Friday, January 29, 2021

Tulis tema novel yang anda telah pelajari -Novel Di Sebalik Dinara dan Silir Daksina

 

a. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan tema novel tersebut.            [8 markah]

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor dan di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina.

Novel Di Sebalik Dinara bertemakan ketaasuban terhadap teknologi sehingga menghilangkan nilai-nilai kemanusiaan. Watak utama iaitu Farisha, pakar penggodam sistem perkomputeran, menjadi mangsa kepada ayah kandungnya sendiri.

Peristiwa yang memaparkan tema ini ialah peristiwa Karl yang sanggup menjadikan anaknya sebagai bahan ujikaji. Karl telah memasukkan pelbagai mikrocip ke dalam badan anaknya ketika Farisha semasa masih bayi lagi. Implan atau mikrocip yang dimasukkan ini bertujuan untuk menjadikan Farisha lebih bijak atau genius. Walau bagaimanapun tindakan Karl telah mendapat tentangan dari Medina, ibu Farisha yang menganggap Karl sebagai saintis gila.

Selain itu, terkandung peristiwa Karl cuba melenyapkan Medina@Merilyn  kerana didapati lebih hebat daripadanya walaupun Medina@ Merilyn hanya sebagai pembantu penyelidikan. Karl merancang menghapuskan dengan menjadikan Medina@Merilyn  sebagai bahan uji kaji sehingga akhirnya dia menjadi gila. Biarpun dianggap gila oleh orang kebanyakan,  Medina @ Merilyn mampu meneruskan ciptaan sainsnya dan dapat menyebarkan virus  ke dalam system komunikasi terbari yang dihasilkan Karl dikenali sebagai Dinara.

Manakala novel Silir Daksina karya Nizar Parman pula bertemakan kekeluargaan. Watak utama iaitu Haiqal berhadapan dengan konflik keluarga yang berpunca daripada perceraian ibu bapanya.

Peristiwa konflik keluarga Haiqal berpunca daripada hilangnya kasih sayang antara ibu dan bapanya yang membawa kepada keruntuhan rumah tangga mereka. Haiqal tidak mengenali ayahnya Abdullah bin Kayan kerana tindakan uminya yang memisahkan mereka sejak kecil. Suatu hari, Haiqal menerima sebuah manuskrip lama yang kandungannya adalah hasil penulisan ayahnya. Haiqal bertekad untuk ke Kampung Seri Purnama. Batu Pahat Johor walaupun dihalang oleh uminya bagi menjejaki kisah hidup ayahnya. Haiqal berasa sangat rindu akan ayahnya. Dia terlalu ingin mengenali ayahnya setelah membaca manuskrip yang ditulis oleh ayahnya.

 

No comments:

Post a Comment

Pantun Keselamatan jalsn raya by Tok Yat

 Sultan Mahmud jalan bertandu Di tengah jalan minum nestum Tiada hormat sesama pemandu Jadi punca kereta berdentum. Arnab lari masuk  Hilang...