Kredit untuk : http://cikgurazak.blogspot.com/search/label/BM%20SPM
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30 markah]
Jawab semua soalan
(a)
Tulis satu ayat daripada perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan
maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan
serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.
(i) lalu
melintas / sekali gus / sambil-sambil / boleh masuk / telus / lulus /
yang sudah lepas / yang sudah berlaku / berdaya / hingga ke / sanggup /
sesudah itu
(ii) berlalu
lepas / lampau / berjalan / berlepas
(iii) melalui
mengikuti / melintasi / menempuhi / melampau
(iv) terlalu
teramat sangat / terlampau / melampaui batas / berlebih-lebihan / perbuatan yang tidak disengajakan
(v) laluan
jalan yang dilalui / landasan / pergerakan
(vi) keterlaluan
hal yang berlebih-lebihan / keadaan yang melampau / teramat sangat / terlalu / melampau batas
[6 markah]
(b) Tukar ayat majmuk dalam petikan di bawah ini menjadi enam ayat tunggal tanpa mengubah maksud asalnya.
Ombak
besar yang melanda beberapa buah negeri di Pantai Timur itu dikenali
sebagai fenomena “ekor naga”. Para nelayan tidak berani turun ke laut
kerana bimbang nyawa mereka terancam. Kejadian tersebut menyebabkan
jalan raya Kampung Pulau Tok Gajah dan Kampung Dasar Sabak ditenggelami
air.
[6 markah]
1. Ombak besar melanda beberapa buah negeri di Pantai Timur [1m]
2. Ombak besar itu dikenali sebagai fenomena “ekor naga” [1m]
3. Para nelayan tidak berani turun ke laut [1m]
4. Para nelayan bimbang nyawa mereka terancam [1m]
5. Kejadian tersebut menyebabkan jalan raya di Kampung Pulau Tok Gajah [1m]
6. Kejadian tersebut menyebabkan jalan raya di Kampung Dasar ditenggelami air [1m]
(c)
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan
imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan
menulis ayat-ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
(i)
Majlis pelantikan pengawas yang berlangsung di perkarangan sekolah itu
telah diresmikan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Johor pada pukul 9.00
pagi.
a. perkarangan – pekarangan ; diresmikan – dirasmikan
(ii)
Orang ramai membanjiri pusat membeli-belah yang baru dibuka itu kerana
tidak mahu ketinggalan daripada memenangi hadiah sebagai pengunjong
bertuah.
Membeli-belah – beli-belah ; pengunjong - pengunjung
(iii) Walaupun sibuk sebagai akedemik, Amir Faris masih bersempat menabur bakti dalam aktiviti kemasyarakatan.
akedemik - akademik ; bersempat - sempat
[6 markah]
(d)
Dalam ayat-ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan kata atau
istilah atau kesalahan bahasa. Kenal pasti dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah
struktur dan maksud asalnya.
(i) Golongan remaja haruslah
mempunyai ketahanan diri yang teguh demi untuk menangkis gejala negatif
yang boleh memporakperandakan masa depan mereka.
a. demi untuk - demi / untuk ; memporakperandakan – menghancurkan / mengelapkan / menjejaskan
(ii) Ahli korporat berpendapat yang anaknya juga patut dibenarkan melanjutkan pendidikannya ke seberang laut.
a. yang - bahawa ; pendidikannya - pelajarannya / pengajiannya
(iii) Rencana itu mengkhabarkan tentang kegigihan tiga orang belia mengusahakan ladang limau madu di Mersing.
a. Mengkhabarkan - mengisahkan / menceritakan ; tentang - digugurkan
[6 markah]
(e) Berdasarkan pernyataan yang berikut, berikan peribahasa yang paling sesuai bagi setiap situasi di bawah.
(i)
Sebaik-baik sahaja pihak mahkamah menjatuhkan hukuman mati mandatori
kerana terlibat dengan pengedaran dadah, Lai Kin Sheng menitiskan air
matanya penyesalan atas perbuatannya itu.
a. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
b. Nasi sudah menjadi bubur
(i)
Haji Rusli sentiasa menasihati anak bongsunya Razlan agar menjauhi
najis dadah kerana mendatangkan pelbagai kesan buruk, namun langsung
tidak dihiraukan oleh anaknya itu.
Seperti hujan jatuh ke pasir
seperti mencurahkan air ke daun keladi
(ii)
Cikgu Latifah mengingatkan anak-anak murid supaya tidak mudah jemu
membuat latihan seperti yang diberikan oleh guru. Katanya, “sesuatu
yang susah itu akan menjadi lebih mudah jika kita selalu
mempraktikkannya.”
Alah bisa tegal biasa
[6 markah]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pantun Keselamatan jalsn raya by Tok Yat
Sultan Mahmud jalan bertandu Di tengah jalan minum nestum Tiada hormat sesama pemandu Jadi punca kereta berdentum. Arnab lari masuk Hilang...
-
Formula kata sinonim untuk rumusan 1. punca / sebab / faktor 2. kesan / akibat / impak / dampak / natijah / bahana / implikasi 3. langkah...
-
Berdasarkan novel yang anda kaji , huraikan perasaan anda setelah membaca novel tersebut. Di Sebalik Dinara Novel yang saya kaji di ...
-
Persoalan dan Nilai Di Sebalik Dinara Jadual Matrik Persoalan dan Nilai Kasih Sayang 1. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, hurai...
No comments:
Post a Comment