LATIHAN PROSA KLASIK
: KEPIMPINAN MELALUI TELADAN
LATIHAN PKP 07 APRIL
2020
SILA HANTAR PADA 07
APRIL 2020 MELALUI TELEGRAM/WHATSAPP
-------------------------------------------------------------------------------------
SET 1
Soalan 2(c) – Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa
tradisional di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat sendiri.
Berapa
lamanya maka Kertala Sari pun sampailah ke Melaka. Maka ia pun singgah di luar
kota pada kampung segala Jawa. Maka Kertala Sari pun menyamarkan dirinya kepada
segala Jawa yang banyak itu. Maka Kertala Sari pun sedia kala berjalan masuk
bermain-main segenap kampung orang kaya-kaya dan saudagar.
Setelah
diketahuinya, Kertala Sari pun masuk menyamar pada orang Patih Karma Wijaya.
Tatkala itu Kertala Sari pun masuk seorangnya mengikut Patih Karma Wijaya pergi
mengadap sama dengan Jawa yang banyak itu. Maka oleh Kertala Sari segala
hulubalang yang menghadap sama-sama itu dilihatnya seorang kepada seorang. Maka
Kertala Sari pun pandang pada Laksamana ; maka ia pun fikir dalam hatinya, “
Dialah gerangan hulubalang Ratu Melaka yang bernama Laksamana itu. Jikalau
demikian lakunya, sungguhlah ia dapat membunuh bapaku, kerana ia perajurit
besar lagi kepetangan.”
Setelah
sudah ia fikir demikian, maka Kertala Sari pun dilihat pula perihal penghadapan
dan tempat orang bertunggu raja itu. Setelah dilihatnya ratalah, maka Kertala
Sari pun kembali pada tempatnya singgah itu, maka ia pun berjalanlah mencari
tempat akan menaruh harta. Maka dilihatnya oleh Kertala Sari ada sebuah bukit
di luar kota itu. Maka ia pun pergi ke atas bukit Bukit Cina itu.
Dipetik daripada
‘Kepimpinan Melalui Teladan’
Dalan antologi Jakeet Kulit Kijang dari
Istanbul
Dewan Bahasa dan Pustaka.
i.
Bagaimanakah reaksi Kertala Sari selepas melihat
Laksamana? [2 markah]
ii.
Nyatakan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh
Kertala Sari untuk mengenal pasti Laksamana.
[3 markah]
iii.
Pada pendapat anda, mengapakah Bukit Cina
menjadi pilihan Kertala Sari untuk menyimpan harta? [3 markah
________________________________________________________________________________
SET 2
Soalan 2(c) – Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa
tradisional di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat sendiri.
Hatta
maka hari pun malamlah. Maka Kertala Sari pun masuk mencuri pula sebuah rumah
saudagar yang lain. Setelah sudah banyaklah ia beroleh harta, maka ia pun
kembali pada tempatnya pula. Dengan demikian habislah segala harta saudagar
yang kaya-raya itu dicurinya. Maka segala saudagar dan orang kaya-raya itu pun
masuk mengadap dara berdatang sembah. “ Ya tuanku, patik mohonkan ampun, adapun
patik sekalian ini habis kecurian tinggal
sehelai sepinggang.”
Setelah
baginda mendengar sembah orang itu, maka baginda pun terkejut seraya
menampar-nampar pahanya. Maka titah baginda, “Wah, datanglah pula bala atas
negeriku! Baiknya ada Laksamana; jikalau Laksamana kuutuskan ke negeri orang,
binasalah negeri ini.”
Maka
baginda pun bertitah kepada Temenggung, “Hai Temenggung, suruh orang berkawal
dan segala saudagar berkawal pada kampungnya!” Maka Temenggung pun menyuruhkan
orangnya berkisah orang kaya-raya dan saudagar berkawal pada kampungnya.
Setelah hari malam, maka Temenggung pun menyuruh orangnya berkawal, terlalu
banyak dengan lembing perisai dan segala saudagar pun masing-masing berkawal
pada kampungnya.
Sebermula
maka Kertala Sari pun masuk ke dalam. Maka dilihatnya oleh Kertala Sari orang
berkawal terlalu banyak dengan alat senjatanya. Maka Kertala Sari pun membaca
pustakanya lalu berjalan di tengah orang banyak itu. Maka ia pun pergi ke rumah
seorang kaya. Maka dicurinya harta yang kemas-kemas itu lalu dibawanya kembali
dan bini orang kaya-kaya itu dicabulinya. Maka ia pun kembali ke tempatnya.
Dipetik daripada
‘Kepimpinan Melalui Teladan’
Dalan antologi Jakeet Kulit Kijang dari
Istanbul
Dewan Bahasa dan Pustaka
.
i.
Berikan maksud sehelai sepinggang. [2 markah]
ii.
Berdasarkan petikan di atas, apakah
tindakan-tindakan Temenggung selepas mendapat
arahan daripada sultan. [3
markah]
iii.
Raja segera menitahkan orang-orang
Temenggung berkawal sebaik-baik sahaja
mendapat tahu tentang kecurian yang berlaku di negeri baginda.
Pada
pendapat anda, mengapakah baginda menitahkan kegiatan kecurian itu
dibenteraskan dengan segera? [3
markah]
No comments:
Post a Comment