Thursday, January 28, 2021

Jawapan cadangan persoalan dan nilai kasih sayang novel Di Sebalik Dinara

 

Persoalan dan Nilai Di Sebalik Dinara

Jadual Matrik Persoalan dan Nilai Kasih Sayang


1. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan persoalan kasih sayang yang terdapat dalam novel tersebut.

        [7 markah]


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Tedapat beberapa persoalan kasih sayang diketengahkan oleh pengarangnya.

Antaranya, persoalan kasih sayang adik terhadap abangnya. Sebagai contohnya, Farisha amat menyayangi abangnya, Azraai dan dia menangis apabila mengetahui abangnya menghadapi masalah jantung.

Selain itu, persoalan kasih sayang seorang anak  terhadap ayahnya. Buktinya, Farisha sayang akan ayahnya, Karl dan dia berasa sangat sedih apabila melihat ayahnya terlantar sakit walaupun baru kali pertama Farisha menemuinya.

Lain dari itu, persoalan kasih sayang ibu terhadap anaknya. Sebagai contohnya, Merilyn @ Medina sangat sayang akan anaknya, Farisha. Dia binbang anaknya akan matu jika uji kaji dan penanaman pelbagai ubat ke dalam badan oleh Karl tidak dihentikan. Merilyn melarikan Farisha dari Karl.

 

2. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan nilai kasih sayang yang terdapat dalam novel tersebut. 

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Tedapat beberapa nilai kasih sayang  diketengahkan oleh pengarangnya.

Antaranya, nilai kasih sayang seorang adik terhadap abangnya. Sebagai contohnya, Farisha amat menyayangi abangnya, Azraai dan dia menangis apabila mengetahui abangnya menghadapi masalah jantung.

Selain itu, nilai kasih sayang seorang anak  terhadap ayahnya. Buktinya, Farisha sayang akan ayahnya, Karl dan dia berasa sangat sedih apabila melihat ayahnya terlantar sakit walaupun baru kali pertama Farisha menemuinya.

Lain dari itu, nilai kasih sayang ibu terhadap anaknya. Sebagai contohnya, Merilyn @ Medina sangat sayang akan anaknya, Farisha. Dia binbang anaknya akan matu jika uji kaji dan penanaman pelbagai ubat ke dalam badan oleh Karl tidak dihentikan. Merilyn melarikan Farisha dari Karl.


No comments:

Post a Comment

Pantun Keselamatan jalsn raya by Tok Yat

 Sultan Mahmud jalan bertandu Di tengah jalan minum nestum Tiada hormat sesama pemandu Jadi punca kereta berdentum. Arnab lari masuk  Hilang...