Saturday, December 12, 2020

TOPIK PANAS SPM 2020 SOALAN 2(b) CERPEN MUNSYI

Petikan Munsyi Set 1 Tudingan Pasir Gudang



Setelah mendengar kupasan soalan dan jawapan dari video sila jawab soalan-soalan yang sama dari petikan yang sama menggunakan ayat anda sendiri.




Petikan Munsyi Set 2 Tudingan Pasir Gudang


Setelah mendengar kupasan soalan dan jawapan dari video sila jawab soalan-soalan yang sama dari petikan yang sama menggunakan ayat anda sendiri.





Petikan Munsyi Set 3


Setelah mendengar kupasan soalan dan jawapan dari video sila jawab soalan-soalan yang sama dari petikan yang sama menggunakan ayat anda sendiri.

Soalan :
1. Nyatakan keadaan diri Munsyi ketika bertemu dengan Mel. [2 markah]

2. Knazanah lama merupakan warisan yang sangat berharga.
    Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menjaga dan menghargai khazanah lama.?   [3 markah]

3. Huraikan satu nilai murni yang terdapat dalam petikan cerpen  dan satu nilai murni lain daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan.  [4 markah]                      

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Petikan Munsyi Set 4

Setelah mendengar kupasan soalan dan jawapan dari video sila jawab soalan-soalan yang sama dari petikan yang sama menggunakan ayat anda sendiri.


Soalan 
1. Berdasarkan petikan cerpen di atas, apakah harapan bonda terhadap Mel?   [2 markah]

2. Andaikan anda seorang pemimpin, nyatakan usaha-usaha yang akan  anda lakukan untuk meningkatkan moral golongan muda.  [3 markah]

3. Jelaskan satu nilai murni yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu nilai murni  lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]


Set 5 (Percubaan Terengganu 2020)

Soalan 2(b) – Petikan Prosa Moden

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Dek benih penjajah yang menanamkan racun perkauman melalui sistem pecah perintah, bernanahlah segala prasangka buruk sebelum meletusnya tragedi sengketa dan rusuhan antara warga kota yang mewakili bangsa-bangsa yang berbeza fahaman, bahasa dan budaya.

            Akibatnya, darah dan korban menjadi saksi kepada sebuah api pergolakan sehingga mencetuskan huru-hara kepada negara yang baru setahun jagung menghirup udara kemerdekaan. Seperti kata bonda kepada saya setiap kali menjengah kalendar Mei pada wajah hari.

            “tanah air ini pernah bernyala api tragedi. Penjajah menabur bara sengketa melalui pengagihan sumber kekayaan bumi ini yang tidak seimbang. Bangsa pertama ditempatkan di bandar-bandar besar sebagai peniaga dan pengusaha lombong bijih timah. Bangsa kedua terbiar daripada arus pembangunan dengan mendiami kampung-kampung tradisional di luar bandar sebagai nelayan dan pesawah. Bangsa ketiga pula terus-menerus melarat dalam kemiskinan di ladang-ladang dan estet yang serba mundur. Masing-masing terpisah oleh tembok dan banteng perkauman yang tebal. Tiada usaha untuk penyatuan setiap bangsa melalui satu bahasa pertuturan atau agihan kekayaan yang saksama.”

            Saya hayati cerita bonda tentang sejarah yang hampir memusnahkan negara ini. Kota besar itulah yang menjadi gelanggang pertumpahan darah dan korban kematian yang bukan sedikit. Semuanya berlaku angkara kejahilan terhadap salasilah tanah air yang terpecah kepada pagar-pagar perkauman yang tebal.

 

Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’ ms 56 dan 57

oleh Husna Nazri

dalam antalogi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul

Kementerian Pendidikan Malaysia.

(i)        Berdasarkan petikan di atas, nyatakan lokasi-lokasi tempat tinggal setiap kaum yang
            ditempatkan oleh penjajah?                                                                            [2 markah]

(ii)       “Dek benih penjajah yang menanamkan racun perkauman melalui sisten pecah dan
            perintah, akhirnya masyarakat negara kita sering berperangsa buruk.”  

            Pada pendapat anda, bagaimanakah cara pihak sekolah dapat merapatkan jurang  
            perkauman antara murid yang berbilang kaum di sekolah?                          [3 markah]

(iii)      Huraikan satu persoalan yang terdapat di dalam petikan di atas dan satu persoalan lain daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat di dalam petikan.            [4 markah]

 

Cadangan Jawapan 

i) lokasi-lokasi tempat tinggal setiap kaum yang ditempatkan oleh penjajah

P1        Kaum Cina di bandar-bandar besar.
P2        Kaum Melayu mendiami kampung-kampung tradisional di luar bandar
P3        Kaum India di ladang-ladang dan estet

Maksima: 2 markah
isi cukup:2

ii) Pada pendapat saya, cara pihak sekolah merapatkan jurang perkauman di dalam sekolah

P1        Menempatkan murid yang berbilang kaum di dalam kelas yang sama
P2        Murid berbilang kaum dilibatkan dalam semua aktiviti di sekolah
P3        Menerapkan perasaan saling menghormati berbilang kaum melalui semua mata  pelajaran

P4        P4       Unit Bimbingan dan Kaunseling mengaturkan pelbagai program berbentuk perpaduan
P5        Mengadakan aktiviti kokurikulum yang melibatkan murid berbilang kaum

Markah maksima : 3 markah
Isi Cukup: 2

Iii) Persoalan

Persolan di dalam petikan

P1        Pecah dan perintah oleh penjajah. Contohnya pihak penjajah mengasing-asingkan
penempatan dan ekonomi tiga kaum.

P2        Persoalan sentimen perkauman akibat perbezaan fahaman, Bahasa dan budaya. Misalnya, berlaku pertumpahan darah dan kematian pada awal kemerdekaan negara.

P3        Persoalan kerjaya yang berbeza mengikut lokasi penempatan penduduk. 
Misalnya, kaum Cina di bandar-bandar besar sebagai peniaga atau pelombong bijih, kaum Melayu di kampung-kampung tradisional sebagai pesawah dan nelayan. Kaum India pula, sebagai buruh di lading-ladang.

Persoalan dalam keseluruhan cerpen

K1       Persoalan ketaatan anak terhadap seorang ibu. 
            Contohnya, penulis patuh akan nasihat ibunya supaya memenuhkan dada dengan ilmu         
            pengetahuan sebelum berhijrah ke bandar.

K2       Persoalan keruntuhan moral remaja di kota. 
            Misalnya, penulis menyaksikan kehidupan anak muda kota yang bebas bergaul antara lelaki dan
            perempuan.

K3       Persoalan penggunaan Bahasa pasar atau Bahasa rojak oleh remaja di kota.
            Misalnya, remaja di kota menuturkan Bahasa ciptaan mereka yang sukar difahami.

K4       Persoalan kasih saying seorang ibu terhadap anak.
            Contohnya, ibu penulis menasihati penulis agar membuat persediaan yang cukup sebelum ke
            kota agar anaknya tidak terpengaruh dengan gaya hidup  yang bebas di kota.

K5       Persoalan keinginan anak muda berhijrah ke bandar untuk membina kehidupan.
            Contohnya Mel memohon keizinan ibunya untuk berhijran ke bandar bagi membina
            kehidupannya seperti kebanyakan remaja lain.

K6       Persoalan tentang kerajinan menuntut ilmu. 
            Contohnya,  Mel telah mengkaji teks Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah serta rajin
            membaca buku-buku lama bertulisan jawi milik ibunya.

K7       Persoalan tentang amanah dalam menunaikan tanggungjawab.
            
Contohnya, Mel patuh pada arahan bonda untuk menjaga buku-buku dengan baik dan berjaya
            menyerahkan buku tersebut kepada rakan lama bonda iaitu Munsyi.[1+1]

 @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Soalan Set 6 Percubaan Kelantan SPM 2020





(i) Cita-cita Mel
P1 memenuhkan dada dengan ilmu pengetahuan 1
P2 memenuhkan dada dengan pengalaman 1
P3 memahirkan lidah dengan bahasa ibunda 1
P4 memenuhkan dada dengan ilmu berkaitan kewajipan 1
 
[Maksimum : 2 markah]  [Isi cukup : 2 isi]

(ii) Kepentingan mempelajari sejarah tanah air kepada generasi muda
P1 memupuk semangat patriotik 1
P2 menyemai perpaduan antara kaum 1
P3 mempelajari kesilapan lalu 1
P4 menghargai budaya dan warisan negara 1
P5 memelihara kedaulatan negara 1 
P6 memahami situasi politik negara 1
(Kepentingan yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)

[Maksimum : 3 markah]  [Isi cukup :2 isi]

(iii) Persoalan dalam petikan
P1     Persoalan semangat patriotik dalam jiwa anak muda. 
         Contohnya, bonda ingin menghidupkan semangat patriotisme dan jati diri dalam diri Mel. [1+1]
P2     Persoalan kepentingan mempelajari sejarah. 
         Contohnya, bangsa yang membaca dan mengkaji sejarah silam  tidak akan melakukan kesilapan
         kali kedua. [1+1]
P3     Persoalan keperluan menuntut ilmu dalam kehidupan. 
         Contohnya, Mel membaca dan mengkaji kitab dalam  tulisan Jawi yang diberikan oleh bonda
         kepadanya. [1+1]

Persoalan dalam keseluruhan cerpen
K1 Persoalan keinginan anak muda berhijrah ke bandar. 
      Contohnya,  Mel memohon keizinan ibunya untuk berhijrah ke bandar bagi membina
      kehidupannya. [1+1]
K2 Persoalan ketaatan seorang anak terhadap ibu bapa Mel mentaati nasihat ibunya yang tidak membenarkannya berhijrah ke
      bandar kerana Mel masih belum cukup kuat jati diri untuk tinggal di sana. [1+1] (Persoalan yang lain boleh diterima
       sekiranya sesuai)

[Maksimum : 4 markah] [Isi cukup :2 isi (P + K)]

No comments:

Post a Comment

Pantun Keselamatan jalsn raya by Tok Yat

 Sultan Mahmud jalan bertandu Di tengah jalan minum nestum Tiada hormat sesama pemandu Jadi punca kereta berdentum. Arnab lari masuk  Hilang...