Wednesday, February 25, 2015

Persoalan novel


i) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah
ii) Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah.

Soalan :
Berdasarkan  novel yang anda pelajari, huraikan persoalan yang diketengahkan oleh pengarang dalam novel tersebut. [8 markah]

Jawapan : 

             Novel yang saya pelajari ialah Novel Kabus di Perbukitan  karya Mohamad Kholid Hamzah. Terdapat banyak persoalan dalam novel ini.

              Antaranya,  persoalan  kerjasama yang erat. Contohnya, operasi mencari Faridah dan Iqbal yang dinamakan OPS PDK melibatkan banyak pihak seperti Bomba dan Penyelamat, Hospital Daerah, RELA, Perhilitan dan Pejabat Daerah Raub serta Hulu Selangor.

               Selain itu, dalam novel ini terdapat Persoalan taat kepada perintah agama / Tuhan. Contohnya, Faridah patuh kepada ajaran agama Islam walaupun sudah 25 tahun tinggal di New Zealand dan dia mementingkan ajaran agama kepada keluarganya. Contoh lain, Soleh Johnsons, semasa di Cameron Highlands, pada setiap hari dia menunaikan solat di masjid secara berjemaah.

               Disamping itu,novel ini memaparkan Persoalan Kepentingan ilmu .  Contohnya, Rahayu dan Azrul penuntut di Universiti Putra Malaysia (UPM).  Rahayu walaupun menghidap penyakit asma dan penyakit kanser paru-paru gigih menuntut ilmu dalam bidang Pembangunan Manusia.  Azrul pula menuntut ilmu dalam bidang pertanian sehingga berjaya menjadi usahawan dan bergelar Datuk. Contoh lain, Zain bersama-sama 12 orang pelajar Malaysia menuntut di Universiti Lincoln. 

                 Persoalan perpecahan dalam keluarga  juga terdapat dalam novel ini. Contohnya, Mejar (B) Kamarudin telah berpisah dengan isterinya, Salmah.  Dia telah membawa Rahayu (saudara kembar Faridah) bersama-sama untuk tinggal dengan isteri baharunya, manakala Faridah tinggal bersama-sama ibunya, Salmah.  Hal ini menyebabkan berlakunya perpisahan antara dua saudara kembar tersebut, iaitu Rahayu dengan Faridah dan perpisahan antara ibu dengan anak.

Persoalan-persoalan lain:



a. Persoalan kehilangan seseorang yang disayangi amat menyedihkan

Contohnya, kehilangan Faridah dan Iqbal (kanak-kanak Down Sindrom) yang disebabkan van yang dinaiki mereka terbabas dan terjatuh ke dalam gaung.  Kehilangan mereka menyebabkan ahli keluarga dalam keadaan bersedih dan sentiasa berusaha mencari.  Rahayu saudara kembar Faridah, yang menghidap penyakit kanser sentiasa merindui kakaknya, Faridah dan dia berhasrat untuk menemui kakaknya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.  



b.Persoalan ketabahan menghadapi cabaran dalam kehidupan

Contohnya, Faridah tabah menghadapi dan meneruskan kehidupan selepas kematian adik kembarnya, Rahayu, kematian ibunya, dan kematian suami pertamanya, Ghazali.  Faridah tabah menjalani kehidupan di rantau orang (New Zealand) dan tinggal di sana selama 25 tahun.  Faridah tabah membesarkan anak-anaknya, Melina dan Anne.



c. Persoalan menghargai jasa ibu bapa

Contohnya, Faridah menghargai jasa ibunya apabila dia masih tinggal bersama-sama ibunya walaupun selepas berkahwin dengan Ghazali.  Faridah menghargai jasa dan bertanggungjawab terhadap ibunya walaupun selepas berkahwin.  Dia tidak sanggup berpisah dengan ibunya dan mengambil keputusan terus tinggal bersama-sama dengan ibunya walaupun suaminya,Ghazali, mengajaknya berpindah.



d.Persoalan perkahwinan campur

Contohnya, perkahwinan Faridah dengan kirby Johnsons atau nama Islamnya, Soleh Johnsons.  Faridah berbangsa Melayu, berasal dari Malaysia, manakala Soleh Johnsons pula berbangsa Inggeris dan rakyat New Zealand.  Begitu juga perkahwinan campur antara Melina (anak Faridah dan Soleh Johnsons) berkahwin dengan Benny yang berketurunan Arab.



No comments:

Post a Comment

Pantun Keselamatan jalsn raya by Tok Yat

 Sultan Mahmud jalan bertandu Di tengah jalan minum nestum Tiada hormat sesama pemandu Jadi punca kereta berdentum. Arnab lari masuk  Hilang...