Friday, January 29, 2021

Sinopsis lengkap peristiwa-peristiwa setiap peringkat plot novel Di Sebalik Dinara

 Tulis sinopsis novel yang telah anda pelajari.                             7 markah]

 

NOVEL DI SEBALIK DINARA

 Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara bertemakan persaingan penciptaan sains dan teknologi menghapuskan nilai-nilai kemanusiaan.

Permulaan cerita dimulakan dengan Farisha berkenalan dengan Aqram dalam penerbangan dari Nusa Jaya ke KLIA. Secara rahsia. Aqram telah mengambil cawan minuman Farisha dengan tujuan untuk menguji DNA gadis itu. Farisha tidak dapat masuk ke rumahnya kerana Azraai telah memasang pengimbas retina pada pintu rumahnya yang disewa bersama Shida. Farisha dan Rosman bertemu dengan Aqram di sebuah simposium. Aqram menawarkan projek mini kepada mereka. Farisha menyatakan persetujuannya terhadap projek itu. Dr Maxi menawarkan Rm 1.5 juta kepada Farisha dan Rosman untuk mengodam tiga kelompok komputer Soft Lab dalam tempoh empat minggu. 

Peringkat perkembagan, Karl terlantar sakit akibat barah dan projek Dinara di Soft Lab terhenti. Farisha dan Shida memulakan kerja di Soft Lab. Syarikat Soft Lab meminta Shida menulis sebuah rencana manakala Farisha akan mengodam dan mengukuhkan sistem dinara. Dalam keadaan bawah sedar, Alia telah berkomunikasi dengan Karl yang meminta pertolongan Farisha untuk menyelamatkan Dinara. Hal ini mengundang kemarahan Alia yang menyangka Farisha menjalin hubungan dengan Karl. Semasa meneliti kontrak yang diberikan oleh Soft Lab, Farisha mengalami sakit kepala secara tiba-tiba. Farisha terkejut apabila mendapat tahu bahawa Azraai terkena serangan jantung dan menerima berita bahawa dia ialah anak angkat dalam keluarga Azraai. Farisha telah pengsan di Soft Lab pada waktu pagi dan dikejarkan ke hospital. Dr Maxi bersedia dengan Plan B iaitu menyediakan Shida sebagai pengganti Farisha. Shida mencari bukti tentang penyakit Farisha tetapi tidak berjaya sebaliknya dia mengetahui rahsia Farisha yang merupakan anak angkat. Di hospital Farid dan Amin menggunakan peranti untuk mendapatkan maklumat daripada fikiran Farisha dan berjaya.

Peringkat klimeks, Dr Maxi mengarahkan Aqram, Khairul Anwar dan Alia bersedia untuk menyediakan Shida sebagai penganti Farisha. Dalam perjalanan ke Kulai Farisha telah diculik oleh orang suruhan mummy. Karl (Shida) mendedahkan kisah silamnya. Antaranya penyeksaan terhadap seorang wanita sehingga cacat dan pendedahan identiti sebenar Khairul Anwar. Rosman dan Azraai menuju ke Soft Lab. Keadaan di situ agak tegang apabila Karl (Shida) menyanyikan lagu yang didendangkan setiap kali dia selesai menyeksa Alia. Dr Haris memberikan amaran tentang kesihatan Karl yang semakin merosot namun tidak dipedulikan oleh Dr Maxi. Kedatangan Marilyn/ Medina ke Soft Lab telah membongkar rahsia bahawa dia dan Karl ialah ibu bapa kandung Farisha.

Peleraian cerita, semua orang bergegas ke rumah Karl. Mereka diberi peluang untuk berjumpa dengan Karl buat kali terakhir. Karl menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.00 malam.  Wasiat terakhir Karl ialah mayatnya dibakar, dan abunya ditabur di Selat Melaka. Shida berkelakuan aneh menyebabkan Aqram berpendapat bahawa Karl masih berada dalam diri Shida Farisha yang terkejut terus mendapatkan Medina. Aqram terus diam apabila Karl (Shida) menyatakan bahawa dia tidak sanggup meninggalkan Akeem

No comments:

Post a Comment

Pantun Keselamatan jalsn raya by Tok Yat

 Sultan Mahmud jalan bertandu Di tengah jalan minum nestum Tiada hormat sesama pemandu Jadi punca kereta berdentum. Arnab lari masuk  Hilang...