Sunday, October 10, 2021

Kebaikan dan masalah sukan dan rekreasi

 BAHAGIAN C

RUMUSAN
[30 markah]

Soalan 9
Baca petikan dan pantun yang yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan pantun.


Bahan 1

            Bersukan dan beriadah adalah dua aktiviti yang telah mendapat perhatian masyarakat pada masa kini. Hal ini ini dikatakan demikian kerana bersukan merupakan salah satu bentuk fizikal yang baik untuk membina kesihatan badan manakala rekreasi pula membawa maksud penggunaan masa lapang dengan aktiviti positif secara riadah (aktif) atau santai (pasif) untuk mewujudkan keseronokan bersama ahli keluarga dalam bentuk kegiatan harian, hujung minggu atau pada waktu terluang.

Walau bagaimanapun hasrat bersukan dan beriadah dalam kalangan masyarakat terhalang disebabkan oleh masalah masa yang terhad, masalah peribadi, masalah kerjaya yang dikerjakan, masalah kewangan, masalah ketiadaan peralatan dan masalah penyakit yang dihadapi. Senario ini menjadi punca masyarakat malas untuk melakukan kegiatan bersukan dan beriadah sungguhpun tenaga fizikal, tenaga dalaman dan tenaga pemikiran  telah digunakan secara giat dalam menumpukan kerjaya dalam kehidupan moden ini.

Bagi mengatasi masalah-masalah di atas setiap masyarakat perlu merancang aktiviti bersukan dan beriadah mengikut masa yang sesuai.  Hal ini dikatakan demikian kerana bersukan dan berekreasi  mampu mengatasi kemerosotan kecergasan dan kesempurnaan kesihatan.  Selain itu kebaikan bersukan dan beriadah ialah masyarakat  dapat meningkatkan stamina, menguatkan jantung dan kardiovaskular, membantu membina tulang dan otot yang sihat, mengawal berat badan, mengawal tekanan darah, mengurangkan tekanan, meningkatkan keyakinan diri, melapangkan minda dan mengeratkan hubungan silaturrahim.

Oleh itu, masyarakat jangan terlalu berharap kepada kapsul makanan tambahan dan cepat berputus asa jika kita hanya mampu melakukan aktiviti sukan dan rekreasi yang ringan ataupun dalam masa yang singkat. Perkara yang penting ialah kita harus berpeluh ketika bersukan dan berekreasi.





Pantun Keselamatan jalsn raya by Tok Yat

 Sultan Mahmud jalan bertandu Di tengah jalan minum nestum Tiada hormat sesama pemandu Jadi punca kereta berdentum. Arnab lari masuk  Hilang...