Alaxander
Graham Bell merupakan insan yang bertanggungjawab mencipta alat telekomunikasi
yang dinamakan sebagai telefon. Kini ciptaan beliau ini telah mengalami transformasi dari segi bentuk dan kefungsiannya seiring dengan perkembangan teknologi terkini yang dipanggil smartphone. Jika pada asal penciptaan telefon, manusia hanya menggunakan telefon yang disampaikan melalui gelombang getaran bunyi, kini telefon bimbit seperti telefon pintar lebih meluas ciri-ciri pengunaan yang dilengkapi dengan sistem audio dan video. Seiring dengan kemajuan dunia, telefon bimbit
adalah satu kemestian untuk dimiliki oleh semua masyarakat. Telefon bimbit merupakan satu alat peranti atau perhubungan yang sangat popular dan
semakin meluas tanpa mengira harganya. Hal ini
kerana setiap individu zaman sekarang mampu untuk mendapatkan atau memiliki telefon
bimbit yang canggih dengan teknologi sekarang. Terdapat pelbagai jenama telefon
bimbit di pasaran di negara kita seperti telefon bimbit jenama nokia, samsung,
iphone, blackberry dan lain-lain. Jika diperhalusi, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan masyarakat ini
mendatangkan banyak kesan positif kepada masyarakat. Persoalannya, apakah
kesan positif yang akan diterima oleh masyarakat jika mereka menggunakan
telefon bimbit dengan bijak?
Kupasan idea
saya yang utama adalah penggunaan telefon bimbit dapat digunakan semasa
kecemasan. Hal ini disebabkan musibah yang datang dan akan dihadapi oleh seseorang individu tidak dapat dipastikan kerana masyarakat sendiri mengatakan bahawa malang tidak berbau. Oleh itu, setiap individu perlu siap
siaga pada setiap masa mengenai hal ini. Antara keadaan kecemasan yang akan dihadapi oleh seseorang individu adalah seperti menghadapi sesuatu kecemasan semasa tertinggal bas
untuk pulang ke rumah. Tertinggal bas di kawasan yang gelap, sunyi dan tiada orang
ramai yang lalu lalang boleh mengundang trauma dan ketakutan kepada diri individu terutamanya wanita. Melalui telefon
bimbit, individu yang ketakutan dapat menghubungi ibu, bapa, abang atau kakak mereka dengan segera untuk
mengambilnya. Hasil tindakan segera individu tersebut,
sudah pasti dapat membantu menyelamatkan dirinya dari menjadi mangsa kes jenayah seperti
kes rogol, kes peras ugut, kes buli dan kes penculikan. Selain itu, jika individu mengalami kecemasan apabila tiba-tiba kehilangan wang tunai apabila
beg duit diragut telefon bimbit boleh menjadi penyelamat kepaa dirinya. Misalnya, jika individu berkenaan dalam masa yang sama perlu membeli tiket kapal terbang untuk pulang segera ke kampung, individu berkenaan boleh menggunakan telefon
bimbit untuk menghubungi ibu bapa agar membuat pemindahan segera wang ke dalam
akaun bank pemilik melalui online dan individu yang menghadapi kecemasan
boleh menggunakan telefon bimbit yang dimiliki digunakan untuk membeli tiket melalui proses yang sama. Kesannya, kegagalan untuk pulang segera ke kampung dapat dilakukan mengikut tempoh diarapkan seperti pulang ke kampung untuk menyambut sambutan Hari Raya , sambutan Tahun Baru Cina dan sambutan Hari Deepavali. Selanjutnya,
telefon bimbit boleh digunakan apabila seseorang melihat atau terlibat dalam kemalangan dengan menghubungi pihak
ambulan, polis dan bomba jika kemalangan tersebut melibatkan kesesakan jalan
raya, ramai mangsa yang tercedera dan ada mangsa yang tersepit. Melalui telefon
bimbit kita membantu penderitaan mangsa kemalangan yang mengalami kesakitan dan
kepedihan di bawah panas terik matahari dan bahang jalan raya. Kesannya, kita
dapat membantu menyelamat mangsa kemalangan yang boleh kehilangan nyawa apabila
lambat dibantu atau dirawat seperti mangsa kehilangan banyak darah, tersepit
dalam kenderaan dan melecur terbakar. Oleh itu benarkan apa yang diperkatakan
oleh kebanyak orang ramai, telefon bimbit dapat membantu setiap individu
apabila menghadapi sesuatu kecemasan.
Telefon bimbit ini menjadi satu bentuk penyampaian informasi
yang pelbagai dan menarik.
kemudahan untuk
berkomunikasi.
Telefon
menambahkan kecekapan sistem perhubungan.
Telefon bimbit sebagai alat hubungan perniagaan
Telefon bombit merapatkan sistem sosial dan silaturrahim dalam kalangan rakan baru dan rakan lama
Telefon bombit merapatkan sistem sosial dan silaturrahim dalam kalangan rakan baru dan rakan lama
No comments:
Post a Comment