SOALAN-SOALAN PILIHAN
PROSA KLASIK BURUNG PIPIT DIPIPISKAN LADA
LATIHAN PKP 07 APRIL
2020
SILA HANTAR PADA 07
APRIL 2020
______________________________________________________________
SET 1
Soalan 2 (c) - Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti,
kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
Syahadan, Bendahara Paduka Raja itulah yang dikatakan orang
bijaksana, kerana pada zaman itu tiga buah negeri yang sama besarnya: pertama,
Majapahit; kedua, Pasai; ketiga, Melaka. Di dalam negeri tiga buah itu, ada
tiga orang yang bijaksana; di Majapahit, Patih Aria Gajah Mada; dan di Pasai,
Orang Kaya Kanayan; dan di Melaka, Bendahara Paduka Raja; dan Seri Nara Diraja
menjadi penghulu bendahari.
Hatta, berapa lamanya maka datang pula orang Siam menyerang
Melaka; Awi Dicu nama panglimanya. Maka kedengaran khabarnya ke Melaka; maka
dipersembahkan orang kepada Sultan. Maka baginda pun menitahkan Bendahara
Paduka Raja berlengkap akan mengeluari orang Siam. Seri Bija Diraja dan segala
hulubalang sekaliannya dititahkan baginda mengiringkan Bendahara Paduka Raja itu.
Adapun Seri Bija Diraja itu sedia asal Melayu, Tun Hamzah namanya, asalnya
daripada Muntah Lembu; ialah dipanggil orang Datuk Bongkok. Apabila berjalan
atau duduk, bongkok ia. Oleh sebab sangat gagah berani ia menjadi hulubalang
besar, duduk di atas segala hulubalang. Telah sudah lengkap, maka Bendahara
Paduka Raja pun pergilah mengeluari Siam itu, bersama-sama dengan Seri Bija
Diraja, dengan segala hulubalang banyak. Maka orang Siam pun hampir ke Batu
Pahat.
Dipetik daripada
‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’
dalam antologi Sejadah Rindu,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
(i)
Berikan
maksud akan mengeluari orang Siam. [2 markah]
(ii)
Berdasarkan
petikan di atas, nyatakan keistimewaan Seri Bija Diraja. [3 markah]
(iii) Peperangan merupakan suatu peristiwa
yang membawa kesan negatif kepada sesebuah
negara.
Pada pendapat anda, bagaimanakah
dapat mengelakkan peperangan antara dua buah negara? [3 markah]
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SET 2
No comments:
Post a Comment