Thursday, April 2, 2020

peristiwa menarik dalam novel yang menarik minat pembaca


Soalan
Peristiwa-peristiwa yang menarik perlu diolah oleh pengarang untuk menarik minat pembaca bagi meneruskan pembacaan sesebuah novel.



berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat dalam novel tersebut.
                                                                                                        [7 markah ]



        Novel yang saya pelajari di Tingkatan 4  ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Terdapat beberapa peristiwa yang dipaparkan di dalam novel ini yang memberi kesan menarik minat pembacanya.



           Antaranya ialah peristiwa Aqram cuba mendapatkan DNA Farisha. Sebagai contohnya, Aqram berpura-pura tidur semasa di dalam kapal terbang. Dia mengambil cawan kecil yang digunakan oleh Farisha untuk minum dan menguji kesan air liur yang melekat pada cawan. Kajian yang dibuat Dr Maxi mendapati Farisha dikatakan individu mampu menyelamatkan Dinara. Peristiwa ini dianggap menarik kerana kebijaksanaan Aqram menjalankan tugas dan kecanggihan kajian sains yang mendalam dalam mengesan DNA seseorang.

           Selain itu, peristiwa Aqram menembusi pemikiran Farisha menggunakan sebatang pen. Buktinya, Aqram memberikan sebatang pen untuk Farisha mencatat alamat yang dipinta oleh Aqram. Pen tersebut sebenarnya telah dilengkapi dengan alat penetrator untuk menerobos ruang minda farisha. Hal ini menyebabkan Farisha sakit kepala. Peristiwa ini dianggap menarik kerana kecanggihan dunia sains dan teknologi pada masa itu yang ditunjukkan oleh pengarang menggambarkan hanya dengan alat sekecil pen kita mampu menembusi pemikiran manusia serta mengambil maklumat yang terkandung dalam pemikiran manusia.



           Akhir sekali, peristiwa Karl menguji tahap pencapaian dalam kajian sainsnya ke atas diri Farisha. Buktinya, Karl telah menjadikan Farisha sebagai bahan uji kaji. Karl menanam pelbagai jenis implan dalam tubuh Farisha agar beliau menjadi genius. Setelah dewasa Farisha mampu menggodam sistem keselamatan Bank Sapurba. Walau bagaimanapun Menurut Medina, Karl ialah ayah kandung Farisha dan merupakan saintis gila. Peristiwa ini dianggap menarik kerana kebijaksanaan Karl berjaya memperlihatkan kemajuan dan kecanggihan sains dan teknologi dalam kehidupan manusia.

No comments:

Post a Comment

Pantun Keselamatan jalsn raya by Tok Yat

 Sultan Mahmud jalan bertandu Di tengah jalan minum nestum Tiada hormat sesama pemandu Jadi punca kereta berdentum. Arnab lari masuk  Hilang...