Friday, April 27, 2018

TEKNIK PENULISAN JAWAPAN NOVEL SPM 2018


TEKNIK MENJAWAB SOALAN SPM 2018
SOALAN 4: NOVEL
Penyedia : En Yatiman Bin Kamsidin
SMK TAMAN MEGAH RIA

1.       Soalan novel ini mengandungi 15 markah iaitu:

a.       Soalan 4(a) 7 Markah (4 markah isi 3 markah bahasa)
b.      Soalan (b) 8 markah(6 markah isi 2 markah bahasa)

2.       Setiap jawapan perlu ada pernyataan dan contoh serta dihuraikan dengan ayat yang lengkap.
3.       Kata kunci untuk menjawab soalan novel dan soalan pemahaman komsas adalah seperti berikut:
 KEHENDAK SOALAN 
KATA KUNCI
DITULIS
CONTOH
NILAI
KERAJINAN
KETABAHAN
KERJASAMA
BAIK HATI
KASIH SAYANG

JADI KATA NAMA
KE....AN
KETABAHAN

NILAI KETABAHAN
Farisha tabah menghadapi dugaan hidup apabila dia mengetahui bahawa dia hanyalah anak angkat dan Azraai hanyalah abang angkatnya sahaja.

PERSOALAN

KETABAHAN MENGHADAPI DUGAAN

PERSOALAN KETABAHAN MENGHADAPI DUGAAN
Farisha tabah menghadapi dugaan hidup apabila dia mengetahui bahawa dia hanyalah anak angkat dan Azraai hanyalah abang angkatnya sahaja.
PENGAJARAN
KITA HENDAKLAH ...
KITA MESTILAH .....
KITA HARUSLAH ....
KITA SEPATUTNYA ...
KITA HENDAKLAH TABAH MENGHADAPI DUGAAN HIDUP
KITA HENDAKLAH TABAH MENGHADAPI DUGAAN HIDUP
Farisha tabah menghadapi dugaan hidup apabila dia mengetahui bahawa dia hanyalah anak angkat dan Azraai hanyalah abang angkatnya sahaja.

PERWATAKAN
(KATA SIFAT)

SEORANG YANG TABAH
FARISHA SEORANG YANG TABAH.
Farisha tabah menghadapi dugaan hidup apabila dia mengetahui bahawa dia hanyalah anak angkat dan Azraai hanyalah abang angkatnya sahaja.

LATAR MASYARAKAT

MASYARAKAT YANG TABAH
MASYARAKAT YANG TABAH
Farisha tabah menghadapi dugaan hidup apabila dia mengetahui bahawa dia hanyalah anak angkat dan Azraai hanyalah abang angkatnya sahaja.

   
LATIHAN
NILAI
PERSOALAN
PERWATAKAN
PENGAJARAN
LATAR
CONTOH
PERISTIWA
Kasih sayang
Kasih sayang sesama manusia
Seorang yang penyayang
Kita hendaklah saling menyayangi sesama manusia
Masyarakat yang penyayang.

Kegigihan










Kerajinan











bertanggungjawab











ketaatan













CONTOH JAWAPAN SOALAN 4(a)
SOALAN 4(a) :
Berdasarkan novel yang anda kaji, nyatakan nilai yang terdapat dalam novel tersebut. [7 markah]

(JAWAPAN CALON CEMERLANG)

Novel yang saya kaji ialah novel Disebalik Dinara. Nilai yang terdapat dalam novel ialah nilai kasih sayang. Sebagai contoh, Azraai sangat menyayangi adiknya Farisya. Dia mengambil berat tentang keselamatan adiknya, Farisha. Dia sanggup memasang ‘retinal scanner’ dan intercom yang bersambung dengan rumahnya demi memastikan keselamatan adiknya.

Selain itu, nilai lain ialah nilai kebijaksanaan. Sebagai contoh, Farisya seorang gadis yang sangat bijak dalam teknologi dan telah terbukti dapat menggodam sistem komputer.  Kebijaksanaan berpunca daripada implan yang telah dipasang pada badannya sejak kecil oleh bapanya, Karl.

Seterusnya, terdapat nilai bekerjasama. Sebagai contoh, Rosman dan Farisha saling bekerjasama untuk membangunkan syarikat kongsi mereka iaitu Secured Shell. Mereka juga bekerjasama untuk menjalankan projek mini yang ditawarkan oleh Softlab.

Selanjutnya, terkandung juga nilai kegigihan. Contohnya, Marilyn@ Medina gigih meneruskan kehidupannya walaupun ramai orang menggelarkannya wanita gila. Dia juga gigih meneruskan ciptaan sainsnya bagi menyaingi Karl, lelaki yang pernah dicintainya. Selain itu, dia juga gigih mencari anaknya yang hilang dan diserahkan kepada keluarga angkat.

SOALAN 4(b) NOVEMBER 2017
Berdasarkan dua buah nvel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa bagi setiap novel yang pendapat anda menimbulkan perasaan simpati pembaca.

(JAWAPAN CALON CEMERLANG)

Novel yang saya pelajari ialah novel Disebalik Dinara. Peristiwa yang menimbulkan perasaan simpati pembaca ialah peristiwa Azraai memberitahu kepada Farisha bahawa dia hanyalah anak angkat dalam keluarga Azraai. Peristiwa ini menimbulkan perasaan simpati kerana selama ini Farisha menyangka bahawa umi dan ayahnya ialah keluarga kandungnya kerana dia telah mendapat kasih sayang yang sepenuhnya daripada mereka. Kesan daripada peristiwa tersebut, Farisha tertanya-tanya akan siapakah ibu bapanya yang sebenar.

Manakala novel lain yang saya kaji ialah novel Silir Daksina. Peristiwa yang menimbulkan perasaan simpati pembaca ialah peristiwa Haiqal tidak dibenarkan oleh ibunya, untuk melihat jenazah arwahnya di Kampung Seri Purnama buat kali yang terakhir. Pembaca berasa simpati kerana sejak kecil Haiqal tidak pernah berjumpa dengan bapa kandungnya itu, sehinggalah bapanya meninggal dunia.

  
TAHUN
soalan
Eleman komsas
N2018
Cadangan tumpuan topik soalan 2018
Tema/Watak Perwatakan
Nilai/Pengajaran
Latar Masyarakat
Peristiwa Menarik
Peristiwa Yang Memberi Teladan
Peristiwa Yang Memberi Kesan.

J2018


N2017
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa bagi setiap novel yang pendapat anda menimbulkan perasaan simpati pembaca.[8 markah]


J2017
Watak dalam sesebuah novel sering dikaitkan dengan pelbagai cabaran. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, huraikan dua cabaran yang dihadapi oleh watak yang telah ditetapkan.[8 markah]
Perwatakan watak

N2016
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu latar masa nagi setiap novel tersebut. [8 markah]
Latar masa

J2016
Berdasarkan  dua buah novel yang anda kaji, jelaskan satu nilai kemanusiaan yang terdapat dalam watak sampingan bagi setiap novel.[8 markah]

nilai
N2015
Berdasarkan dua buah novel  yang anda pelajari, huraikan satu pengajaran tentang kerjasama yang terdapat dalam setiap novel tersebut.[8 markah]
pengajaran






Monday, October 2, 2017

KEBAIKAN TELEFON BIMBIT KEPADA MASYARAKAT MASA KINI.

Alaxander Graham Bell merupakan insan yang bertanggungjawab mencipta alat telekomunikasi yang dinamakan sebagai telefon. Kini ciptaan beliau ini telah mengalami transformasi dari segi bentuk dan kefungsiannya seiring dengan perkembangan teknologi terkini yang dipanggil smartphone. Jika  pada asal penciptaan telefon, manusia hanya menggunakan telefon yang disampaikan melalui gelombang getaran bunyi, kini telefon bimbit seperti telefon pintar lebih meluas ciri-ciri pengunaan yang dilengkapi dengan sistem audio dan video. Seiring dengan kemajuan dunia,  telefon bimbit adalah satu kemestian untuk dimiliki oleh semua masyarakat. Telefon bimbit merupakan satu alat peranti atau perhubungan yang sangat popular dan semakin meluas tanpa mengira harganya. Hal ini kerana setiap individu zaman sekarang mampu untuk mendapatkan atau memiliki telefon bimbit yang canggih dengan teknologi sekarang. Terdapat pelbagai jenama telefon bimbit di pasaran di negara kita seperti telefon bimbit jenama nokia, samsung, iphone, blackberry dan lain-lain. Jika diperhalusi, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan masyarakat ini mendatangkan banyak kesan positif kepada masyarakat. Persoalannya, apakah kesan positif yang akan diterima oleh masyarakat jika mereka menggunakan telefon bimbit dengan bijak?


Kupasan idea saya yang utama adalah penggunaan telefon bimbit dapat digunakan semasa kecemasan. Hal ini disebabkan musibah yang datang dan akan dihadapi oleh seseorang individu tidak dapat dipastikan kerana masyarakat sendiri mengatakan bahawa malang tidak berbau. Oleh itu, setiap individu perlu siap siaga pada setiap masa mengenai hal ini. Antara keadaan kecemasan yang akan dihadapi oleh seseorang individu adalah seperti menghadapi sesuatu kecemasan semasa tertinggal bas untuk pulang ke rumah. Tertinggal bas di kawasan yang gelap, sunyi dan tiada orang ramai yang lalu lalang boleh mengundang trauma dan ketakutan kepada diri individu terutamanya wanita. Melalui telefon bimbit, individu yang ketakutan dapat menghubungi ibu, bapa, abang atau kakak  mereka dengan segera untuk mengambilnya.  Hasil tindakan segera individu tersebut, sudah pasti dapat membantu menyelamatkan dirinya dari menjadi mangsa kes jenayah seperti kes rogol, kes peras ugut, kes buli dan kes penculikan. Selain itu, jika individu mengalami kecemasan apabila tiba-tiba kehilangan wang tunai apabila beg duit diragut telefon bimbit boleh menjadi penyelamat kepaa dirinya. Misalnya, jika individu berkenaan dalam masa yang sama perlu membeli tiket kapal terbang  untuk pulang segera ke kampung, individu berkenaan boleh menggunakan telefon bimbit untuk menghubungi ibu bapa agar membuat pemindahan segera wang ke dalam akaun bank pemilik melalui online dan individu yang menghadapi kecemasan boleh menggunakan telefon bimbit yang dimiliki digunakan untuk membeli tiket melalui proses yang sama. Kesannya, kegagalan untuk pulang segera ke kampung dapat dilakukan mengikut tempoh diarapkan seperti pulang ke kampung untuk menyambut sambutan Hari Raya , sambutan Tahun Baru Cina dan sambutan Hari Deepavali. Selanjutnya, telefon bimbit boleh digunakan apabila seseorang melihat atau  terlibat dalam kemalangan dengan menghubungi pihak ambulan, polis dan bomba jika kemalangan tersebut melibatkan kesesakan jalan raya, ramai mangsa yang tercedera dan ada mangsa yang tersepit. Melalui telefon bimbit kita membantu penderitaan mangsa kemalangan yang mengalami kesakitan dan kepedihan di bawah panas terik matahari dan bahang jalan raya. Kesannya, kita dapat membantu menyelamat mangsa kemalangan yang boleh kehilangan nyawa apabila lambat dibantu atau dirawat seperti mangsa kehilangan banyak darah, tersepit dalam kenderaan dan melecur terbakar. Oleh itu benarkan apa yang diperkatakan oleh kebanyak orang ramai, telefon bimbit dapat membantu setiap individu apabila menghadapi sesuatu kecemasan.

Telefon bimbit ini menjadi satu bentuk penyampaian informasi yang pelbagai dan menarik. 

kemudahan untuk berkomunikasi. 


Telefon menambahkan kecekapan sistem perhubungan.

Telefon bimbit sebagai alat hubungan perniagaan

Telefon bombit merapatkan sistem sosial dan silaturrahim dalam kalangan  rakan baru dan rakan lama

Tuesday, March 28, 2017

PROSA TRADISIONAL TINGKATAN 4 : KEPIMPINAN MELALUI TELADAN

 SINOPSIS
            Kisah bermula apabila Seri Betara Majapahit berbincang dengan Patih Gajah Mada untuk menewaskan Melaka setelah kematian penjurit tujuh bersaudara. Ketujuh-tujuh penjurit dibunuh oleh laksamana di Bukit Cina. Justeru, Patih Gajah Mada merancang untuk  mengarahkan Kertala Sari membunuh Sultan Melaka dan laksamananya. Kertala Sari bersetuju dengan permintaan Patih Gajah kerana ingin membalas dendam atas kematian ayahnya yang dibunuh oleh laksamana Melaka.  

            Patih Gajah  membawa Kertala Sari mengadap Seri Betara dan menerangkan bahawa Kertala Sari merupakan penjurit yang sangat handal. Kehebatan Kertala Sari mengalahkan negeri Daha seorang diri  menyebabkan Seri Betara menitahkan Kertala Sari segera ke Melaka untuk membunuh Sultan Melaka dan laksamana Melaka dan menjanjikan jawatan penggawa agung kepadanya.

            Ketika berada di Melaka Kertala Sari menyamar sebagai pengikut Patih Kerma Wijaya. Di Melaka Kertala Sari mencuri harta saudagar-saudagar dan orang-orang kaya serta mencabuli isteri-isteri mereka. Keadaan ini menimbulkan kerisauan kepada Sultan Melaka dan menitahkan agar Temenggung serta orangnya menjaga keselamatan dan mengawal keadaan negeri Melaka dari kejadian kecurian. Namun kecurian masih tetap berlaku sehingga melibatkan rumah Bendahara. Hal ini kerana Kertala Sari menggunakan ilmu kesaktian untuk menggelakkan diri daripada ditangkap. Melihat pada keadaan tersebut laksamana menawarkan diri kepada Sultan untuk mengawal istana kerana mengikut firasatnya penjurit akan masuk ke istana pula.

            Dengan kebijaksanaan dan kecekapan serta ilmu yang dimiliki oleh laksamana berjaya mengagalkan rancangan Kertala Sari untuk mencuri harta raja,membakar dan mengamuk serta mengambil isteri-isteri sultan. Kertala Sari berjaya dibunuh oleh laksamana di tengah pasar, manakala kemaluan Kertala Sari dipotong sebagai bukti laksamana membunuhnya. Mayat Kertala Sari telah dikerat-kerat anggota badanya oleh penduduk yang menjumpai mayat tersebut untuk dibuktikan kepada sultan bahawa merekalah yang telah membunuh Kertala Sari. Namun laksamana telah menunjukkan bukti yang lebih kukuh kepada sultan bahawa beliaulah yang telah berjaya membunuh Kertala Sari. Baginda sultan telah memberi anugerah kepada laksamana atas kejayaan membunuh Kertala Sari.

            Segala hasil curian yang telah disimpan oleh Kertala Sari di Bukit Cina berjaya ditemui dan Sultan telah mengarahkan semua empunya barang untuk menuntut barang-barang tersebut. Baginda sultan telah meminta supaya empunya barang-barang tersebut memberikan dua pertiga bahagian dari barang-barang tersebut kepada laksmana. Namun laksamana hanya bersetuju untuk mengambil satu bahagian sahaja dan barang-barang tersebut kesemuanya telah diagihkan oleh laksamana kepada fakir miskin dan orang-orang bawahannya tanpa mengambil sedikitpun dari harta tersebut. Akhirnya berita kematian Kertala Sari yang dibunuh oleh laksamana telah sampai ke pengetahuan Patih Gajah Mada di Majapahit. Patih Gajah Mada tidak putus asa terus mencari orang yang dapat membunuh Sultan dan Laksamana Melaka. 

TEMA
- Kepahlawanan seorang laksamana mempertahankan negara.
- Keberanian dan kegagahanan Laksamana mempertahankan negeri Melaka dari ancaman penjurit tujuh bersaudara serta    Kertala Sari dari Majapahit yang membuat hura hara.

PERSOALAN
- Persoalan keberanian dalam menegakkan keadilan.
- Persoalan pemimpin mestilah seorang yang bijaksana.
- Persoalan pemimpin yang mengambil berat kesusahan rakyat.
- Persoalan penggunaan ilmu kesaktian dalam kehidupan seseorang.
- Persoalan perasaan dendam membawa akibat buruk.

 WATAK DAN PERWATAKAN

 Laksamana à Seorang yang berani/Seorang yang pemurah/Seorang yang bijaksana/Cinta akan keamanan negara/Taat setia kepada pemerintah/Pandai dalam ilmu kesaktian/Memiliki sifat kepahlawanan

 Kertala Sarià Anak kepada Petala Bumi/Berasal dari Majapahit/Seorang pencuri yang handal/Seorang yang tamak dan angkuh/Seorang pendendam/Pandai dalam ilmu kesaktian/Suka membuat huru hara/Taat kepada pemerintah

Sultan MelakaàSeorang yang prihatin/Seorang pemimpin yang adil/Seorang yang mengenang budi/
Patih Gajah MadaàBerasal dari Majapahit/Seorang pendendam

LATAR

 Latar Masyarakatà
1. Masyarakat feudal. Contoh:  Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja .
2. Masyarakat yang bertanggungjawab. Contoh :    Laksamana menawarkan diri untuk menangkap penjurit yang  
     menyebabkan masalah kecurian di negeri Melaka.
3.  Masyarakat yang mengenang budi. Contoh :    Saudagar dan orang-orang kaya yang kehilangan hartanya
     akibat dicuri oleh Kertala Sari telah memberikan sebahagian harta mereka kepada Laksamana dengan ikhlas
     serta harta mereka ditemui.
4. Masyarakat yang taat pada pemerintah. Contoh :  Ketaatan Laksamana terhadap Sultan dan negerinya.

Latar Tempat
Negeri Melaka. Contoh: Kartala Sari membuat huru hara dengan mencuri harta sudagar dan orang-orang kaya di Melaka
Majapahit . Contoh: Patih  Gajah Mada dan Seri Bentara merancang untuk membalas dendam atas kematian penjurit tujuh  bersaudara di Bukit Cina.
Di tengah pasar. Contoh :  Tempat Kertala Sari mati dibunuh oleh Laksamana.

Latar Masa
Malam. Contoh:     Kertala Sari masuk mencuri ke rumah saudagar dan orang-orang kaya pada sebelah malam.
Siang. Contoh: Bendahara melaporkan kepada Sultan bahawa rumahnya telah dimasuki pencuri dan habis segala harta-hartanya. 

NILAI

- Nilai keberanian. Contoh:Laksamana berani untuk menentang dan membunuh Kertala Sari.
- Nilai tolong-menolong. Contoh: Laksamana menawarkan diri untuk mengawal keselamatan negeri Melaka.
- Nilai kebijaksanaan. Contoh: Laksamana menggunakan tipu helah untuk mengalahkan Kertala Sari degan berpura-pura tidur di tengah-tengah pasar pada waktu malam.
- Nilai pemurah. Contoh: Laksamana membahagi-bahagikan harta yang dihadiahkan oleh saudagar dan  orang-orang kaya kepada fakir miskin dan orang-orang bawahannya tanpa mengambil sedikitpun harta itu.

PENGAJARAN
- Kita hendaklah berani menghadapi musuh supaya keselamatan negara akan terjamin.
- Kita hendaklah rasional membuat keputusan agar tidak menyesal pada masa akan datang.
- Janganlah kita mempunyai perasaan dendam supaya hidup kita sentiasa bahagia.
- Kita hendalah mengamalkan sikap pemurah agar kehidupan kata sentiasa dirahmati tuhan

          Setelah hari hampir siang maka orang pun lalu. Maka dilihatnya seorang perlente mati; maka segera dikeratnya telinga dibawak kepada raja, sembahnya, “Ya tuanku, inilah tandanya patik membunuh penjurit yang terlalu buas itu.”

          Maka datang pula seorang lagi, dikeratnya kepala, lalu dibawa menghadap raja katanya, “Inilah tandanya patik membunuh penjurit pada malam tadi.”

          Dengan demikian habislah kaki tangan Kertala Sari dikeratnya dibawanya kepada raja. Maka baginda pun menjadi hairan.

          Maka titah baginda kepada Bendahara, “Ayo mamak Bendahara, kita pun hairan kelakuan ini. Siapakan juga yang sungguh ini?”

          Maka sembah Bendahara, “Ya tuanku, pada bicara patik, dua pertandaan lagi maka sungguh; tambahan Laksamana belum datang.”

          Seketika lagi maka Laksamana pun datang membawa syahwat dan keris Kertala Sari. Maka sembah Bendahara, “Inilah, tuanku pertandaan yang sungguh. Pada bicara patik, jika lain daripada Laksamana, tiada akan dapat membunuh penjurit itu. Janganlah membunuh dia, menentang matanya pun tiada dapat.” Maka segala mereka itu pun masing-masing tunduk kemalu-maluan, lalu kembali.


       i.          Berikan maksud penjurit yang terlalu buas.                                                              [2 markah]
__________________________________________________________________________________________________________________________________________

      ii.          Apakah reaksi Bendahara setelah melihat Laksamana masuk menghadap Raja Melaka?
Nyatakan reaksi-reaksi tersebut.                                                                             [3 markah]
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


     iii.          Sekiranya anda Raja Melaka, apakah tindakan-tindakan yang akan anda ambil terhadap orang-orang yang membuat pengakuan palsu bahawa merekalah yang telah membunuh Kertala Sari?        [KBAT]                                                                                        [3 markah]
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

http://www.bmspm.my/v1/index.php/my/nota-antologi-tingkatan-4-2015-2020/prosa-kepimpinan-melalui-teladan DAN 


Thursday, October 20, 2016

Latihan Pendahuluan karangan mengikut tema untuk cara/langkah/kaedah/usaha mengatasi bagi pelajar Pasca PMR


Soalan :

Belakangan ini negara digemparkan dengan isu masalah sosial dalam kalangan remaja seperti melepak, gejala menghisap dadah dan pembuangan bayi.

Huraikan punca dan langkah-langkah untuk mengatasinya.

Tema : Isu masalah sosial dalam kalangan remaja
Tugasan: Huraikan punca dan langkah-langkah mengatasi isu masalah gejala sosial
Idea diberikan dan perlu diulas: melepak, gejala menghisap dadah dan pembuangan bayi

Belakangan ini, negara telah digemparkan dengan isu masalah sosial dalam kalangan remaja yang sangat membimbangkan. Isu masalah sosial dalam kalangan remaja sering menjadi tajuk utama di dada-dada akhbar dan di kaca televisyen sehingga memberkas ke dalam jiwa masyarakat. Isu ini juga menjadi topik perbualan dan perbincangan yang hangat oleh masyarakat sama ada di warung-warung kopi hingga ke peringkat parlimen. Ini menunjukkan, rata-rata masyarakat alaf ini tidak pernah lupa dan tidak pernah alpa  berhubung isu masalah sosial dalam kalangan remaja walaupun mereka sibuk dengan tugasan masing-masing. Persoalannya, apakah punca dan langkah-langkah  untuk mengatasi isu masalah sosial dalam kalangan remaja ini? Saya akan mengupas isu masalah sosial dalam kalangan remaja satu persatu di dalam perenggan-perenggan selanjutnya.

Soalan :
Belakangan ini negara digemparkan dengan isu masalah pencemaran alam seperti tadahan air yang tercemar, pemanasan global dan kepupusan hidupan liar.

Huraikan punca dan langkah-langkah untuk mengatasinya.

Tema : Isu pencemaran alam sekitar
Tugasan: Punca dan langkah-langkah mengatasi isu pencemaran alam sekitar
Idea kena ulas : Tadahan air tercemar, pemanasan global dan kepupusan hidupan liar

Belakangan ini, negara telah digemparkan dengan isu pencemaran alam sekitar  yang sangat membimbangkan. Isu pencemaran alam sekitar sering menjadi tajuk utama di dada-dada akhbar dan di kaca televisyen sehingga memberkas ke dalam jiwa masyarakat. Isu ini juga menjadi topik perbualan dan perbincangan yang hangat oleh masyarakat sama ada di warung-warung kopi hingga ke peringkat parlimen. Ini menunjukkan, rata-rata masyarakat alaf ini tidak pernah lupa dan tidak pernah alpa  berhubung isu pencemaran alam sekitar walaupun mereka sibuk dengan tugasan masing-masing. Persoalannya, apakah punca dan langkah-langkah untuk mengatasi isu pencemaran alam sekitar ini? Saya akan mengupas isu pencemaran alam sekitar satu persatu di dalam perenggan-perenggan selanjutnya.

Soalan :
Belakangan ini negara digemparkan dengan isu disiplin murid di sekolah seperti kes buli, ponteng sekolah, penagihan dadah dan kegiatan gangsterisme.

Tema : Isu disiplin murid di sekolah
Tugasan: Punca dan cara mengatasi isu disiplin murid di sekolah
Idea perlu dikupas :kes bili, ponteng sekolah, penagihan dadah dan kegiatan gangestrisme.

Belakangan ini, negara telah digemparkan dengan isu disiplin murid di sekolah  yang sangat membimbangkan. Isu disiplin murid di sekolah sering menjadi tajuk utama di dada-dada akhbar dan di kaca televisyen sehingga memberkas ke dalam jiwa masyarakat. Isu ini juga menjadi topik perbualan dan perbincangan yang hangat oleh masyarakat sama ada di warung-warung kopi hingga ke peringkat parlimen. Ini menunjukkan, rata-rata masyarakat alaf ini tidak pernah lupa dan tidak pernah alpa  berhubung isu disiplin murid di sekolah walaupun mereka sibuk dengan tugasan masing-masing. Persoalannya, apakah punca dan langkah-langkah  untuk mengatasi isu disiplin murid di sekolah ini? Saya akan mengupas isu disiplin murid di sekolah satu persatu di dalam perenggan-perenggan selanjutnya.

Belakangan ini semangat kejiranan semakin luntur dalam masyarakat. Banyak aktiviti kemasyarakatan seperti aktiviti gotong-royong, aktiviti hari keluarga dan aktiviti Rukun Tetangga dipandang sepi.

Tema : Semangat kejiranan semakin luntur dalam masyarakat.
Tugasan: Punca dan cara mengatasi semangat kejiranan semakin luntur.
Idea perlu dikupas: Aktiviti gotong-royong, aktiviti hari keluarga dan aktiviti Rukun Tetangga.


Belakangan ini, negara telah digemparkan dengan isu semangat kejiranan semakin luntur dalam masyarakat  yang sangat membimbangkan. Isu semangat kejiranan semakin luntur dalam masyarakat  sering menjadi tajuk utama di dada-dada akhbar dan di kaca televisyen sehingga memberkas ke dalam jiwa masyarakat. Isu ini juga menjadi topik perbualan dan perbincangan yang hangat oleh masyarakat sama ada di warung-warung kopi hingga ke peringkat parlimen. Ini menunjukkan, rata-rata masyarakat alaf ini tidak pernah lupa dan tidak pernah alpa  berhubung isu semangat kejiranan semakin luntur dalam masyarakat  walaupun mereka sibuk dengan tugasan masing-masing. Persoalannya, apakah punca dan langkah-langkah untuk mengatasi isu semangat kejiranan semakin luntur dalam masyarakat ini? Saya akan mengupas isu semangat kejiranan semakin luntur dalam masyarakat satu persatu di dalam perenggan-perenggan selanjutnya.

Pantun Keselamatan jalsn raya by Tok Yat

 Sultan Mahmud jalan bertandu Di tengah jalan minum nestum Tiada hormat sesama pemandu Jadi punca kereta berdentum. Arnab lari masuk  Hilang...