Saturday, November 7, 2020

Latihan Rumusan Bahasa Melayu Tingkatan 4 PKP2 (08 November 2020)

                                                          BAHAGIAN C: RUMUSAN

(30 Markah)

Soalan 9 : RUMUSAN

BAHAN 1

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan . Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan grafik.

Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) PBB berkata, prospek kerjaya orang berusia 18 hingga 29 tahun juga mengalami kesan dari pandemik COVID-19, manakala pelajar menghadapi suasana suram terhadap pendidikan mereka.

Laporan ILO bertajuk 'Belia dan COVID-19: kesan pada pekerjaan, pendidikan, hak dan kesejahteraan mental' ke atas remaja berusia 18 hingga 29 tahun di 112 negara terjejas akibat krisis itu mendapati kesan pandemik pada belia menjadi sistematik, mendalam dan tidak seimbang terutama pada wanita muda, remaja dan remaja di negara berpendapatan rendah.

Tinjauan mendapati 13 peratus responden tanpa akses ke kursus, pengajaran atau latihan, sementara lebih 70 peratus mengatakan mereka terjejas teruk oleh penutupan pusat pendidikan mereka. Dengan kursus yang beralih ke atas talian, tinjauan menunjukkan wujud jurang digital mendalam terutama bagi belia di negara berpendapatan rendah.Justeru, akses yang lebih baik untuk peluang pembelajaran atas talian dan program pengajaran yang disesuaikan dengan maya sangat diperlukan.

"Bukan itu saja, pandemik ini beri kesan pada pekerja muda, memusnahkan karier dan merosakkan prospek kerjaya mereka. Justeru, tindakan segera, skala besar dan maklum balas polisi pekerjaan disasarkan amat diperlukan untuk melindungi seluruh generasi muda dari prospek pekerjaan mereka yang terus terjejas oleh krisis," menurut laporan ILO.

Tinjauan turut mendapati 17 peratus mungkin mengalami kesan kegelisahan dan kemurungan. Ia menggesa perkhidmatan kesihatan mental diperluas kepada orang-orang muda yang berdepan dengan situasi itu. – AFP

 

Dipetik dan diubah suai daripada,
Internet: Berita Harian,
oleh: AFP
BAHAN 2



Pantun Keselamatan jalsn raya by Tok Yat

 Sultan Mahmud jalan bertandu Di tengah jalan minum nestum Tiada hormat sesama pemandu Jadi punca kereta berdentum. Arnab lari masuk  Hilang...