Friday, January 29, 2021

Sinopsis dilengkapi peristiwa bagi setiap plot novel Silir Daksina

 

Tulis sinopsis novel yang telah anda pelajari.                             7 markah]

 

 Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina bertemakan kekeluargaan.

 Permulaan cerita dimulakan dengan Haiqal Haqimi /Aiman yang mempunyai konflik jiwa, iaitu mahu mengenali ayahnya, Abdullah bin Kayan (Amirulnizam / Cikgu Zam).  Konflik jiwa ini bermula apabila dia menerima manuskrip daripada Ong See Hwa (Ai Ling) yang merupakan hasil tulisan tangan ayahnya. Sebelum Haiqal memasuki sekolah tadika, uminya telah memberitahu bahawa Walid itu bukan ayah kandungnya. Sewaktu ayahnya meninggal dunia, Haiqal tidak dapat mengikut umi dan walidnya menziarahi jenazah arwah ayahnya kerana dia sedang m,enduduki peperiksaan UPSR.

Peringkat perkembangan, Kisah Abdullah bin Kayan diceritakan dalam manuskrip sebagai Cikgu Amirulnizam atau Cikgu Zam di kampung halamannya, Kampung Seri Purnama. Cikgu Zam bertugas di sekolah rendah Kampung Seri Purnama. Cikgu Zam terlibat secara aktif dalam aktiviti sastera dan budaya dan telah menghidupkan kumpulan Zapin D’Purnama semula yang telah terkubur. Cikgu Zam mempunyai bakat dalam bidang penulisan novel, cerpen dan puisi. Di kampung tersebut dia mendapat sokongan padu daripada Tauke Lim, Pak cik Bakar, Haji Salleh dan orang-orang kampung yang lain. Cikgu Zam amat rindu akan anaknya lalu menumpukan kasih dan sayangnya terhadap anaknya itu kepada Ai Ling. Cikgu Zam telah menghidap penyakit tetapi penyakit yang ditanggungnya itu dirahsiakan. Sebelum akhir hayatnya, Cikgu Zam sempat menulis manuskrip dan manuskrip itu diserahkan kepada Ai Ling untuk disampaikan kepada anaknya, Aiman. Setelah Cikgu Zam meninggal dunia, manuskrip itu dihantar oleh Ai Ling kepada Haiqal yang berada di Kuala Trengganu. Haiqal berasa rindu akan ayahnya. Dia ingin menjejaki kehidupan ayahnya di Kampung Seri Purnama. Namun dia tahu bahawa uminyua tidak akan membenarkan dia ke sana. Haiqal banyak menceritakan konflik yang dihadapi kepada kawannya Ratna sewaktu dia mengunjungi gerai makan milik Ratna di Pantai Batu Buruk. Haiqal bertekad untuk memberitahu uminya tentang hasratnya untuk menjejaki kehidupan ayahnya, Abdullah bin Kayan .

Peringkat klimeks, Haiqal telah berbincang dengan umi dan walid selepas dia selesai menunaikan solat Maghrib. Haiqal memberitahu hasratnya untuk ke kampung halaman arwah ayahnya di Batu Pahat, Johor kepada uminya. Umi Haiqal tidak membenarkan dia ke kampung arwahnya. Haiqal dan uminya bergaduh tentang hasrat Haiqal tersebut. Uminya mengugut Haiqal bahawa dia tidak akan memberikan wang kepadanya sekiranya dia pergi ke kampung arwah ayahnya. Walid memahami perasaan Haiqal dan merestui pemergian Haiqal. Walid akan menampung perbelanjaan Haiqal sepanjang dia berada di Johor kelak.

Peleraian cerita, Haiqal telah pergi ke kampung ayahnya, iaitu Kampung Seri Purnama. Dengan bantuan Tauke Ong, See Hwa, Pak Cik Bakar dan Lazim, Haiqal dapat menjejaki bekas-bekas kehidupan arwah ayahnya. Haiqal mencadangkan agar kumpulan zapin D’Purnama dihidupkan semula selepas sekian lama terkubur. Haiqal terlibat dalam tarian zapin. Seminggu sebelum acara persembahan, Haiqal telah memaklumkan kepada walidnya tentang tarian zapin jincat itu. Lazim telah ditimpa kemalangan jalan raya sewaktu pulang dari kerja. Haji Salim mengemukakan cadangan supaya See Hwa mengantikan tempat Lazim.  Sewaktu Haiqal mempersembahkan tarian zapin di ats pentas, Haiqal ternampak uminya,walid, dan adik tirinya, Nurul Aisyah sedang menyaksikan persembahannya dari bahagian belakang balai raya. Haiqal amat gembira dan ingin berlari untuk memeluk ahli keluarganya itu sebagai tanda kesyukuran. Haiqal melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di Sarawak dalam bidang sastera. Ratna telah mengikat tali pertunangan dengan seorang usahawan muda yang sanggup menjadi rakan kongsinya.

 

 

No comments:

Post a Comment

Pantun Keselamatan jalsn raya by Tok Yat

 Sultan Mahmud jalan bertandu Di tengah jalan minum nestum Tiada hormat sesama pemandu Jadi punca kereta berdentum. Arnab lari masuk  Hilang...