Tuesday, November 30, 2021

KARANGAN A KSSM AMALAN MENABUNG

Bahan 1
Bahan 2



SKEMA :

BAHAGIAN A

SOALAN

Fahami bahan grafik di bawah.  Kemudian, huraikan pendapat anda tentang  faedah amalan menabung dan peranan ibu bapa dalam memupuk amalan menabung.

 Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

Kehendak soalan :

  1. Diharapkan calon dapat menghuraikan bahan grafik faedah amalan menabung dan peranan ibu bapa memupuk amalan menabung
  2. Calon mesti menggunakan semua bahan grafik yang diberikan - cemerlang.
  3. Calon yang menggunakan hanya sebahagian bahan grafik yang diberikan - kepujian
  4. Calon yang langsung tidak menggunakan bahan grafik yang diberikan - kurang memuaskan

 Rangka karangan dicadangkan:

 1.0              Pendahuluan

 2.0              Cadangan isi:

 2.1              BAHAN 1 GRAFIK:
                        Faedah amalan menabung

2.1.1        dapat dijadikan sebagai simpanan untuk masa hadapan

2.1.2        dapat dijasikan sebagai bekalan wang untuk kegunaan ketika kecemasan

2.1.3        dapat memupuk amalan berjimat cermat dalam perbelanjaan

2.1.4        boleh dijadikan sebagai bank kecil dan membantu mengurangkan bebanan kewangan ibu bapa 

            Peranan ibu bapa memupuk amalan menabung

            2.1.5   ibu bapa perlu memberi pendedahan awal kepada anak-anak tentang

                                    amalan menabung

                        2.1.6    ibu bapa perlu membukakan akaun menabung untuk anak-anak

                        2.1.7    ibu bapa perlu menerangkan kepentingan amalan menabung dalam

kalangan anak-anak.

 2.2       BAHAN 2 Petikan : Faedah amalan menabung dan cara memupuk amalan menabung,

            2.3.1    pelajar perlu diberikan pendedahan tentang kepentingan amalan menabung

secara berterusan – CARA

            2.3.2    hasil tabungan dapat membantu para penyimpan menghadapi keadaan

yang tidak dijangka – FAEDAH

2.3.3    tabiat menabung yang dipraktikkan membolehkan penabung membeli

buku rujukan sendiri - FAEDAH

2.3.4    membantu mengurangkan beban kewangan ibu bapa – FAEDAH

 

3.0              Kesimpulan

 KARANGAN PENUH

Pendahuluan:

Memang tidak dapat dinafikan bahawa amalan menabung adalah satu amalan yang baik kepada setiap anak. Hal ini demikian kerana hasil tabungan dapat membantu anaka-anak ketika menghadapi keadaan tidak dijangka pada masa hadapan. Persoalannya, apakah faedah menabung dan peranan ibu bapa dalam memupuk amalan menabung?

Isi 1:

Faedah utama amalan menabung kepada anak-anak ialah dapat dijadikan simpanan pada masa hadapan. Hal ini demikian kerana faktor ekonomi global seperti kemelesetan ekonomi tidak dapat dijangka akan menjejaskan perbelanjaan kita. Oleh itu, langkah praktikal tabungan yang boleh dibuat ialah melalui simpanan di bank atau pelaburan dalam SSPN dapat digandakan melalui pemberian kadar faedah dan dividen yang tinggi menepati peribahasa yang berbunyi sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.

Isi 2: 

Selanjutnya amalan menabung boleh dijadikan sebagai bank kecil dan membantu mengurangkan bebanan kewangan ibu bapa. Hal ini demikian kerana anak-anak akan memerlukan wang setelah meningkat remaja ketika belajar di kolej atau universiti. Anak-anak memerlukan wang belanja untuk pengangkutan, makan-minum dan sewa rumah bila berjauhan dari keluarga. Dengan menyimpan di dalam tabung berdikit-dikit, hasil simpanan dapatlah dijadikan bank kecil dan mengurangkan bebanan kewangan ibu bapa. 

Isi 3:

Bagi memastikan amalan menabung menjadi  amalan anak-anak, ibu bapa perlu membukakan akaun bank atas nama mereka. Hal ini demikian kerana memiliki buku akaun bank sendiri membolehkan anak-anak untuk suka membuat simpanan wang tabungan yang terkumpul secara berdikit-dikit dan terimaan wang dari keluarga semasa sambutan hari jadi dan hari perayaan.  Anak-anak pasti bergembira dan teruja dan sayang atas wang sendiri bila melihat wang yang banyak di dalam buku akaunnya bertepatan dengan peribahasa Melayu yang berbunyi tak kenal maka tak cinta.

Penutup:

Akhirulkalam, amalan menabung perlu didedahkan kepada anak-anak secara berterusan atas dorongan ibu bapa agar menjadi budaya dalam kehidupan mereka. Oleh itu, semua masyarakat wajar menyokong usaha ini demi kelestarian hidup mereka pada masa hadapan dengan harapan anak-anak mampu berdikari untuk menangani maslaah kewangan mereka dengan baik.

Pantun Keselamatan jalsn raya by Tok Yat

 Sultan Mahmud jalan bertandu Di tengah jalan minum nestum Tiada hormat sesama pemandu Jadi punca kereta berdentum. Arnab lari masuk  Hilang...