Thursday, January 28, 2021

Peristiwa Menjadi Teladan Dalam Novel Di Sebalik Dinara

 

Peristiwa Menjadi Teladan Dalam Novel Di Sebalik Dinara

Berdasarkan sebuah buah novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa - peristiwa yang boleh dijadikan teladan  kepada pembaca yang terdapat dalam novel tersebut.

[7 markah]

            Novel yang pelajari Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor di Tingkatan 4 telah memaparkan beberapa peristiwa yang boleh dijadikan teladan kepada pembaca di dalam novel ini.

Salah satunya ialah peristiwa di mana Azraai memasang ‘retinal scanner’ dan intercom di rumah Farisha yang bersambung di rumahnya.  Hal ini menunjukkan bahawa Azraai sebagai abang angkat sangat mengambil berat akan keselamatan adiknya. Peristiwa ini memberi teladan kepada saya bahawa saya memiliki hubungan yang baik antara adik-beradik semasa kita berada di dalam susah dan senang. 

Seterusnya , peristiwa di mana Farisha berjaya menggodam sistem komputer. Farisha adalah seorang gadis yang sangat bijak dan berkebolehan dalam teknologi komputer serta genius hasil daripada beberapa implan yang ditanam dalam badannya oleh Karl, ayahnya sejak kecil lagi. Peristiwa ini memberi teladan kepada saya bahawa apabila kita mempunyai ilmu, ilmu itu perlu digunakan untuk memberi manfaat kepada masyarakat di sekeliling kita. 

Selanjutnya, peristiwa Farisha memperincikan tawaran Projek Soft Lab daripada  Aqram. Farisha dan Rosman, rakan kongsinya yang berasa terkejut mendapat tawaran kerja dengan Soft Lab sebanyak RM1,5 juta telah mendapatkan khidmat nasihat dari Azraai, abangnya sebelum bertindak. Tujuannya adalah untuk mendapatkan pandangan dan dorongan dari orang yang lebih berpengalaman. Peristiwa ini memberi teladan kepada saya bahawa mendapatkan pandangan dari orang lain sebelum menerima sesuatu tawaran kerja bernilai besar adalah satu tindakan yang bijak.

No comments:

Post a Comment

Pantun Keselamatan jalsn raya by Tok Yat

 Sultan Mahmud jalan bertandu Di tengah jalan minum nestum Tiada hormat sesama pemandu Jadi punca kereta berdentum. Arnab lari masuk  Hilang...