Friday, January 29, 2021

Perasaan saya setelah membaca novel Di Sebalik Dinara dan Silir Daksina

 

Berdasarkan novel yang anda kaji , huraikan perasaan anda setelah membaca novel tersebut.

 Di Sebalik Dinara

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Terdapat beberapa perasaan yang saya alami setelah membaca novel ini.

Antaranya, perasaan sedih. Saya berasa sedih melihat Farisha yang telah mengetahui ibu dan bapa kandungnya yang sebenar kerana selama ini dia telah dibela oleh keluarga angkat.

Seterusnya, perasaan gembira. Saya gembira melihat Medina yang akhirnya dapat bertemu semula dengan anak kandungnya, Farisha setelah lama berusaha untuk mencari dan menjejakinya. Dia telah terpisah dengan anak kandungnya itu sejak Farisha kecil lagi.

Selain itu, perasaan kecewa. Saya kecewa dengan tindakan Dr Maxi yang sanggup menjadikan Shida sebagai pengganti Farisha untuk menyelamatkan Sistem Dinar jika terjadi apa-apa kepada Farisha. Sedangkan tindakan itu boleh mendatangkan bahaya kepada Shida.

Selanjutnya, perasaan benci. Saya benci dengan sikap Karl yang sangat zalim terhadap kanak-kanak. Dia sanggup nmemasukkan implant ke dalam tubuh Farisha yang masih bayi tanpa dibius semata-mata untuk menjadikannya cerdik.

Disamping itu, perasaan terkejut/terperanjat. Saya terkejut apabila dapat mengetahui Farisha rupa-rupanya hanya anak angkat dalam keluarga Azrai.

Novel Silir Daksina

Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina. Setelah membaca novel ini pelbagai perasaan dapat saya rasai.

 Pertamanya, perasaan gembira. Saya gembira apabila melihat Umi , Walid dan adik tiri Haiqal datang ke balai raya Seri Purnama untuk melihat Haiqal yang sedang membuat persembahan tarian zapin.

Keduanya, perasaan sedih.  Saya sedih apabila Umi tidak membenarkan Haiqal mengikutnya untuk menghadiri majlis pengkebumian ayahnya di Batu Pahat kerana ketika itu dia sedang menduduki peperiksaan UPSR.

Seterusnya, perasaan kecewa. Saya kecewa apabila Umi tidak membenarkan Haiqal untuk pergi ke Kampung Seri Purnama bagi menjejaki kisah hidup ayahnya. Uminya juga mengugut untuk tidak memberi wang belanja kepada Haiqal.

Selain itu, perasaan simpati. Saya simpati melihat Cikgu Amirulnizam yang terpaksa berpisah dengan anaknya Haiqal kerana bercerai dengan isterinya. Dia menanggung perasaan yang teramat rindu terhadap anaknya itu hingga akhir hayatnya.

 

Selanjutnya, perasaan benci.  Saya benci melihat sikap abang Tauke Ong yang berjudi hingga rumah dan tanah mereka sekeluarga tergadai. Tauke Ong terpaksa hidup susah di tempat orang lain.

No comments:

Post a Comment

Pantun Keselamatan jalsn raya by Tok Yat

 Sultan Mahmud jalan bertandu Di tengah jalan minum nestum Tiada hormat sesama pemandu Jadi punca kereta berdentum. Arnab lari masuk  Hilang...