Thursday, January 28, 2021

Peristiwa Menarik Permulaan Novel Di Sebalik Dinara

 Peristiwa Menarik Permulaan Novel Di Sebalik Dinara

 Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat dipermulaan cerita.                                    

[7 markah]

            Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Nor yang mengisahkan pesaingan  dunia sains sehingga melupakan nilai-nilai kemanusiaan. Terdapat beberapa peristiwa menarik dipaparkan di dalam permulaan cerita. 

            Antaranya, peristiwa Aqram berpura-pura tidur di dalam kapal terbang. Aqram telah mengambil cawan kecil yang digunakan oleh Farisha untuk menguji kesan air liur yang melekat pada cawan. Kajian yang dibuat oleh Dr Maxi mendapati Farisha dikatakan individu yang dicari mampu menyelamatkan sistem Dinara. Peristiwa ini dianggap menarik kerana kebijaksanaan  Aqram menjalankan tugas dan kecanggihan kajian sains yang mendalam mampu mengesan DNA seseorang. 

            Selain itu, peristiwa Farisha mencatat alamat dengan menggunakan sebatang pen yang diberi oleh Aqram.  Pen berkenaan sebenarnya telah dilengkapi dengan penetrator untuk menerobos ruang minda Farisha. Hal ini menyebabkan  Farisha sakit kepala. Peristiwa ini menunjukkan bahawa pengarang telah menunjukkan sebatang pen yang kecil mampu menembusi minda manusia untuk mengambil maklumat di dalam minda manusia. 

            Lain daripada itu, peristiwa  Karl menjadikan Farisha sebagai bahan ujikaji. Karl telah bertindak dengan menanam pelbagai implan di dalam badan Farisha untuk menjadi Farisha seorang yang genius. Walau bagaimanapun, tindakan Karl mendapat tentangan Medina, ibu Farisha dengan menyatakan Karl sebagai saintis gila. Peristiwa ini dianggap menarik kerana kebijaksanaan Karl berjaya memperlihatkan kemajuan dan kecanggihan sains  dan teknologi dalam kehidupan manusia.

 

 

No comments:

Post a Comment

Pantun Keselamatan jalsn raya by Tok Yat

 Sultan Mahmud jalan bertandu Di tengah jalan minum nestum Tiada hormat sesama pemandu Jadi punca kereta berdentum. Arnab lari masuk  Hilang...