Thursday, January 28, 2021

b. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan tema novel tersebut.

 

Tema Di Sebalik Dinara dan Silir Daksina

 b. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan tema novel tersebut.
[8 markah]

               Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Novel ini bertemakan ketaasuban terhadap teknologi sehingga menghilangkan nilai-nilai kemanusiaan. Watak utama iaitu Farisha, pakar penggodam sistem perkomputeran, menjadi mangsa kepada ayah kandungnya sendiri.

            Peristiwa yang memaparkan tema ini ialah peristiwa Karl yang sanggup menjadikan anaknya sebagai bahan ujikaji. Karl telah memasukkan pelbagai mikrocip ke dalam badan anaknya ketika Farisha semasa masih bayi lagi. Implan atau mikrocip yang dimasukkan ini bertujuan untuk menjadikan Farisha lebih bijak atau genius. Walau bagaimanapun tindakan Karl telah mendapat tentangan dari Medina, ibu Farisha yang menganggap Karl sebagai saintis gila.

            Manakala novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina kerya Nizar Parman. Novel ini bertemakan kekeluargaan. Watak utama iaitu Haiqal berhadapan dengan konflik keluarga yang berpunca daripada penceraian ibu bapanya.

            Peristiwa konflik keluarga Haiqal berpunca daripada hilangnya kasih sayang antara ibu dan bapanya yang membawa kepada keruntuhan rumah tangga mereka. Haiqal tidak mengenali ayahnya, Abdullah bin Kayan kerana tindakan uminya yang memisahkan mereka sejak kecil. Suatu hari, Haiqal menerima sebuah manuskrip lama yang kandungannya adalah hasil daripada penulisan ayahnya. Haiqal bertekad untuk ke Kampung Seri Purnama, Batu Pahat, Johor walaupun dihalang oleh uminya bagi menjejaki kisah hidup ayahnya. Haiqal berasa sangat rindu akan ayahnya. Dia terlalu ingin mengenali ayahnya setelah membaca manuskrip yang ditulis oleh ayahnya.

No comments:

Post a Comment

Pantun Keselamatan jalsn raya by Tok Yat

 Sultan Mahmud jalan bertandu Di tengah jalan minum nestum Tiada hormat sesama pemandu Jadi punca kereta berdentum. Arnab lari masuk  Hilang...