Tuesday, May 1, 2018

TEKNIK MUDAH MENULIS ISI KARANGAN UNTUK PELAJAR GALUS, SEDERHANA DAN CEMERLANG



Untuk menulis karangan, setiap karangan perlu mempunyai :
1. Perenggan pendahuluan( cari dan hafal yang ada menyelitkan satu peribahasa atau kata menarik kerana akan membantu menjimatkan masa anda)
2. Perenggan isi 5 - 6 perenggan.
3. Perenggan penutup keseluruhan karangan( cari dan hafap yang ada menyelitkan satu peribahasa atau kata menarik akan membantu menjimatkan masa anda)

Untuk menulis perenggan isi, dicadangkan langkah-langkah berikut diambil perhatian oleh setiap murid iaitu mulakan membaca dan memahami teks soalan secara tersurat dan tersirat. Di sini diberikan contoh yang paling mudah untuk murid-murid menulis karangan tanpa saya menyebut formula tertentu.

Anda baca, anda faham dan anda buat berulang kali, insyallah akan dapat memperbaiki cara penulisan karangan anda.

Ini adalah pengalaman yang saya gunakan selama ini dari pelajar yang tidak tahu menulis sehinggalah tahu menulis karangan dan tidak mengecewakan bila pelajar masa peperiksaan percubaannya gagal tetapi berubah gred lulus semasa SPM sebenar.



ELEMAN MENULIS PERENGGAN ISI DENGAN MATANG
ELEMAN/LANGKAH
MAKLUMAT
BACA SOALAN DENGAN TELITI
Semangat kejiranan semakin luntur masa kini.

Ulaskan langkah-langkah untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.
KENAL PASTI KEHENDAK SOALAN
Tema : Semangat kejiranan semakin luntur.
Tugasan : Ulas langkah-langkah memupuk semangat kejiranan.
Kepada : Masyarakat
KENAL PASTI ISI PENTING
a.       Mengadakan aktiviti gotong-royong
b.      Mengadakan rumah terbuka sambutan hari perayaan utama.
c.       Mengadakan hari keluarga.
d.      Melibatkan diri dengan aktiviti Rukun Tetangga
e.      Mengadakan aktiviti kunjung-mengunjung.
f.        Menziarahi jiran yang sakit

ELEMAN PENULISAN ISI
1.       Mengandungi ayat isi/idea.
2.       Mempunyai ayat huraian isi/idea dihuraikan dengan bertanyakan soalan apa, bila, siapa, di mana dan bagaimana.
3.       Mengandungi ayat contoh.
4.       Mengandungi ayat kesan isi terhadap tema
5.       Ayat peribahasa
6.       Penyimpul ringkas
CONTOH AYAT DINYATAKAN
Ayat isi/idea:
Langkah primer untuk memupuk semangat kejiranan dalam masyarakat yang semakin luntur termasuklah melalui aktiviti gotong-royong.

Ayat huraian :
Aktiviti gotong-royong adalah satu bentuk aktiviti masyarakat untuk membersih dan mengindahkan sesuatu kawasan tempat tinggal. Aktiviti ini lah antara langkah yang paling mudah dan murah  untuk merapatkan kembali semangat kejiranan dalam masyarakat yang semakin lesu. Hal ini disebabkan aktiviti ini akan melibatkan semua jiran yang tinggal dalam sesebuah komuniti samada di kampung-kampung atau taman-taman di kawasan bandar. Aktiviti ini biasanya boleh dilakukan pada masa cuti hujung minggu atau mengikut program yang ditetapkan oleh sesebuah majlis daerah. Selepas perbincangan dan pembentukan ajk aktiviti gotong-royong, aktiviti gotong-royong dilakukan mengikut tarikh, masa dan lokasi yang telah ditetapkan bersama.

Ayat contoh :
Antara aktiviti gotong-royong yang boleh dilakukan termasuklah membersihkan persekitaran rumah setiap di lorong, membersihkan longkang tersumbat, menebas rumput atau semak-samun, memangkas dan memotong dahan-dahan pokok yang besar.

Ayat kesan :
Melalui aktiviti gotong-royong, kita akan melihat bahawa masyarakat terutamanya setiap jiran akan bekerjasama, bantu-membantu dan menolong  antara satu sama lain seperti menyediakan juadah makanan dan peralatan yang sangat bersesuaian dengan peribahasa yang berbunyi berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Selain itu, ramai mengatakan kepada kita bahawa tidak kenal maka tak cinta, maka di dalam aktiviti gotong-royong ini setiap jiran akan dapat berbual mesra tanpa sekatan atau malu untuk bertanya khabar, berkenalan secara rapat antara satu sama lain. Tindakan ini sudah pasti dapat membentuk hubungan silaturrahim antara mereka yang lebih erat selepas ini.

Ayat penyimpul isi:
Oleh itu, benarlah apa dikatakan oleh masyarakat terdahulu, aktiviti gotong-royong menjadi salah satu cara untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat masa kini.
PERENGGAN ISI YANG LENGKAP.
Langkah primer untuk memupuk semangat kejiranan dalam masyarakat yang semakin luntur termasuklah melalui aktiviti gotong-royong. Aktiviti gotong-royong adalah satu bentuk aktiviti masyarakat untuk membersih dan mengindahkan sesuatu kawasan tempat tinggal. Aktiviti ini lah antara langkah yang paling mudah dan murah  untuk merapatkan kembali semangat kejiranan dalam masyarakat yang semakin lesu. Hal ini disebabkan aktiviti ini akan melibatkan semua jiran yang tinggal dalam sesebuah komuniti samada di kampung-kampung atau taman-taman di kawasan bandar. Aktiviti ini biasanya boleh dilakukan pada masa cuti hujung minggu atau mengikut program yang ditetapkan oleh sesebuah majlis daerah. Selepas perbincangan dan pembentukan ajk aktiviti gotong-royong, aktiviti gotong-royong dilakukan mengikut tarikh, masa dan lokasi yang telah ditetapkan bersama. Antara aktiviti gotong-royong yang boleh dilakukan termasuklah membersihkan persekitaran rumah setiap di lorong, membersihkan longkang tersumbat, menebas rumput atau semak-samun, memangkas dan memotong dahan-dahan pokok yang besar. Melalui aktiviti gotong-royong, kita akan melihat bahawa masyarakat terutamanya setiap jiran akan bekerjasama, bantu-membantu dan menolong  antara satu sama lain seperti menyediakan juadah makanan dan peralatan yang sangat bersesuaian dengan peribahasa yang berbunyi berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Selain itu, ramai mengatakan kepada kita bahawa tidak kenal maka tak cinta, maka di dalam aktiviti gotong-royong ini setiap jiran akan dapat berbual mesra tanpa sekatan atau malu untuk bertanya khabar, berkenalan secara rapat antara satu sama lain. Tindakan ini sudah pasti dapat membentuk hubungan silaturrahim antara mereka yang lebih erat selepas ini. Oleh itu, benarlah apa dikatakan oleh masyarakat terdahulu, aktiviti gotong-royong menjadi salah satu cara untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat masa kini.


No comments:

Post a Comment

Pantun Keselamatan jalsn raya by Tok Yat

 Sultan Mahmud jalan bertandu Di tengah jalan minum nestum Tiada hormat sesama pemandu Jadi punca kereta berdentum. Arnab lari masuk  Hilang...