Friday, April 27, 2018

TEKNIK PENULISAN JAWAPAN NOVEL SPM 2018


TEKNIK MENJAWAB SOALAN SPM 2018
SOALAN 4: NOVEL
Penyedia : En Yatiman Bin Kamsidin
SMK TAMAN MEGAH RIA

1.       Soalan novel ini mengandungi 15 markah iaitu:

a.       Soalan 4(a) 7 Markah (4 markah isi 3 markah bahasa)
b.      Soalan (b) 8 markah(6 markah isi 2 markah bahasa)

2.       Setiap jawapan perlu ada pernyataan dan contoh serta dihuraikan dengan ayat yang lengkap.
3.       Kata kunci untuk menjawab soalan novel dan soalan pemahaman komsas adalah seperti berikut:
 KEHENDAK SOALAN 
KATA KUNCI
DITULIS
CONTOH
NILAI
KERAJINAN
KETABAHAN
KERJASAMA
BAIK HATI
KASIH SAYANG

JADI KATA NAMA
KE....AN
KETABAHAN

NILAI KETABAHAN
Farisha tabah menghadapi dugaan hidup apabila dia mengetahui bahawa dia hanyalah anak angkat dan Azraai hanyalah abang angkatnya sahaja.

PERSOALAN

KETABAHAN MENGHADAPI DUGAAN

PERSOALAN KETABAHAN MENGHADAPI DUGAAN
Farisha tabah menghadapi dugaan hidup apabila dia mengetahui bahawa dia hanyalah anak angkat dan Azraai hanyalah abang angkatnya sahaja.
PENGAJARAN
KITA HENDAKLAH ...
KITA MESTILAH .....
KITA HARUSLAH ....
KITA SEPATUTNYA ...
KITA HENDAKLAH TABAH MENGHADAPI DUGAAN HIDUP
KITA HENDAKLAH TABAH MENGHADAPI DUGAAN HIDUP
Farisha tabah menghadapi dugaan hidup apabila dia mengetahui bahawa dia hanyalah anak angkat dan Azraai hanyalah abang angkatnya sahaja.

PERWATAKAN
(KATA SIFAT)

SEORANG YANG TABAH
FARISHA SEORANG YANG TABAH.
Farisha tabah menghadapi dugaan hidup apabila dia mengetahui bahawa dia hanyalah anak angkat dan Azraai hanyalah abang angkatnya sahaja.

LATAR MASYARAKAT

MASYARAKAT YANG TABAH
MASYARAKAT YANG TABAH
Farisha tabah menghadapi dugaan hidup apabila dia mengetahui bahawa dia hanyalah anak angkat dan Azraai hanyalah abang angkatnya sahaja.

   
LATIHAN
NILAI
PERSOALAN
PERWATAKAN
PENGAJARAN
LATAR
CONTOH
PERISTIWA
Kasih sayang
Kasih sayang sesama manusia
Seorang yang penyayang
Kita hendaklah saling menyayangi sesama manusia
Masyarakat yang penyayang.

Kegigihan










Kerajinan











bertanggungjawab











ketaatan













CONTOH JAWAPAN SOALAN 4(a)
SOALAN 4(a) :
Berdasarkan novel yang anda kaji, nyatakan nilai yang terdapat dalam novel tersebut. [7 markah]

(JAWAPAN CALON CEMERLANG)

Novel yang saya kaji ialah novel Disebalik Dinara. Nilai yang terdapat dalam novel ialah nilai kasih sayang. Sebagai contoh, Azraai sangat menyayangi adiknya Farisya. Dia mengambil berat tentang keselamatan adiknya, Farisha. Dia sanggup memasang ‘retinal scanner’ dan intercom yang bersambung dengan rumahnya demi memastikan keselamatan adiknya.

Selain itu, nilai lain ialah nilai kebijaksanaan. Sebagai contoh, Farisya seorang gadis yang sangat bijak dalam teknologi dan telah terbukti dapat menggodam sistem komputer.  Kebijaksanaan berpunca daripada implan yang telah dipasang pada badannya sejak kecil oleh bapanya, Karl.

Seterusnya, terdapat nilai bekerjasama. Sebagai contoh, Rosman dan Farisha saling bekerjasama untuk membangunkan syarikat kongsi mereka iaitu Secured Shell. Mereka juga bekerjasama untuk menjalankan projek mini yang ditawarkan oleh Softlab.

Selanjutnya, terkandung juga nilai kegigihan. Contohnya, Marilyn@ Medina gigih meneruskan kehidupannya walaupun ramai orang menggelarkannya wanita gila. Dia juga gigih meneruskan ciptaan sainsnya bagi menyaingi Karl, lelaki yang pernah dicintainya. Selain itu, dia juga gigih mencari anaknya yang hilang dan diserahkan kepada keluarga angkat.

SOALAN 4(b) NOVEMBER 2017
Berdasarkan dua buah nvel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa bagi setiap novel yang pendapat anda menimbulkan perasaan simpati pembaca.

(JAWAPAN CALON CEMERLANG)

Novel yang saya pelajari ialah novel Disebalik Dinara. Peristiwa yang menimbulkan perasaan simpati pembaca ialah peristiwa Azraai memberitahu kepada Farisha bahawa dia hanyalah anak angkat dalam keluarga Azraai. Peristiwa ini menimbulkan perasaan simpati kerana selama ini Farisha menyangka bahawa umi dan ayahnya ialah keluarga kandungnya kerana dia telah mendapat kasih sayang yang sepenuhnya daripada mereka. Kesan daripada peristiwa tersebut, Farisha tertanya-tanya akan siapakah ibu bapanya yang sebenar.

Manakala novel lain yang saya kaji ialah novel Silir Daksina. Peristiwa yang menimbulkan perasaan simpati pembaca ialah peristiwa Haiqal tidak dibenarkan oleh ibunya, untuk melihat jenazah arwahnya di Kampung Seri Purnama buat kali yang terakhir. Pembaca berasa simpati kerana sejak kecil Haiqal tidak pernah berjumpa dengan bapa kandungnya itu, sehinggalah bapanya meninggal dunia.

  
TAHUN
soalan
Eleman komsas
N2018
Cadangan tumpuan topik soalan 2018
Tema/Watak Perwatakan
Nilai/Pengajaran
Latar Masyarakat
Peristiwa Menarik
Peristiwa Yang Memberi Teladan
Peristiwa Yang Memberi Kesan.

J2018


N2017
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa bagi setiap novel yang pendapat anda menimbulkan perasaan simpati pembaca.[8 markah]


J2017
Watak dalam sesebuah novel sering dikaitkan dengan pelbagai cabaran. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, huraikan dua cabaran yang dihadapi oleh watak yang telah ditetapkan.[8 markah]
Perwatakan watak

N2016
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu latar masa nagi setiap novel tersebut. [8 markah]
Latar masa

J2016
Berdasarkan  dua buah novel yang anda kaji, jelaskan satu nilai kemanusiaan yang terdapat dalam watak sampingan bagi setiap novel.[8 markah]

nilai
N2015
Berdasarkan dua buah novel  yang anda pelajari, huraikan satu pengajaran tentang kerjasama yang terdapat dalam setiap novel tersebut.[8 markah]
pengajaran






Pantun Keselamatan jalsn raya by Tok Yat

 Sultan Mahmud jalan bertandu Di tengah jalan minum nestum Tiada hormat sesama pemandu Jadi punca kereta berdentum. Arnab lari masuk  Hilang...