Monday, March 30, 2020

punca berlakunya tekanan mental dalam kalangan remaja dan langkah-langkah untuk mengatasinya.


SILA BUAT LATIHAN RUMUSAN DI DALAM KERTAS KAJANG MASING-MASING SEMASA PERINTAH TAHANAN PERGERAKAN  (PKP) CIVIC-19  PADA 23 HINGGA 24 MAC 2020

DISEDIAKAN OLEH YATIMAN BIN KAMSIDIN


RUMUSAN 30 markah - SET 1


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca berlakunya tekanan mental dalam kalangan remaja dan langkah-langkah untuk mengatasinya.  Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.


Pada Januari 2011, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperkenalkan Modul Kesihatan Mental di sekolah menengah untuk menangani masalah tekanan mantel dalam kalangan pelajar.  Pelaksanaan Modul Kesihatan ini mendapat kerjasama daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).  Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, KKM akan berbincang dengan KPM bagi mencari pendekatan terbaik supaya model tersebut dapat diajarkan disekolah.  Berdasarkan rekod KKM, bilangan pesakit mental yang terima rawatan di hospital awam meningkat daripada 15.6 peratus kepada 400227 orang pada 2010 berbanding dengan tahun sebelumnya.  
Kebanyakan pesakit mental terdiri daripada golongan tua, dewasa, dan remaja.


Kebanyakan remaja yang alami tekanan mental datang daripada keluarga yang bermasalah.  Remaja ini tidak di beri peluang dalam keluarga untuk melabuhkan perasaan, pandangan, atau masalah mereka malah kebanyakan mereka hanya memendam rasa.  Sekiranya perasaan ini sudah tidak dapat di kawal, remaja tersebut akan cenderung untuk menunjukkan tingkah laku yang kurang menyenangkan lalu bertindak membuta tuli.  Ibu bapa yang terlalu menekankan akademik juga menyebabkan mereka mudah mengalami tekanan.  Selain itu, penderaan secara fizikal dan mental juga menjadi faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami tekanan.  Individu yang pernah di pukul atau di perkosa berkemungkinan besar akan mengalami tekanan.  Tidak mustahil juga jika dikatakan bahawa kesihatan emosi setiap insan amat berkait rapat dengan kesihatan mentalnya.  Seseorang yang hidup mewah tetapi kurang mendapat perhatian dan kasih sayang juga akan mengalami gejala ini.  Mereka ini akan hilang semangat untuk hidup.


Kematian seseorang yang disayangi dan penceraian ibu bapa merupakan antara contoh pengalaman yang boleh memberikan kesan buruk termasuklah tekanan mental kepada seseorang.  Pengalaman yang berupa tragedi ngeri yang pernah di alami oleh seseorang itu menyebabkan mereka sering mengalami gangguan emosi.  Hal ini dikatakan sedemikian kerana mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa orang yang disayanginya telah meninggal dunia.  Kesannya, mereka akan diselubungi kesedihan yang berpanjangan lalu membawa kepada tekanan mental dan sakit jiwa.  Terdapat juga segelintir remaja yang gagal mencapai keputusan akademik yang diharapkan juga akan menghadapi situasi yang sama.  Mereka akan mengambil keputusan untuk membunuh diri.  Kecenderungan untuk mengambil tindakan yang tidak matang ini disokong pula dengan faktor lain seperti sejarah keturunan keluarga.  Pakar sakit jiwa membuktikan bahawa tekanan mental boleh dikaitkan dengan keturunan.  Jika keluarga ibu atau bapa seseorang itu pernah mengalami tekanan mental yang teruk maka berkemungkinan anak-anak dan generasi seterusnya mudah mengalami tekanan mental.
                                                                                 Diubahsuai daripada ‘Menangani Masalah Mental'                                                                                                Dewan Masyarakat, Mei 2011




Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

i.  Apakah maksud rangkai kata pendekatan terbaik ? [ 2 markah ]
ii.  Apakah kesan yang dihadapi oleh remaja jika mereka tidak dapat meluahkan perasaan,              
     pandangan dan masalah mereka kepada keluarga? [3 markah ]

iii.  Pada pendapat anda, apakah peranan yang boleh dimainkan oleh ibu bapa untuk menangani         
       masalah tekanan anak-anak dalam pelajaran?  [ 4 markah ]

No comments:

Post a Comment

Pantun Keselamatan jalsn raya by Tok Yat

 Sultan Mahmud jalan bertandu Di tengah jalan minum nestum Tiada hormat sesama pemandu Jadi punca kereta berdentum. Arnab lari masuk  Hilang...