Monday, October 2, 2017

KEBAIKAN TELEFON BIMBIT KEPADA MASYARAKAT MASA KINI.

Alaxander Graham Bell merupakan insan yang bertanggungjawab mencipta alat telekomunikasi yang dinamakan sebagai telefon. Kini ciptaan beliau ini telah mengalami transformasi dari segi bentuk dan kefungsiannya seiring dengan perkembangan teknologi terkini yang dipanggil smartphone. Jika  pada asal penciptaan telefon, manusia hanya menggunakan telefon yang disampaikan melalui gelombang getaran bunyi, kini telefon bimbit seperti telefon pintar lebih meluas ciri-ciri pengunaan yang dilengkapi dengan sistem audio dan video. Seiring dengan kemajuan dunia,  telefon bimbit adalah satu kemestian untuk dimiliki oleh semua masyarakat. Telefon bimbit merupakan satu alat peranti atau perhubungan yang sangat popular dan semakin meluas tanpa mengira harganya. Hal ini kerana setiap individu zaman sekarang mampu untuk mendapatkan atau memiliki telefon bimbit yang canggih dengan teknologi sekarang. Terdapat pelbagai jenama telefon bimbit di pasaran di negara kita seperti telefon bimbit jenama nokia, samsung, iphone, blackberry dan lain-lain. Jika diperhalusi, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan masyarakat ini mendatangkan banyak kesan positif kepada masyarakat. Persoalannya, apakah kesan positif yang akan diterima oleh masyarakat jika mereka menggunakan telefon bimbit dengan bijak?


Kupasan idea saya yang utama adalah penggunaan telefon bimbit dapat digunakan semasa kecemasan. Hal ini disebabkan musibah yang datang dan akan dihadapi oleh seseorang individu tidak dapat dipastikan kerana masyarakat sendiri mengatakan bahawa malang tidak berbau. Oleh itu, setiap individu perlu siap siaga pada setiap masa mengenai hal ini. Antara keadaan kecemasan yang akan dihadapi oleh seseorang individu adalah seperti menghadapi sesuatu kecemasan semasa tertinggal bas untuk pulang ke rumah. Tertinggal bas di kawasan yang gelap, sunyi dan tiada orang ramai yang lalu lalang boleh mengundang trauma dan ketakutan kepada diri individu terutamanya wanita. Melalui telefon bimbit, individu yang ketakutan dapat menghubungi ibu, bapa, abang atau kakak  mereka dengan segera untuk mengambilnya.  Hasil tindakan segera individu tersebut, sudah pasti dapat membantu menyelamatkan dirinya dari menjadi mangsa kes jenayah seperti kes rogol, kes peras ugut, kes buli dan kes penculikan. Selain itu, jika individu mengalami kecemasan apabila tiba-tiba kehilangan wang tunai apabila beg duit diragut telefon bimbit boleh menjadi penyelamat kepaa dirinya. Misalnya, jika individu berkenaan dalam masa yang sama perlu membeli tiket kapal terbang  untuk pulang segera ke kampung, individu berkenaan boleh menggunakan telefon bimbit untuk menghubungi ibu bapa agar membuat pemindahan segera wang ke dalam akaun bank pemilik melalui online dan individu yang menghadapi kecemasan boleh menggunakan telefon bimbit yang dimiliki digunakan untuk membeli tiket melalui proses yang sama. Kesannya, kegagalan untuk pulang segera ke kampung dapat dilakukan mengikut tempoh diarapkan seperti pulang ke kampung untuk menyambut sambutan Hari Raya , sambutan Tahun Baru Cina dan sambutan Hari Deepavali. Selanjutnya, telefon bimbit boleh digunakan apabila seseorang melihat atau  terlibat dalam kemalangan dengan menghubungi pihak ambulan, polis dan bomba jika kemalangan tersebut melibatkan kesesakan jalan raya, ramai mangsa yang tercedera dan ada mangsa yang tersepit. Melalui telefon bimbit kita membantu penderitaan mangsa kemalangan yang mengalami kesakitan dan kepedihan di bawah panas terik matahari dan bahang jalan raya. Kesannya, kita dapat membantu menyelamat mangsa kemalangan yang boleh kehilangan nyawa apabila lambat dibantu atau dirawat seperti mangsa kehilangan banyak darah, tersepit dalam kenderaan dan melecur terbakar. Oleh itu benarkan apa yang diperkatakan oleh kebanyak orang ramai, telefon bimbit dapat membantu setiap individu apabila menghadapi sesuatu kecemasan.

Telefon bimbit ini menjadi satu bentuk penyampaian informasi yang pelbagai dan menarik. 

kemudahan untuk berkomunikasi. 


Telefon menambahkan kecekapan sistem perhubungan.

Telefon bimbit sebagai alat hubungan perniagaan

Telefon bombit merapatkan sistem sosial dan silaturrahim dalam kalangan  rakan baru dan rakan lama

Pantun Keselamatan jalsn raya by Tok Yat

 Sultan Mahmud jalan bertandu Di tengah jalan minum nestum Tiada hormat sesama pemandu Jadi punca kereta berdentum. Arnab lari masuk  Hilang...