SINOPSIS
Kisah bermula apabila Seri Betara Majapahit berbincang dengan Patih
Gajah Mada untuk menewaskan Melaka setelah kematian penjurit tujuh bersaudara.
Ketujuh-tujuh penjurit dibunuh oleh laksamana di Bukit Cina. Justeru, Patih
Gajah Mada merancang untuk mengarahkan
Kertala Sari membunuh Sultan Melaka dan laksamananya. Kertala Sari bersetuju
dengan permintaan Patih Gajah kerana ingin membalas dendam atas kematian
ayahnya yang dibunuh oleh laksamana Melaka.
Patih Gajah membawa Kertala Sari
mengadap Seri Betara dan menerangkan bahawa Kertala Sari merupakan penjurit
yang sangat handal. Kehebatan Kertala Sari mengalahkan negeri Daha seorang
diri menyebabkan Seri Betara menitahkan
Kertala Sari segera ke Melaka untuk membunuh Sultan Melaka dan laksamana Melaka
dan menjanjikan jawatan penggawa agung kepadanya.
Ketika berada di Melaka Kertala Sari menyamar sebagai pengikut Patih
Kerma Wijaya. Di Melaka Kertala Sari mencuri harta saudagar-saudagar dan
orang-orang kaya serta mencabuli isteri-isteri mereka. Keadaan ini menimbulkan
kerisauan kepada Sultan Melaka dan menitahkan agar Temenggung serta orangnya
menjaga keselamatan dan mengawal keadaan negeri Melaka dari kejadian kecurian.
Namun kecurian masih tetap berlaku sehingga melibatkan rumah Bendahara. Hal ini
kerana Kertala Sari menggunakan ilmu kesaktian untuk menggelakkan diri daripada
ditangkap. Melihat pada keadaan tersebut laksamana menawarkan diri kepada
Sultan untuk mengawal istana kerana mengikut firasatnya penjurit akan masuk ke
istana pula.
Dengan kebijaksanaan dan kecekapan serta ilmu yang dimiliki oleh
laksamana berjaya mengagalkan rancangan Kertala Sari untuk mencuri harta
raja,membakar dan mengamuk serta mengambil isteri-isteri sultan. Kertala Sari
berjaya dibunuh oleh laksamana di tengah pasar, manakala kemaluan Kertala Sari
dipotong sebagai bukti laksamana membunuhnya. Mayat Kertala Sari telah
dikerat-kerat anggota badanya oleh penduduk yang menjumpai mayat tersebut untuk
dibuktikan kepada sultan bahawa merekalah yang telah membunuh Kertala Sari.
Namun laksamana telah menunjukkan bukti yang lebih kukuh kepada sultan bahawa
beliaulah yang telah berjaya membunuh Kertala Sari. Baginda sultan telah
memberi anugerah kepada laksamana atas kejayaan membunuh Kertala Sari.
Segala hasil curian yang telah disimpan oleh Kertala Sari di Bukit Cina
berjaya ditemui dan Sultan telah mengarahkan semua empunya barang untuk
menuntut barang-barang tersebut. Baginda sultan telah meminta supaya empunya
barang-barang tersebut memberikan dua pertiga bahagian dari barang-barang
tersebut kepada laksmana. Namun laksamana hanya bersetuju untuk mengambil satu
bahagian sahaja dan barang-barang tersebut kesemuanya telah diagihkan oleh
laksamana kepada fakir miskin dan orang-orang bawahannya tanpa mengambil
sedikitpun dari harta tersebut. Akhirnya berita kematian Kertala Sari yang
dibunuh oleh laksamana telah sampai ke pengetahuan Patih Gajah Mada di
Majapahit. Patih Gajah Mada tidak putus asa terus mencari orang yang dapat membunuh
Sultan dan Laksamana Melaka.
TEMA
- Kepahlawanan seorang laksamana mempertahankan negara.
- Keberanian dan kegagahanan Laksamana mempertahankan
negeri Melaka dari ancaman penjurit tujuh bersaudara serta Kertala Sari dari
Majapahit yang membuat hura hara.
PERSOALAN
- Persoalan keberanian dalam menegakkan keadilan.
- Persoalan pemimpin mestilah seorang yang bijaksana.
- Persoalan pemimpin yang mengambil berat kesusahan rakyat.
- Persoalan penggunaan ilmu kesaktian dalam kehidupan seseorang.
- Persoalan perasaan dendam membawa akibat buruk.
- Persoalan pemimpin mestilah seorang yang bijaksana.
- Persoalan pemimpin yang mengambil berat kesusahan rakyat.
- Persoalan penggunaan ilmu kesaktian dalam kehidupan seseorang.
- Persoalan perasaan dendam membawa akibat buruk.
WATAK DAN
PERWATAKAN
Laksamana à Seorang
yang berani/Seorang yang pemurah/Seorang yang bijaksana/Cinta akan keamanan
negara/Taat setia kepada pemerintah/Pandai dalam ilmu kesaktian/Memiliki sifat
kepahlawanan
Kertala Sarià Anak kepada
Petala Bumi/Berasal dari Majapahit/Seorang pencuri yang handal/Seorang yang
tamak dan angkuh/Seorang pendendam/Pandai dalam ilmu kesaktian/Suka membuat
huru hara/Taat kepada pemerintah
Sultan MelakaàSeorang
yang prihatin/Seorang pemimpin yang adil/Seorang yang mengenang budi/
Patih Gajah MadaàBerasal dari
Majapahit/Seorang pendendam
LATAR
Latar
Masyarakatà
1. Masyarakat feudal. Contoh: Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja .
2. Masyarakat yang bertanggungjawab. Contoh : Laksamana menawarkan diri untuk menangkap penjurit yang
menyebabkan masalah kecurian di negeri Melaka.
3. Masyarakat yang mengenang budi. Contoh : Saudagar dan orang-orang kaya yang kehilangan hartanya
akibat dicuri oleh Kertala Sari telah memberikan sebahagian harta mereka kepada Laksamana dengan ikhlas
serta harta mereka ditemui.
4. Masyarakat yang taat pada pemerintah. Contoh : Ketaatan Laksamana terhadap Sultan dan negerinya.
1. Masyarakat feudal. Contoh: Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja .
2. Masyarakat yang bertanggungjawab. Contoh : Laksamana menawarkan diri untuk menangkap penjurit yang
menyebabkan masalah kecurian di negeri Melaka.
3. Masyarakat yang mengenang budi. Contoh : Saudagar dan orang-orang kaya yang kehilangan hartanya
akibat dicuri oleh Kertala Sari telah memberikan sebahagian harta mereka kepada Laksamana dengan ikhlas
serta harta mereka ditemui.
4. Masyarakat yang taat pada pemerintah. Contoh : Ketaatan Laksamana terhadap Sultan dan negerinya.
Latar Tempat
Negeri Melaka. Contoh: Kartala Sari membuat huru hara
dengan mencuri harta sudagar dan orang-orang kaya di Melaka
Majapahit . Contoh: Patih Gajah Mada dan Seri Bentara merancang untuk
membalas dendam atas kematian penjurit tujuh
bersaudara di Bukit Cina.
Di tengah pasar. Contoh : Tempat Kertala Sari mati dibunuh oleh
Laksamana.
Latar Masa
Malam. Contoh:
Kertala Sari masuk mencuri ke rumah saudagar dan orang-orang kaya pada
sebelah malam.
Siang. Contoh: Bendahara melaporkan kepada Sultan
bahawa rumahnya telah dimasuki pencuri dan habis segala harta-hartanya.
NILAI
- Nilai keberanian. Contoh:Laksamana berani untuk
menentang dan membunuh Kertala Sari.
- Nilai tolong-menolong. Contoh: Laksamana menawarkan
diri untuk mengawal keselamatan negeri Melaka.
- Nilai kebijaksanaan. Contoh: Laksamana menggunakan
tipu helah untuk mengalahkan Kertala Sari degan berpura-pura tidur di
tengah-tengah pasar pada waktu malam.
- Nilai pemurah. Contoh: Laksamana membahagi-bahagikan
harta yang dihadiahkan oleh saudagar dan orang-orang kaya kepada fakir miskin dan
orang-orang bawahannya tanpa mengambil sedikitpun harta itu.
PENGAJARAN
- Kita hendaklah
berani menghadapi musuh supaya keselamatan negara akan terjamin.
- Kita hendaklah rasional membuat keputusan agar tidak menyesal pada masa akan datang.
- Janganlah kita mempunyai perasaan dendam supaya hidup kita sentiasa bahagia.
- Kita hendalah mengamalkan sikap pemurah agar kehidupan kata sentiasa dirahmati tuhan
- Kita hendaklah rasional membuat keputusan agar tidak menyesal pada masa akan datang.
- Janganlah kita mempunyai perasaan dendam supaya hidup kita sentiasa bahagia.
- Kita hendalah mengamalkan sikap pemurah agar kehidupan kata sentiasa dirahmati tuhan
Setelah hari hampir siang maka orang pun lalu. Maka dilihatnya seorang
perlente mati; maka segera dikeratnya telinga dibawak kepada raja, sembahnya,
“Ya tuanku, inilah tandanya patik membunuh penjurit yang terlalu buas itu.”
Maka datang pula seorang lagi, dikeratnya kepala, lalu dibawa menghadap raja
katanya, “Inilah tandanya patik membunuh penjurit pada malam tadi.”
Dengan demikian habislah kaki tangan Kertala Sari dikeratnya dibawanya kepada
raja. Maka baginda pun menjadi hairan.
Maka titah baginda kepada Bendahara, “Ayo mamak Bendahara, kita pun hairan
kelakuan ini. Siapakan juga yang sungguh ini?”
Maka sembah Bendahara, “Ya tuanku, pada bicara patik, dua pertandaan lagi
maka sungguh; tambahan Laksamana belum datang.”
Seketika lagi maka Laksamana pun datang membawa syahwat dan keris Kertala
Sari. Maka sembah Bendahara, “Inilah, tuanku pertandaan yang sungguh. Pada
bicara patik, jika lain daripada Laksamana, tiada akan dapat membunuh
penjurit itu. Janganlah membunuh dia, menentang matanya pun tiada dapat.”
Maka segala mereka itu pun masing-masing tunduk kemalu-maluan, lalu kembali.
|
i. Berikan
maksud penjurit yang terlalu buas.
[2 markah]
__________________________________________________________________________________________________________________________________________
ii. Apakah
reaksi Bendahara setelah melihat Laksamana masuk menghadap Raja Melaka?
Nyatakan
reaksi-reaksi
tersebut.
[3 markah]
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
iii. Sekiranya anda Raja Melaka, apakah tindakan-tindakan yang akan anda ambil
terhadap orang-orang yang membuat pengakuan palsu bahawa merekalah yang telah
membunuh Kertala Sari?
[KBAT]
[3 markah]
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
http://www.bmspm.my/v1/index.php/my/nota-antologi-tingkatan-4-2015-2020/prosa-kepimpinan-melalui-teladan DAN
No comments:
Post a Comment