Tuesday, May 1, 2018

TEMA SILIR DAKSINA - BERTEMAKAN KEKELUARGAAN



1.0 TEMA

Novel Silir Daksina bertemakan kekeluargaan. Konflik keluarga yang dialami oleh Haiqal berpunca daripada penceraian umi dan ayahnya, Abdullah Kayan.

Perceraian tersebut menyebabkan Haikal terpisah jauh dari Ayahnya. Haiqal dipelihara oleh uminya dan ayah tirinya, Walid. Mereka menetap di Kuala Terengganu. Haikal tidak dapat menemui atau mengenali ayah kandungnya sehinggalah ayahnya meninggal dunia.

Suatu hari, Haiqal telah didatangani manuskrip lama hasil penulisan ayah kandungnya. Dia teruja dengan kandungan manuskrip itu dan bertekad untuk mencari jejak kehidupan arwah ayah kandungnya itu di sebuah kampung di Batu Pahat, Johor. Keputusannya untuk ke kampung arwah ayahnya mendapat tentangan daripada uminya. Umi melarang Haiqal ke Johor atas sebab-sebab tertentu.

Haiqal telah membuat keputusan bahawa dia tetap akan pergi walaupun uminya melarang keras keputusannya itu. Uminya tidak mahu Haiqal mengikuti jalan hidup seperti arwah ayah kandungnya. Haiqal tidak diberikan sebarang wang perbelanjaan untuk ke sana.

Sesampai di Kampung Seri Purnama, Haiqal disambut mesra oleh penduduk kampung. Hal ini dikatakan demikian kerana ayah kandung Haiqal seorang yang sangat disegani di sana. Sedikit demi sedikit Haiqal mula mengetahui mengenai arwah ayahnya melalui peceritaan penduduk-penduduk kampung di situ.

2.0 WATAK SAMPINGAN

WATAK DAN PERWATAKAN

Soalan : 
              4(b) Watak sampingan berperanan penting dalam sesebuah novel.
                      Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan perwatakan sampingan yang boleh 
                      dijadikan contoh dalam kehidupan  kita.               [8 markah]

               Novel yang saya pelajari ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Watak sampingan yang menjadi tumpuan saya ialah watak Tauke Lim. Terdapat banyak perwatakan Tauke Lim yang ditonjolkan oleh pengarang di dalam novel ini boleh dijadikan contoh dalam kehidupan kita.

                Antara perwatakan Tauke Lim ialah seorang yang rajin dan gigih berusaha. Buktinya, Tauke Lim pada waktu pagi bekerja di kebun Abdullah Kayan, manakala pada waktu petangnya membeli hasil pertanian penduduk kampung untuk dijual di pekan sehingga dia mampu membeli sebidang tanah. Situasi ini mengajar saya untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya.

                Seterusnya, Tauke Lim seorang yang amanah. Contohnya, Tauke Lim menyerahkan kembali segala harta yang dimanahkan oleh Abdullah Kayan untuk Haiqal seperti buku akaun simpanan dan segala urusan tanah pertanian. Situasi ini mengajar saya supaya kita melaksanakan amanah yang diberi kepada kita dengan sebaik-baiknya.


                Akhir sekali, Tauke Lim seorang yang pemurah. Contohnya, Tauke Lim sentiasa menyokong semua program yang dikendalikan oleh penduduk kampung dengan menyumbang barang-barang dalam bentuk makanan. Situasi ini mengajar saya agar kita sentiasa bersikap mengambil tahu akan segala hal yang berlaku dalam masyarakat.

3.0 ELEMAN KOMSAS MENGGUNAKAN SATU PERISTIWA YANG SAMA

CONTOH ELEMAN KOMSAS SILIR DAKSINA
NILAI
PERWATAKAN
PERSOALAN
PENGAJARAN
PERISTIWA BERKAITAN
NILAI KASIH SAYANG
Abdullah Kayan seorang yang penyayang.
Persoalan kasih sayang seorang ayah kepada anaknya.
Kita hendaklah menyayangi dan mengasihi keluarga kita
Abdullah Kayan terlalu sayang akan anaknya Haiqal yang dipisahkan oleh isterinya sehinggakan dia sentiasa merindukannya dan menghasilkan manuskrip cerita tentang perasaan rindu kepada anaknya.
NILAI KETABAHAN
Haiqal seorang yang tabah
Persoalan ketabahan seorang anak menjejaki ayahnya.
Kita perlu tabah menghadapi cabaran untuk mencapai sesuatu kejayaan
Haiqal tabah menghadapi cabaran dalam usaha untuk mengetahui sejarah kehidupan ayah kandungnya yang terpisah sejak kecil. Umi tidak menyokong tindakan Haiqal.
NILAI KEGIGIHAN
Tauke Ong seorang yang gigih.
Persoalan kegigihan seseorang ketua keluarga menyara hidup keluarganya.
Kita hendaklah gigih berusaha walaupun dihimpit kesusahan.
Tauke Lim/Tauke Ong  membuat dua pekerjaan iaitu pada waktu pergi dia akan mengambil upah menorah getah di kebun Abdullah Kayan manakala pada waktu petang menjual pisang dan pinang di pekan untuk menyara keluarganya..

No comments:

Post a Comment

Pantun Keselamatan jalsn raya by Tok Yat

 Sultan Mahmud jalan bertandu Di tengah jalan minum nestum Tiada hormat sesama pemandu Jadi punca kereta berdentum. Arnab lari masuk  Hilang...