Soalan
Peristiwa-peristiwa yang menarik perlu diolah oleh pengarang untuk menarik minat pembaca bagi meneruskan pembacaan sesebuah novel.
Peristiwa-peristiwa yang menarik perlu diolah oleh pengarang untuk menarik minat pembaca bagi meneruskan pembacaan sesebuah novel.
berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan
peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat dalam novel tersebut.
[7 markah ]
Novel yang saya pelajari di Tingkatan 4 ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Terdapat beberapa peristiwa yang dipaparkan di dalam novel ini yang memberi kesan menarik minat pembacanya.
[7 markah ]
Novel yang saya pelajari di Tingkatan 4 ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Terdapat beberapa peristiwa yang dipaparkan di dalam novel ini yang memberi kesan menarik minat pembacanya.
Antaranya ialah peristiwa Aqram cuba
mendapatkan DNA Farisha. Sebagai contohnya,
Aqram berpura-pura tidur semasa di dalam kapal terbang. Dia mengambil cawan
kecil yang digunakan oleh Farisha untuk minum dan menguji kesan air liur yang
melekat pada cawan. Kajian yang dibuat Dr Maxi mendapati Farisha dikatakan
individu mampu menyelamatkan Dinara. Peristiwa
ini dianggap menarik kerana kebijaksanaan Aqram menjalankan tugas dan
kecanggihan kajian sains yang mendalam dalam mengesan DNA seseorang.
Selain itu, peristiwa Aqram menembusi pemikiran Farisha
menggunakan sebatang pen. Buktinya,
Aqram memberikan sebatang pen untuk Farisha mencatat alamat yang dipinta oleh
Aqram. Pen tersebut sebenarnya telah dilengkapi dengan alat penetrator untuk
menerobos ruang minda farisha. Hal ini menyebabkan Farisha sakit kepala. Peristiwa ini dianggap menarik kerana
kecanggihan dunia sains dan teknologi pada masa itu yang ditunjukkan oleh
pengarang menggambarkan hanya dengan alat sekecil pen kita mampu menembusi
pemikiran manusia serta mengambil maklumat yang terkandung dalam pemikiran manusia.
Akhir sekali, peristiwa Karl menguji tahap pencapaian
dalam kajian sainsnya ke atas diri
Farisha. Buktinya, Karl telah
menjadikan Farisha sebagai bahan uji kaji. Karl menanam pelbagai jenis implan
dalam tubuh Farisha agar beliau menjadi genius. Setelah dewasa Farisha mampu
menggodam sistem keselamatan Bank Sapurba. Walau bagaimanapun Menurut Medina,
Karl ialah ayah kandung Farisha dan merupakan saintis gila. Peristiwa ini dianggap menarik kerana
kebijaksanaan Karl berjaya memperlihatkan kemajuan dan kecanggihan sains dan
teknologi dalam kehidupan manusia.
No comments:
Post a Comment