.

Dalam novel yang kita kaji biasanya tedapat beberapa paparan tema, persoalan, pengajaran, nilai, latar masyarakat, perwatakan dan peristiwa. Berikut adalah kata kunci untuk menjawab soalan yang diberi berkenaan novel yang dipelajari atau dikaji:

Novel dipelajari atau dikaji untuk sekolah anda:
Melunas Rindu karya Hartini Hamzah - Tingkatan 4
Kabus di Perbukitan karya Mohamad kholid Hamzah - Tingkatan 5


Soalan.
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan perwatakan watak utama dalam novel tersebut.                                                                                             [7 markah]

Jawapan. 

KATA KUNCI UNTUK MENJAWAB SOALAN INI IALAH 
-->(WATAK) ADALAH SEORANG YANG  TABAH
--> FARIDAH SEORANG YANG TABAH
                 
                  Novel yang saya kaji ialah Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah. Watak utama dalam novel ini ialah Faridah. Banyak perwatakan Faridah dipaparkan dalam novel ini.

                 Faridah seorang yang tabah. Sebagai contoh, dia tabah menghadapi kematian saudara kembarnya Rahayu akibat barah paru-paru.

                 Faridah juga seorang yang  __________. Buktinya, _____________________
__________________________________________________ 

                 Selain itu, Faridah seorang yang ______. Buktinya, _____________________ ________________________

                 Disamping itu, Faridah seorang yang  _____. Sebagai contoh, ____________ ______________________________________ 
                 
                 Pengarang juga memaparkan Faridah seorang yang ________ . Buktinya, __
______________________________________ 

Soalan.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan persoalan yang diketengahkan oleh pengarang dalam novel tersebut.
                      [8 markah]


Jawapan

Kata kunci menjawab soalan ini ialah memaparkan persoalan/ persoalan  ............

 
                Novel yang saya pelajari ialah Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah. Terdapat banyak persoalan yang dipaparkan oleh penulis dalam novel ini.

 Penulis memaparkan persoalan taat kepada perintah agama. Sebagai contoh, Faridah taat mengerjakan perintah agama dengan menunaikan solat lima waktu dan solat tahajud.


                 Selain itu, persoalan kasih sayang sesama manusia. Buktinya, _____________________ ________________________                
                 
                 Seterusnya, persoalan ikatan kekeluargaan yang erat. Buktinya,  __________
__________________________________________________ 

                 Disamping itu, persoalan kahwin campur juga dipaparkan dalam novel ini. Sebagai contoh, ____________ ______________________________________ 
                 
                Kabus di Perbukitan juga memaparkan persoalan perceraian ibu bapa. Buktinya, ________________________________________ 

Soalan
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan tiga nilai yang terdapat dalam novel tersebut.            [8 markah] 

                Novel yang saya pelajari ialah Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah. Terdapat banyak nilai yang dipaparkan oleh penulis dalam novel ini.

                Antaranya nilai kasih sayang. Sebagai contoh, Faridah amat menyayangi  ibunya. Dia sanggup tinggal bersama dengan ibunya kerana ingin menemani dan menjaga ibunya.

               
                Selain itu, nilai baik hati juga diperlihatkan dalam novel ini. Buktinya, _____________________ ________________________        

                Seterusnya, nilai kerajinan. Buktinya,  _________________________________
__________________________________________________ 

Lain-lain nilai:
nilai ketabahan
nilai kebijaksanaan
nilsi kerjasama
nilai ketaatan
nilai kegigihan
nilai bertanggungjawab


Soalan
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan pengajaran-pengajaran yang terdapat dalam novel tersebut.    [7 markah]
(pilihlah 4 isi yang mudah diingat)

Jawapan

Kata kunci perlu dimasukkan ialah hendaklah / perlulah



            Novel yang saya kaji ialah Novel Kabus Di Perbukitan karya Mohamed Kholid Hamzah. Dalam novel ini terdapat banyak pengajaran yang ingin disampaikan oleh pengarang kepada pembaca.  

             Antara pengajaran yang terdapat dalam novel ini ialah kita hendaklah mempunyai jati diri yang teguh.  Contohnya, walaupun Faridah sudah 25 tahun tinggal di New Zealand, dia tetap mengingati dan menghargai tanah airnya, Malaysia.

          Selain itu, novel ini turut memuatkan pengajaran kita hendaklah mengamalkan budaya bangsa agar tidak dilupakan.  Contohnya, Faridah mengenakan baju kurung dan berselendang semenjak balik ke tanah air.

         Di samping itu, terdapat juga pengajaran kita perlulah gigih berusaha agar mencapai kemajuan.  Contohnya, Azrul gigih memajukan projek ternakan kambing dan tapak semaiannya hingga berjaya.

            Pengarang juga turut memuatkan pengajaran kita hendaklah tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan agar dapat menikmati kebahagiaan di kemudian hari. Contohnya, Faridah tabah menjalani kehidupan selepas kematian orang yang disayanginya iaitu kematian adiknya, Rahayu, kematian ibunya, dan kematian suaminya, Ghazali.  Akhirnya Faridah hidup bahagia bersama suaminya, Soleh Johnsons dan anak kembarnya, Melina dan Anne.

             Novel Kabus Di Perbukitan turut memaparkan pengajaran setiap ibu bapa perlulah bertanggungjawab menjaga anak-anak agar menjamin kehidupan mereka. Contohnya, Salmah sanggup bekerja di sawah bagi menampung kehidupan bersama-sama anak kembarnya, Faridah dan Rahayu setelah suaminya, kamarudin meninggalkan mereka.

             Novel ini turut memaparkan pengajaran kita hendaklah taat menunaikan perintah Tuhan / agama agar menjadi orang yang beriman.  Contohnya, Faridah taat menunaikan perintah Tuhan walaupun berada di negara asing (New Zealand). Soleh Johnsons menunaikan sembahyang di masjid pada setiap hari dan selalu menderma kepada badan kebajikan.

             Selain itu, pengarang juga memuatkan pengajaran kita hendaklah berani berdikari tanpa mengharapkan tawaran kerja makan gaji sahaja agar menjadi orang yang berjaya. Contohnya, Azrul bertekad untuk menjadi penternak kambing dan hasratnya itu dipersetujui oleh bapanya.  Akhirnya dia berjaya menjadi usahawan yang berjaya sehingga bergelar Datuk.





Wednesday, February 25, 2015

Persoalan novel


i) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah
ii) Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah.

Soalan :
Berdasarkan  novel yang anda pelajari, huraikan persoalan yang diketengahkan oleh pengarang dalam novel tersebut. [8 markah]

Jawapan : 

             Novel yang saya pelajari ialah Novel Kabus di Perbukitan  karya Mohamad Kholid Hamzah. Terdapat banyak persoalan dalam novel ini.

              Antaranya,  persoalan  kerjasama yang erat. Contohnya, operasi mencari Faridah dan Iqbal yang dinamakan OPS PDK melibatkan banyak pihak seperti Bomba dan Penyelamat, Hospital Daerah, RELA, Perhilitan dan Pejabat Daerah Raub serta Hulu Selangor.

               Selain itu, dalam novel ini terdapat Persoalan taat kepada perintah agama / Tuhan. Contohnya, Faridah patuh kepada ajaran agama Islam walaupun sudah 25 tahun tinggal di New Zealand dan dia mementingkan ajaran agama kepada keluarganya. Contoh lain, Soleh Johnsons, semasa di Cameron Highlands, pada setiap hari dia menunaikan solat di masjid secara berjemaah.

               Disamping itu,novel ini memaparkan Persoalan Kepentingan ilmu .  Contohnya, Rahayu dan Azrul penuntut di Universiti Putra Malaysia (UPM).  Rahayu walaupun menghidap penyakit asma dan penyakit kanser paru-paru gigih menuntut ilmu dalam bidang Pembangunan Manusia.  Azrul pula menuntut ilmu dalam bidang pertanian sehingga berjaya menjadi usahawan dan bergelar Datuk. Contoh lain, Zain bersama-sama 12 orang pelajar Malaysia menuntut di Universiti Lincoln. 

                 Persoalan perpecahan dalam keluarga  juga terdapat dalam novel ini. Contohnya, Mejar (B) Kamarudin telah berpisah dengan isterinya, Salmah.  Dia telah membawa Rahayu (saudara kembar Faridah) bersama-sama untuk tinggal dengan isteri baharunya, manakala Faridah tinggal bersama-sama ibunya, Salmah.  Hal ini menyebabkan berlakunya perpisahan antara dua saudara kembar tersebut, iaitu Rahayu dengan Faridah dan perpisahan antara ibu dengan anak.

Persoalan-persoalan lain:



a. Persoalan kehilangan seseorang yang disayangi amat menyedihkan

Contohnya, kehilangan Faridah dan Iqbal (kanak-kanak Down Sindrom) yang disebabkan van yang dinaiki mereka terbabas dan terjatuh ke dalam gaung.  Kehilangan mereka menyebabkan ahli keluarga dalam keadaan bersedih dan sentiasa berusaha mencari.  Rahayu saudara kembar Faridah, yang menghidap penyakit kanser sentiasa merindui kakaknya, Faridah dan dia berhasrat untuk menemui kakaknya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.  



b.Persoalan ketabahan menghadapi cabaran dalam kehidupan

Contohnya, Faridah tabah menghadapi dan meneruskan kehidupan selepas kematian adik kembarnya, Rahayu, kematian ibunya, dan kematian suami pertamanya, Ghazali.  Faridah tabah menjalani kehidupan di rantau orang (New Zealand) dan tinggal di sana selama 25 tahun.  Faridah tabah membesarkan anak-anaknya, Melina dan Anne.



c. Persoalan menghargai jasa ibu bapa

Contohnya, Faridah menghargai jasa ibunya apabila dia masih tinggal bersama-sama ibunya walaupun selepas berkahwin dengan Ghazali.  Faridah menghargai jasa dan bertanggungjawab terhadap ibunya walaupun selepas berkahwin.  Dia tidak sanggup berpisah dengan ibunya dan mengambil keputusan terus tinggal bersama-sama dengan ibunya walaupun suaminya,Ghazali, mengajaknya berpindah.



d.Persoalan perkahwinan campur

Contohnya, perkahwinan Faridah dengan kirby Johnsons atau nama Islamnya, Soleh Johnsons.  Faridah berbangsa Melayu, berasal dari Malaysia, manakala Soleh Johnsons pula berbangsa Inggeris dan rakyat New Zealand.  Begitu juga perkahwinan campur antara Melina (anak Faridah dan Soleh Johnsons) berkahwin dengan Benny yang berketurunan Arab.



Pantun Keselamatan jalsn raya by Tok Yat

 Sultan Mahmud jalan bertandu Di tengah jalan minum nestum Tiada hormat sesama pemandu Jadi punca kereta berdentum. Arnab lari masuk  Hilang...