Wednesday, April 8, 2020

Penukaran cakap ajuk kepada cakap pindah (Latihan PKP)











SMK TAMAN MEGAH RIA,

81750 MASAI, JOHOR





LATIHAN TATABAHASA SPM 2020





NAMA: ………………………………….

TINGKATAN: …………………………



CONTOH

















SET X

b.  Tukarkan ayat-ayat di bawah ini daripada ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah.

      Cakap ajuk :  “Cikgu Haris!” tegur Puan Hanis dengan tiba-tiba.

      Cakap Pindah : Puan Haris menegur Cik Haris secara tiba-tiba..

              

       Cakap Ajuk : “Siapa awak?” tanya Cikgu Haris.

       Cakap Pindah :  Cikgu Haris bertanyakan siapa orang yang menegurnya.



             “Cikgu tak kenal saya lagi?” kata Puan Hanis dengan senyuman.

            “Maafkan, saya,” kata Cikgu Haris merendah diri.

            “Saya Hanis, bekas pelajar cikgu,” kata Puan Hanis.

“Baru saya ingat, Hanis pelajar yang comel dan cemerlang di SMK Kota Jaya,” balas Cikgu Haris.

[6 markah]

Jawapan SET X

i.              Dengan senyuman Puan Hanis bertanya sama ada cikgu Haris mengenalinya lagi atau tidak.

ii.             Dengan rendah diri, cikgu Haris memohon maaf.

iii.            Puan Hanis menyatakan bahawa dia ialah Hanis, bekas pelajar cikgu Haris.

iv.            Cikgu Haris menyatakan bahawa baru dia ingat bahawa Hanis ialah pelajar yang comel dan cemerlang di SMK  Taman Kota Jaya.





























Soalan 3:  Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

 SET 1



( a)   Tulis semula perbualan di bawah dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah.



Kumar    :  Daniel, kau nak ke mana?

Daniel    :  Tak ke mana-mana. Aku nak ambil angin sekejap.

Kumar    :  Wah, Daniel hebat kau sekarang! Semua soalan fizik tadi kau boleh jawab.

Daniel    :  Mana ada?  Biasa aje.

Kumar    :  Apa rahsia kau semakin bijak ni? Kongsilah dengan aku.

            Daniel    :  Tak adalah. Aku cuma buat ulangkaji dan belajar dengan abang aku aje

[ 6 markah ]

Set 2

(a)   Tukarkan ayat cakap ajuk di bawah kepada ayat cakap pindah



(i)                 “Semalam saya bermimpi bahawa saya menjadi seorang puteri raja,” kata Fatihah kepada rakannya.

(ii)               “Tolong, tolong! Anak saya terkunci di dalam kereta.  Anak saya masih kecil dan tidak tahu membuka sendiri pintu kereta. Cepat, cepat tolongnya,” jerit Latifah.

(iii)             “Cis! Aku pantang orang menuduh aku mencuri. Jangan sampai aku tahu siapa yang buat semua fitnah ini, habis aku kerjakan,” kata Pak Man kepada orang kampung.



[6 markah]

SET 3 

(a)   Tulis semula perbualan di bawah dalam bentuk karangan biasa dengan    menggunakan cakap pindah.



Siti bertanya kepada Faiz, Mengapakah awak tidak menghadiri latihan zapin                semalam?” “Kaki saya sakit kerana saya terjatuh di tangga semalam,” kata Faiz kepada Siti. Lantas Siti bertanya kepada Faiz, “Bagaimana awak boleh jatuh tangga?” “Saya tidak perasan ada satu anak tangga lagi sewaktu menuruni tangga rumah datuk saya,” Faiz menjawab pertanyaan Siti. Lalu Siti berkata lagi kepada Faiz, “Faiz, saya fikir lebih baik awak pergi berurut untuk membetulkan urat saraf awak.” “Baiklah, saya akan pergi berurut di kampung sebelah pada petang nanti,” Faiz berkata kepada Siti.

Monday, April 6, 2020

LATIHAN BURUNG PIPIT DIPIPISKAN LADA

SOALAN-SOALAN PILIHAN PROSA KLASIK BURUNG PIPIT DIPIPISKAN LADA
LATIHAN PKP 07 APRIL 2020
SILA HANTAR PADA 07 APRIL 2020
______________________________________________________________

SET 1

Soalan 2 (c) - Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

            Syahadan, Bendahara Paduka Raja itulah yang dikatakan orang bijaksana, kerana pada zaman itu tiga buah negeri yang sama besarnya: pertama, Majapahit; kedua, Pasai; ketiga, Melaka. Di dalam negeri tiga buah itu, ada tiga orang yang bijaksana; di Majapahit, Patih Aria Gajah Mada; dan di Pasai, Orang Kaya Kanayan; dan di Melaka, Bendahara Paduka Raja; dan Seri Nara Diraja menjadi penghulu bendahari.

             Hatta, berapa lamanya maka datang pula orang Siam menyerang Melaka; Awi Dicu nama panglimanya. Maka kedengaran khabarnya ke Melaka; maka dipersembahkan orang kepada Sultan. Maka baginda pun menitahkan Bendahara Paduka Raja berlengkap akan mengeluari orang Siam. Seri Bija Diraja dan segala hulubalang sekaliannya dititahkan baginda mengiringkan Bendahara Paduka Raja itu. Adapun Seri Bija Diraja itu sedia asal Melayu, Tun Hamzah namanya, asalnya daripada Muntah Lembu; ialah dipanggil orang Datuk Bongkok. Apabila berjalan atau duduk, bongkok ia. Oleh sebab sangat gagah berani ia menjadi hulubalang besar, duduk di atas segala hulubalang. Telah sudah lengkap, maka Bendahara Paduka Raja pun pergilah mengeluari Siam itu, bersama-sama dengan Seri Bija Diraja, dengan segala hulubalang banyak. Maka orang Siam pun hampir ke Batu Pahat.
Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’
dalam antologi Sejadah Rindu,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

(i)           Berikan maksud akan mengeluari orang Siam. [2 markah]

(ii)          Berdasarkan petikan di atas, nyatakan keistimewaan Seri Bija Diraja. [3 markah]

(iii)         Peperangan merupakan suatu peristiwa yang membawa kesan negatif kepada sesebuah
   negara.

   Pada pendapat anda, bagaimanakah dapat mengelakkan peperangan antara dua buah negara?                                                                                                                                     [3 markah]

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SET 2


SOALAN KEPIMPINAN MELALUI TELADAN

LATIHAN PROSA KLASIK : KEPIMPINAN MELALUI TELADAN
LATIHAN PKP 07 APRIL 2020
SILA HANTAR PADA 07 APRIL 2020 MELALUI TELEGRAM/WHATSAPP
-------------------------------------------------------------------------------------

SET 1
Soalan 2(c) – Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa tradisional di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat sendiri.

                Berapa lamanya maka Kertala Sari pun sampailah ke Melaka. Maka ia pun singgah di luar kota pada kampung segala Jawa. Maka Kertala Sari pun menyamarkan dirinya kepada segala Jawa yang banyak itu. Maka Kertala Sari pun sedia kala berjalan masuk bermain-main segenap kampung orang kaya-kaya dan saudagar.

                Setelah diketahuinya, Kertala Sari pun masuk menyamar pada orang Patih Karma Wijaya. Tatkala itu Kertala Sari pun masuk seorangnya mengikut Patih Karma Wijaya pergi mengadap sama dengan Jawa yang banyak itu. Maka oleh Kertala Sari segala hulubalang yang menghadap sama-sama itu dilihatnya seorang kepada seorang. Maka Kertala Sari pun pandang pada Laksamana ; maka ia pun fikir dalam hatinya, “ Dialah gerangan hulubalang Ratu Melaka yang bernama Laksamana itu. Jikalau demikian lakunya, sungguhlah ia dapat membunuh bapaku, kerana ia perajurit besar lagi kepetangan.”

                Setelah sudah ia fikir demikian, maka Kertala Sari pun dilihat pula perihal penghadapan dan tempat orang bertunggu raja itu. Setelah dilihatnya ratalah, maka Kertala Sari pun kembali pada tempatnya singgah itu, maka ia pun berjalanlah mencari tempat akan menaruh harta. Maka dilihatnya oleh Kertala Sari ada sebuah bukit di luar kota itu. Maka ia pun pergi ke atas bukit Bukit Cina itu.

Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’
Dalan antologi Jakeet Kulit Kijang dari Istanbul
Dewan Bahasa dan Pustaka.

i.                     Bagaimanakah reaksi Kertala Sari selepas melihat Laksamana? [2 markah]

ii.                   Nyatakan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Kertala Sari untuk mengenal pasti Laksamana.  [3 markah]

iii.                  Pada pendapat anda, mengapakah Bukit Cina menjadi pilihan Kertala Sari untuk menyimpan harta? [3 markah


________________________________________________________________________________ 
SET 2
Soalan 2(c) – Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa tradisional di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat sendiri.

                Hatta maka hari pun malamlah. Maka Kertala Sari pun masuk mencuri pula sebuah rumah saudagar yang lain. Setelah sudah banyaklah ia beroleh harta, maka ia pun kembali pada tempatnya pula. Dengan demikian habislah segala harta saudagar yang kaya-raya itu dicurinya. Maka segala saudagar dan orang kaya-raya itu pun masuk mengadap dara berdatang sembah. “ Ya tuanku, patik mohonkan ampun, adapun patik sekalian ini habis kecurian tinggal sehelai sepinggang.”

                Setelah baginda mendengar sembah orang itu, maka baginda pun terkejut seraya menampar-nampar pahanya. Maka titah baginda, “Wah, datanglah pula bala atas negeriku! Baiknya ada Laksamana; jikalau Laksamana kuutuskan ke negeri orang, binasalah negeri ini.”

                Maka baginda pun bertitah kepada Temenggung, “Hai Temenggung, suruh orang berkawal dan segala saudagar berkawal pada kampungnya!” Maka Temenggung pun menyuruhkan orangnya berkisah orang kaya-raya dan saudagar berkawal pada kampungnya. Setelah hari malam, maka Temenggung pun menyuruh orangnya berkawal, terlalu banyak dengan lembing perisai dan segala saudagar pun masing-masing berkawal pada kampungnya.

                Sebermula maka Kertala Sari pun masuk ke dalam. Maka dilihatnya oleh Kertala Sari orang berkawal terlalu banyak dengan alat senjatanya. Maka Kertala Sari pun membaca pustakanya lalu berjalan di tengah orang banyak itu. Maka ia pun pergi ke rumah seorang kaya. Maka dicurinya harta yang kemas-kemas itu lalu dibawanya kembali dan bini orang kaya-kaya itu dicabulinya. Maka ia pun kembali ke tempatnya.
Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’
Dalan antologi Jakeet Kulit Kijang dari Istanbul
Dewan Bahasa dan Pustaka
.
i.                     Berikan maksud sehelai sepinggang.                           [2 markah]

ii.                   Berdasarkan petikan di atas, apakah tindakan-tindakan Temenggung selepas mendapat  
  arahan daripada sultan.                                                                        [3 markah]
iii.                  Raja segera menitahkan orang-orang Temenggung  berkawal sebaik-baik sahaja
   mendapat tahu tentang kecurian yang berlaku di negeri baginda.

   Pada pendapat anda, mengapakah baginda menitahkan kegiatan kecurian itu
   dibenteraskan dengan segera?                                      [3 markah]

Thursday, April 2, 2020

Peristiwa menunjukkan nilai kasih sayang dalam novel Silir Daksina.


Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa-peristiwa yang

Menunjukkan nilai kasih sayang.                                                                      ( 8 markah )



Peristiwa Cikgu Nizam terlalu merindui anaknya, Aiman.

Buktinya, Cikgu Nizam sering menatap potret wajah anaknya, Aiman pada setiap malam kerana rindu akan anaknya itu. Cikgu Nizam kadang kala menangis akibat terlalu rindu akan anaknya itu.

Huraian:Peristiwa ini menunjukkan kasih sayang seorang bapa terhadap anak yang sudah lama tidak berjumpa.



Peristiwa Haiqal menjejak arwah ayahnya, Abdullah Kayan.

Contohnya, Peristiwa Haiqal sanggup ke Johor seorang diri untuk menjejak peninggalan arwah Abdullah bin Kayan walaupun Haiqal tidak mengenali sesiapaun di sana.

      Huraian : Peristiwa ini menunjukkan kasih sayang seorang anak terhadap ayah yang sudah lama tidak berjumpa.



      Peristiwa Umi melarang Haiqal pulang ke Johor seorang diri.

      Buktinya, Peristiwa Umi tidak mengizinkan Haiqal pulang ke Johor untuk mencari warisan Abdullah bin Kayan.

      Huraian ; Peristiwa ini menunjukkan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.

peristiwa menarik dalam novel yang menarik minat pembaca


Soalan
Peristiwa-peristiwa yang menarik perlu diolah oleh pengarang untuk menarik minat pembaca bagi meneruskan pembacaan sesebuah novel.



berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat dalam novel tersebut.
                                                                                                        [7 markah ]



        Novel yang saya pelajari di Tingkatan 4  ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Terdapat beberapa peristiwa yang dipaparkan di dalam novel ini yang memberi kesan menarik minat pembacanya.



           Antaranya ialah peristiwa Aqram cuba mendapatkan DNA Farisha. Sebagai contohnya, Aqram berpura-pura tidur semasa di dalam kapal terbang. Dia mengambil cawan kecil yang digunakan oleh Farisha untuk minum dan menguji kesan air liur yang melekat pada cawan. Kajian yang dibuat Dr Maxi mendapati Farisha dikatakan individu mampu menyelamatkan Dinara. Peristiwa ini dianggap menarik kerana kebijaksanaan Aqram menjalankan tugas dan kecanggihan kajian sains yang mendalam dalam mengesan DNA seseorang.

           Selain itu, peristiwa Aqram menembusi pemikiran Farisha menggunakan sebatang pen. Buktinya, Aqram memberikan sebatang pen untuk Farisha mencatat alamat yang dipinta oleh Aqram. Pen tersebut sebenarnya telah dilengkapi dengan alat penetrator untuk menerobos ruang minda farisha. Hal ini menyebabkan Farisha sakit kepala. Peristiwa ini dianggap menarik kerana kecanggihan dunia sains dan teknologi pada masa itu yang ditunjukkan oleh pengarang menggambarkan hanya dengan alat sekecil pen kita mampu menembusi pemikiran manusia serta mengambil maklumat yang terkandung dalam pemikiran manusia.



           Akhir sekali, peristiwa Karl menguji tahap pencapaian dalam kajian sainsnya ke atas diri Farisha. Buktinya, Karl telah menjadikan Farisha sebagai bahan uji kaji. Karl menanam pelbagai jenis implan dalam tubuh Farisha agar beliau menjadi genius. Setelah dewasa Farisha mampu menggodam sistem keselamatan Bank Sapurba. Walau bagaimanapun Menurut Medina, Karl ialah ayah kandung Farisha dan merupakan saintis gila. Peristiwa ini dianggap menarik kerana kebijaksanaan Karl berjaya memperlihatkan kemajuan dan kecanggihan sains dan teknologi dalam kehidupan manusia.

LATIHAN PKP 5 APRIL 2020



LATIHAN PKP PADA 5 APRIL 2020
------------------------------------------------------------------------------------------

Soalan 1 : Rumusan Set1
[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian tulis satu rumusan tentang langkah-langkah
kerajaan meringankan beban rakyat dalam menghadapi kegawatan ekonomi
dan kesan-kesan
peningkatan ekonomi kepada rakyat
. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Usaha membasmi kemiskinan tegar menjadi agenda utama kerajaan semenjak tahun 2010. Bagi meringankan beban rakyat, usaha diambil dengan memperuntukkan RM214 juta bagi pelaksanaan Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat untuk tujuan pembasmian kemiskinan. Langkah ini juga akan memastikan agenda masyarakat penyayang terus diamalkan walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Kerajaan dalam usaha meringankan beban rakyat telah memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi pertama khusus untuk meningkatkan pemilikan rumah oleh rakyat. Oleh itu, bagi merangsang sektor perumahan kerajaan mencadangkan supaya pembeli diberi pelepasan cukai atas faedah pinjaman. Kerajaan juga telah membantu rakyat dengan menambah baik infrastruktur awam. Dalam hal ini, kerajaan telah menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM200 juta untuk menambah baik infrastruktur yang rosak serta menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian, menyelenggara dan membaik pulih pelbagai kemudahan dan prasarana awam. Bon Simpanan Kerajaan telah diterbitkan untuk menjana pendapatan rakyat. Bon ini bertujuan memberi peluang kepada rakyat untuk memperoleh pendapatan tambahan. Bon ini dibuka kepada setiap rakyat berusia 21 tahun ke atas dengan nilai minimum pelaburan sebanyak RM1,000.

Selain itu, kerajaan menaik taraf pelbagai kemudahan asas di luar bandar sepertibekalan elektrik dan air terutama di Sabah dan Sarawak. Usaha ini akan meningkatkan ekonomi rakyat melalui pengambilan kontraktor kecil dan pekerja tempatan di kawasan luar bandar. Di samping itu, pelbagai program dan projek dirancang oleh kerajaan untuk meningkatkan ekonomi rakyat di Sabah dan Sarawak seperti pembesaran Lapangan Terbang Sibu, Sarawak dan Projek Sistem Penghantaran Elektrik Kota Kinabalu, Sabah.

Kini, terdapat beberapa program mikrokredit tanpa cagaran disediakan oleh pelbagai pihak seperti Amanah Ikhtiar Malaysia, Agro Bank dan TEKUN. Program ini bertujuan untuk membantu peniaga kecil di bandar dan luar bandar. Kaedah lain yang dilaksanakan adalah dengan memberi bantuan kepada golongan kurang bernasib baik seperti warga emas, golongan kurang upaya dan ibu tunggal. Bantuan yang diberikan adalah seperti program jaringan keselamatan sosial, bantuan kewangan dan bilangan tenaga kerja, meningkatkan kemudahan pusat penjagaan warga tua, memantapkan pengurusan rumah perlindungan wanita dan menambahkan kemudahan pusat asuhan kanak-kanak. Bagi mengurangkan tanggungan orang ramai, kerajaan mengambil langkah memberikan pengecualian cukai atas bayaran pampasan kehilangan pekerjaan. Langkah ini diambil bertujuan untuk menjaga kebajikan pekerja yang diberhentikan. Di samping itu, kerajaan menggalakkan pihak bank untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman perumahan.

Kesimpulannya, kerajaan yakin usaha yang dirangka dan dilaksanakan adalah komprehensif dan menyeluruh untuk menghindarkan ekonomi negara daripada terjerumus dalam kancah kemelesetan yang mendalam sehingga memberi kesan kepada rakyat. Dengan landasan kukuh yang telah kita ina, kita yakin dapat mencipta kejayaan lebih besar.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana ‛Pakej RM60b
Perkukuh Ekonomi Negara Hadapi Kegawatan Global’,
Berita Harian, 11 Mac 2009)

Soalan 2 (a) - Petikan Umum

(i) Apakah maksud rangkai kata membasmi kemiskinan tegar? [2 markah]

(ii) Bagaimanakah peruntukan tambahan yang disediakan oleh kerajaan dibelanjakan?

[3 markah]

(iii) Nyatakan cara- cara rakyat dapat menangani krisis ekonomi negara. [4 markah]



Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah]

Jawab semua soalan



(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa

anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh

menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu

sebagai peribahasa atau nama khas.



(i) kata

(ii) katakan

(iii) perkataan

(iv) mengatakan

(v) dikatakan

(vi) berkata-kata

[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

 (i) Kementerian Pendidikan memang menyedarkan masaalah ini dan tindakan akan

segera diambil untuk mengatasinya.



(ii) Ketua Pengawas Peperiksaan hanya membenar pensil dan pemadam dibawa

masuk ke dewan peperiksaan.



(iii) Perkembangan kesusastraan Melayu kini agak suram kerana golongan muda

kurang meminati untuk membaca bahan bacaan kreatif.

[6 markah]



(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah

dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.



(i) Pohon di kiri dan kanan jalan itu telah ditebas untuk membolehkan kerja-kerja emperlebar jalan dilakukan dengan sempurna.



(ii) Oleh kerana sungai merupakan satu-satunya jalan perhubungan pada zaman dahulu, banyak rumah ditubuhkan di sepanjang sungai.



(iii) Seorang banduan dapat meluluskan diri daripada penjara walaupun dia mengalami kecederaan pada badan dan kaki.

[6 markah]



(e) Berikan maksud peribahasa berikut.



(i)            Bagai cincin dengan permata



(ii)           Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi



(iii)          Akal kancil

 [6 markah]




Faktor-faktor mempengaruhi gaya hidup remaja



FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI GAYA HIDUP REMAJA

Mendepani realiti dunia baru yang pantas berubah dan berkembang pesat masyarakat alaf baru sering sibuk dengan tugas masing-masing. Namun begitu, rata-rata masyarakat di strata alam ini  tidak pernah leka dan tidak pernah alpa berhubung  gaya hidup remaja masa kini. Gaya hidup remaja merupakan isu yang sering diwar-warkan dalam media cetak dan media elektronik di negara kita akhir-akhir ini. Malah isu ini turut mendapat tumpuan masyarakat yang sering  dibincangkan di warung-warung kopi sehinggalah dibahaskan di Dewan Parlimen ada kebenarannya kerana jika tiada angin, masakan pokok bergoyang. Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah komited untuk mendepani dan mengatasi  isu ini kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Persoalannya, apakah factor-faktor yang mempengaruhi gaya hidup remaja? Saya akan menghuraikannya satu persatu di dalam perenggan yang berikut.


              Pada pendapat saya, faktor pertama yang mempengaruhi gaya hidup remaja adalah keluarga. Keluarga mempunyai pengaruh yang besar kepada seseorang remaja. Sebenarnya alam kehidupan   remaja bermula dari sebuah keluarga. hal Ini disebabkan ibubapa sahaja yang mampu mencorakkan anak-anak yang diibaratkan seperti kain putih. Sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia akan dapat membentuk anak-anak yang berperibadi mulia. Seterusnya melahirkan remaja bertanggungjawab, bersopan dan saling menghormati satu sama lain. Manakala keluarga yang pincang pula akan mempengaruhi remaja dari sudut negatif . Jika keluarga menunjukkan contoh tingkah laku kasar anak-anak pasti mengikutinya bak kata pepatah " bagaimana acuan, begitulah kuihnya". Jelaslah ibu bapa sebagai ketua keluarga perlu menerapkan nilai-nilai positif dalam diri anak-anak sedari awal agar anak-anak akan membesar dengan peribadi mulia.

                 
      Seterusnnya, faktor yang kedua mempengaruhi gaya hidup remaja adalah masyarakat.  Masyarakat merupakan satu komuniti yang berada di sekeliling remaja terutama apabila remaja berada di luar. Baik atau buruk remaja masa kini bergantung kepada budaya masyarakat setempat. Norma  positif  masyarakat yang dipegang perlu diamal, didedah dan diperkasakan. Pembentukan  masyarakat positif   dapat membentuk semangat perpaduan dan saling menghormati. Paparan perlakuan masyarakat akan dilihat dan dipelajari oleh remaja. Jika setiap ahli masyarakat saling bertolak-ansur dan menunjukkan sikap toleransi,remaja akan meniru dan mengamalkannya. Jika sebaliknya, remaja memerhatikan masyarakat sekelilingnya bersikap negatif, maka sikap negatif  itulah yang akan menjadi amalan, seterusnya mempengaruhi gaya hidup remaja itu dan kehidupannya. Jelaslah, bahawa masyarakat yang  positif atau negatif bakal menentukan gaya hidup remaja di masa depan

               Selain itu, faktor ketiga yang mempengaruhi gaya hidup remaja adalah rakan sebaya. Rakan sebaya juga boleh mempengaruhi perkembangan gaya hidup remaja.Sudah menjadi lumrah hidup manusia, berkawan adalah satu kemestian dalam kalangan remaja. Pemilihan rakan penting terutama rakan yang boleh dipercayai. Matlamat berkawan adalah untuk remaja berkongsi rahsia dan masalah terutama yang menghadapi masalah keluarga. Walau bagaimana masalah yang timbul apabila mempunyai hubungan baik dengan rakan, remaja selalunya terikut-ikut dengan tingkah laku rakan. Jika rakan yang baik, peribadi remaja juga akan baik dan sebaliknya jika  terpilih  rakan yang negatif, mereka akan membentuk peribadi yang negatif. Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlu bersikap sayangkan anak, tangan-tangankan dan peka dengan perubahan pada anak-anak. Latar belakang rakan  anak-anak perlu diselidik agar remaja kekal mengamalkan gaya hidup positif.

             
              Selanjutnya, faktor keempat yang mempengaruhi gaya hidup remaja adalah pegangan agama. Agama merupakan elemen utama dalam pembentukan gaya hidup  seseorang remaja. Semua agama yang terdapat dalam dunia membimbing setiap orang ke jalan yang benar. Kekuatan pegangan terhadap  agama juga dapat memandu seseorang insan pada batasan kebenaran. Sehubungan itu remaja yang terdidik dengan asuhan agama yang kukuh yang diturunkan oleh ibubapanya akan memperlihatkan gaya hidup yang murni selaras dengan ajaran agama contohnya mempunyai sikap bertanggung jawab ke atas diri sendiri akan dapat mengelakkan diri remaja daripada melanggar hukum-hukum agama. Ketika ini, kita lihat banyak remaja yang runtuh akhlak dan peribadi disebabkan mereka telah menyimpang jauh daripada ajaran agama masing-masing.

                        
           Disamping itu, faktor kelima yang mempengaruhi gaya hidup remaja ialah media massa. Media massa merupakan medium yang dapat mempengaruhi khalayak ramai secara meluas samada berupa media cetak atau media elektronik. Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri  baru-baru ini telah membuat pernyataan menyelar rancangan realiti tv yang berunsur negatif dan pernyataan beliau adalah sesuatu yang berasas. Pada zaman ini, media massa begitu berpengaruh dalam kehidupan remaja. Banyak gajet-gajet terkini memudahkan segala maklumat dicapai dalam tempoh sesaat dengan menggunakan hujung jari.. Beberapa kajian yang dijalankan mendapati bahawa purata masa menonton tv dalam kalangan remaja negara ini ialah 40 jam satu minggu. Menonton tv dalam masa yang begitu panjang sudah pasti mampu mendatangkan kesan kepada remaja terutamanya tayangan filem-fimen berunsur kebaratan. Ramai remaja meniru sesuatu yang kebaratan kerana kebanyakan rancangan yang ditonton remaja pada masa ini lebih menonjolkan budaya yang negatif.

                      Kesimpulannya remaja adalah aset penting negara. Semua pihak perlu usaha secara kolektif untuk membentuk remaja yang positif. Remaja perlu mendapat pendedahan pelbagai perkara positif sedari usia yang kecil bak kata pepatah "melentur buluh biar dari rebung". Ini menjelaskan usaha yang betul hendaklah diberikan kepada mereka. Sudah pasti budaya hidup yang positif membantu mereka dimasa hadapan. Sudah pasti suatu hari mereka akan dewasa sebagai pemuda dan pemudi harapan bangsa dan negara.  

Pantun Keselamatan jalsn raya by Tok Yat

 Sultan Mahmud jalan bertandu Di tengah jalan minum nestum Tiada hormat sesama pemandu Jadi punca kereta berdentum. Arnab lari masuk  Hilang...