Persoalan dan Nilai Kasih Sayang Dalam Novel Silir Daksina
1. Berdasarkan sebuah novel
yang anda pelajari, huraikan persoalan
kasih sayang yang terdapat dalam novel tersebut.
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah Silir Daksina karya Nizar Parman. Novel bertemakan kekeluargaan ini memaparkan beberapa persoalan kasih sayang.
Antaranya, persoalan kasih sayang anak terhadap ayahnya. Sebagai contohnya, Haikal amat sayang akan ayah kandungnya, Abdullah bin Kayan sehingga dia sanggup pergi ke kampung arwah ayahnya untuk menjejaki kehidupan silam arwah ayahnya.
Selain itu, Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Buktinya, Umi tidak mahu Haiqal menjadi penulis seperti bapanya. Umi mahu Haiqal mewarisi perniagaan batik mereka yang mempunyai masa depan lebih cerah.
Selanjutnya, persoalan kasih sayang ayah terhadap anaknya. Sebagai contohnya, Cikgu Amirulnizam sangat merindui anaknya, Haiqal. Dia akan menatap gambar anaknya secara kerap hingga menitiskan air mata akibat kerinduan yang sangat mendalam..
2. Berdasarkan sebuah novel
yang anda pelajari, huraikan nilai kasih
sayang yang terdapat dalam novel tersebut.
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah Silir Daksina karya Nizar Parman. Novel bertemakan kekeluargaan ini memaparkan beberapa nilai kasih sayang.
Antaranya, nilai kasih sayang anak terhadap ayahnya. Sebagai contohnya, Haikal amat sayang akan ayah kandungnya, Abdullah bin Kayan sehingga dia sanggup pergi ke kampung arwah ayahnya untuk menjejaki kehidupan silam arwah ayahnya.
Selain itu, nilai kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Buktinya, Umi tidak mahu Haiqal menjadi penulis seperti bapanya. Umi mahu Haiqal mewarisi perniagaan batik mereka yang mempunyai masa depan lebih cerah.
Selanjutnya, nilai kasih sayang ayah terhadap anaknya. Sebagai contohnya, Cikgu Amirulnizam sangat merindui anaknya, Haiqal. Dia akan menatap gambar anaknya secara kerap hingga menitiskan air mata akibat kerinduan yang sangat mendalam..
No comments:
Post a Comment