TEKNIK MENJAWAB
SOALAN SPM 2018
SOALAN 4: NOVEL
SOALAN 4: NOVEL
Penyedia : En Yatiman
Bin Kamsidin
SMK TAMAN MEGAH RIA
1.
Soalan novel ini mengandungi 15 markah iaitu:
a.
Soalan 4(a) 7 Markah (4 markah isi 3 markah
bahasa)
b.
Soalan (b) 8 markah(6 markah isi 2 markah
bahasa)
2.
Setiap jawapan perlu ada pernyataan dan contoh
serta dihuraikan dengan ayat yang lengkap.
3.
Kata kunci untuk menjawab soalan novel dan
soalan pemahaman komsas adalah seperti berikut:
|
KATA KUNCI
|
DITULIS
|
CONTOH
|
NILAI
KERAJINAN
KETABAHAN
KERJASAMA
BAIK HATI
KASIH SAYANG
|
JADI KATA NAMA
KE....AN
KETABAHAN
|
NILAI KETABAHAN
|
Farisha tabah menghadapi dugaan hidup apabila dia mengetahui bahawa
dia hanyalah anak angkat dan Azraai hanyalah abang angkatnya sahaja.
|
PERSOALAN
|
KETABAHAN MENGHADAPI DUGAAN
|
PERSOALAN KETABAHAN MENGHADAPI DUGAAN
|
Farisha tabah menghadapi dugaan hidup apabila dia mengetahui bahawa
dia hanyalah anak angkat dan Azraai hanyalah abang angkatnya sahaja.
|
PENGAJARAN
KITA HENDAKLAH ...
KITA MESTILAH .....
KITA HARUSLAH ....
KITA SEPATUTNYA ...
|
KITA HENDAKLAH TABAH MENGHADAPI DUGAAN HIDUP
|
KITA HENDAKLAH TABAH MENGHADAPI DUGAAN HIDUP
|
Farisha tabah menghadapi dugaan hidup apabila dia mengetahui bahawa
dia hanyalah anak angkat dan Azraai hanyalah abang angkatnya sahaja.
|
PERWATAKAN
|
(KATA SIFAT)
SEORANG YANG TABAH
|
FARISHA SEORANG YANG TABAH.
|
Farisha tabah menghadapi dugaan hidup apabila dia mengetahui bahawa
dia hanyalah anak angkat dan Azraai hanyalah abang angkatnya sahaja.
|
LATAR MASYARAKAT
|
MASYARAKAT YANG
TABAH
|
MASYARAKAT YANG TABAH
|
Farisha tabah menghadapi dugaan hidup apabila dia mengetahui bahawa
dia hanyalah anak angkat dan Azraai hanyalah abang angkatnya sahaja.
|
LATIHAN
NILAI
|
PERSOALAN
|
PERWATAKAN
|
PENGAJARAN
|
LATAR
|
CONTOH
PERISTIWA
|
Kasih sayang
|
Kasih sayang sesama manusia
|
Seorang yang
penyayang
|
Kita hendaklah
saling menyayangi sesama manusia
|
Masyarakat yang
penyayang.
|
|
Kegigihan
|
|
|
|
|
|
Kerajinan
|
|
|
|
|
|
bertanggungjawab
|
|
|
|
|
|
ketaatan
|
|
|
|
|
|
CONTOH JAWAPAN SOALAN 4(a)
SOALAN 4(a) :
Berdasarkan novel yang anda kaji, nyatakan nilai yang terdapat dalam novel
tersebut. [7 markah]
(JAWAPAN CALON CEMERLANG)
Novel yang saya kaji ialah novel Disebalik Dinara. Nilai
yang terdapat dalam novel ialah nilai
kasih sayang. Sebagai contoh, Azraai sangat menyayangi adiknya Farisya.
Dia mengambil berat tentang keselamatan adiknya, Farisha. Dia sanggup memasang
‘retinal scanner’ dan intercom yang bersambung dengan rumahnya demi memastikan
keselamatan adiknya.
Selain itu, nilai lain ialah nilai kebijaksanaan. Sebagai contoh, Farisya seorang gadis
yang sangat bijak dalam teknologi dan telah terbukti dapat menggodam sistem komputer. Kebijaksanaan berpunca daripada implan yang
telah dipasang pada badannya sejak kecil oleh bapanya, Karl.
Seterusnya, terdapat nilai
bekerjasama. Sebagai contoh, Rosman dan Farisha saling bekerjasama
untuk membangunkan syarikat kongsi mereka iaitu Secured Shell. Mereka juga
bekerjasama untuk menjalankan projek mini yang ditawarkan oleh Softlab.
Selanjutnya, terkandung juga nilai kegigihan. Contohnya, Marilyn@ Medina gigih meneruskan
kehidupannya walaupun ramai orang menggelarkannya wanita gila. Dia juga gigih
meneruskan ciptaan sainsnya bagi menyaingi Karl, lelaki yang pernah
dicintainya. Selain itu, dia juga gigih mencari anaknya yang hilang dan
diserahkan kepada keluarga angkat.
SOALAN 4(b) NOVEMBER 2017
Berdasarkan dua buah nvel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa bagi setiap novel
yang pendapat anda menimbulkan
perasaan simpati pembaca.
(JAWAPAN CALON CEMERLANG)
Novel yang saya pelajari ialah novel Disebalik Dinara.
Peristiwa yang menimbulkan perasaan
simpati pembaca ialah peristiwa Azraai memberitahu kepada Farisha
bahawa dia hanyalah anak angkat dalam keluarga Azraai. Peristiwa ini menimbulkan perasaan simpati kerana selama ini
Farisha menyangka bahawa umi dan ayahnya ialah keluarga kandungnya kerana dia
telah mendapat kasih sayang yang sepenuhnya daripada mereka. Kesan daripada
peristiwa tersebut, Farisha tertanya-tanya akan siapakah ibu bapanya yang
sebenar.
Manakala novel lain yang saya kaji ialah novel Silir
Daksina. Peristiwa yang menimbulkan perasaan simpati pembaca ialah peristiwa
Haiqal tidak dibenarkan oleh ibunya, untuk melihat jenazah arwahnya di Kampung
Seri Purnama buat kali yang terakhir. Pembaca berasa simpati kerana sejak kecil
Haiqal tidak pernah berjumpa dengan bapa kandungnya itu, sehinggalah bapanya
meninggal dunia.
TAHUN
|
soalan
|
Eleman komsas
|
N2018
|
Cadangan tumpuan topik soalan 2018
Tema/Watak Perwatakan
Nilai/Pengajaran
Latar Masyarakat Peristiwa Menarik Peristiwa Yang Memberi Teladan Peristiwa Yang Memberi Kesan. |
|
J2018
|
|
|
N2017
|
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu
peristiwa bagi setiap novel yang pendapat anda menimbulkan perasaan simpati
pembaca.[8 markah]
|
|
J2017
|
Watak dalam sesebuah novel sering dikaitkan dengan pelbagai cabaran.
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, huraikan dua cabaran yang
dihadapi oleh watak yang telah ditetapkan.[8 markah]
|
Perwatakan watak
|
N2016
|
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu latar
masa nagi setiap novel tersebut. [8 markah]
|
Latar masa
|
J2016
|
Berdasarkan dua buah novel
yang anda kaji, jelaskan satu nilai kemanusiaan yang terdapat dalam watak
sampingan bagi setiap novel.[8 markah]
|
nilai
|
N2015
|
Berdasarkan dua buah novel
yang anda pelajari, huraikan satu pengajaran tentang kerjasama yang
terdapat dalam setiap novel tersebut.[8 markah]
|
pengajaran
|
No comments:
Post a Comment