Monday, March 30, 2020

kesan-kesan pengambilan makanan kesihatan dan langkah-langkah mengatasinya (Rumusan Set 3)


SILA BUAT LATIHAN RUMUSAN DI DALAM KERTAS KAJANG MASING-MASING SEMASA PERINTAH TAHANAN PERGERAKAN  (PKP) CIVIC-19  PADA 23 HINGGA 24 MAC 2020

DISEDIAKAN OLEH YATIMAN BIN KAMSIDIN
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

RUMUSAN 30 markah SET 3


Baca petikan di bawah kemudian buat rumusan tentang kesan-kesan pengambilan makanan kesihatan dan langkah-langkah mengatasinya. Panjang rumusan anda tidak lebih daripada 120 patah perkataan.


Kebelakangan ini, lambakan makanan kesihatan berada di pasaran Malaysia terdiri daripada pelbagai jenama yang dihasilkan sama ada dari dalam negara atau luar negara. Bahan tersebut dibungkus dalam pakej dengan pelbagai cara untuk menarik perhatian pelanggan. Pasaran makanan kesihatan meningkat saban tahun dari segi penjualannya. Pengeluar berjaya mempromosikan makanan kesihatan sebagai bahan yang boleh menyumbang ke arah kehidupan yang sihat dan bahagia. Iklan secara agresif tentang khasiat makanan kesihatan dalam pelbagai media juga telah berjaya menarik perhatian ramai.



Pengambilan makanan kesihatan dapat meningkatkan imunisasi badan. Meminum Pati ikan kod dapat mencegah pelbagai penyakit kronik seperti kanser usus dan otak selain dapat meningkatkan pemulihan sel-sel mati.  Pengambilan spriluna dan makanan organik secara berkala boleh menjadi satu gaya hidup sihat bagi  masyarakat moden. Hal ini demikian, kerana masyarakat kini sibuk dengan kerjaya dan tidak mempunyai masa rehat yang cukup untuk melakukan senaman. Hal ini demikian, kerana kandungan makanan kesihatan ini mengandungi nutrisi dan pelbagai khasiat.



Pengambilan makanan kesihatan dapat meningkatkan tahap kecerdasan. Makanan kesihatan akan memberi kesan positif semasa proses pembesaran baik dari segi fizikal mahupun mental. Hal ini demikian, kerana makanan kesihatan yang mengandungi nutrisi tambahan seperti kalsium, zat besi dan serat dapat membantu tumbesaran dari segi fizikal. Kesannya,tulang-tulang akan menjadi lebih kuat. Makanan dari daun gingko dan pati ikan kod dapat menguatkan ingatan seseorang. Oleh itu,  pengambilan makanan kesihatan secara terancang dapat member kebaikan kepada penggunanya. Hal ini demikian, kerana kandungan makanan kesihatan ini mengandungi nutrisi dan pelbagai khasiatnya.



Walau bagaimanapun, Pengambilan makanan kesihatan tidak terancang memberikan kesan negatif iaitu menjadi punca penyakit seperti kencing manis, kanser dan sakit jantung. Hal ini demikian, kerana pengambilan makanan kesihatan secara tidak terancang akan meninggalkan kesan negatif terhadap tubuh badan. Buktinya,makanan kesihatan yang mengandungi paras gula berlebihan akan menyebabkan penyakit kencing manis. Nutrisi yang berlebihan di dalam badan seperti protein, karbohidrat dan zat besi akan menyebabkan sel-sel kanser menjadi aktif.



Selain itu,  Pengambilan makanan kesihatan secara berlebihan akan menyebabkan kerosakan organ dalaman. Kesan bahan kimia yang berlebihan dalam produk atau makanan kesihatan tertentu boleh merosakkan organ dalaman yang penting seperti otak, buah pinggang dan hati .Hal ini demikian, kerana bahan kimia tersebut akan larut dalam darah .Darah akan mengalir ke otak bersama-sama dengan larutan kimia tersebut. Keadaan ini akan menjejaskan fungsi otak. Selain itu, para pengguna yang tidak begitu sesuai dengan produk atau makanan suplemen seperti pil-pil vitamin, kologen dan pil pelansingan boleh mendapat kesan sampingan.

  

Seterusnya pengambilan makanan kesihatan juga dapat menyebabkan masyarakat menjadi pasif untuk bersenam. Masyarakat berasakan bahawa pengambilan makanan kesihatan dapat menjamin kesihatan yang baik. Oleh itu, masyarakat tidak akan melakukan senaman bagi menggerakkan otot-otot badan mereka. Asalnya, pengambilan makanan kesihatan sebenarnya makanan sampingan untuk menambahkan tenaga selepas penat melakukan pekerjaan. Kebergantungan kepada pil-pil vitamin, spriluna dan kologen boleh menyebabkan keburukan kepada pengguna jika diambil secara berlebihan. Masyarakat akan mendapat obesiti apabila tidak melakukan senaman dan akan menyebabkan punca pelbagai penyakit.



Kesimpulannya,pengambilan makanan kesihatan dapat memberikan banyak manfaat kepada pengguna. Namun demikian,pengambilan makanan kesihatan yang tidak terkawal akan memberikan kesan yang buruk kepada pengguna kerana makanan kesihatan seperti pil-pil vitamin dan spriluna mengandungi bahan-bahan kimia yang terkawal. Kesan pengambilan makanan kesihatan secara berlebihan dapat menyebabkan kerosakan buah pinggang, usus dan hormon tidak stabil. Walaupun pengambilan makanan kesihatan merupakan alternative baru masyarakat kini untuk menjaga kesihatan mereka tetapi kesihatan juga boleh terganggu jika pemakanan berkhasiat tidak diamalkan.





















































No comments:

Post a Comment

Pantun Keselamatan jalsn raya by Tok Yat

 Sultan Mahmud jalan bertandu Di tengah jalan minum nestum Tiada hormat sesama pemandu Jadi punca kereta berdentum. Arnab lari masuk  Hilang...