1.0 TEMA
Novel Silir Daksina bertemakan kekeluargaan. Konflik keluarga yang dialami oleh Haiqal berpunca daripada penceraian umi dan ayahnya, Abdullah Kayan.
Perceraian tersebut menyebabkan Haikal terpisah jauh dari
Ayahnya. Haiqal dipelihara oleh uminya dan ayah tirinya, Walid. Mereka menetap di
Kuala Terengganu. Haikal tidak dapat menemui atau mengenali ayah kandungnya
sehinggalah ayahnya meninggal dunia.
Suatu hari, Haiqal telah didatangani manuskrip lama hasil
penulisan ayah kandungnya. Dia teruja dengan kandungan manuskrip itu dan bertekad
untuk mencari jejak kehidupan arwah ayah kandungnya itu di sebuah kampung di
Batu Pahat, Johor. Keputusannya untuk ke kampung arwah ayahnya mendapat
tentangan daripada uminya. Umi melarang Haiqal ke Johor atas sebab-sebab
tertentu.
Haiqal telah membuat keputusan bahawa dia tetap akan pergi
walaupun uminya melarang keras keputusannya itu. Uminya tidak mahu Haiqal
mengikuti jalan hidup seperti arwah ayah kandungnya. Haiqal tidak diberikan
sebarang wang perbelanjaan untuk ke sana.
Sesampai di Kampung Seri Purnama, Haiqal disambut mesra oleh
penduduk kampung. Hal ini dikatakan demikian kerana ayah kandung Haiqal seorang
yang sangat disegani di sana. Sedikit demi sedikit Haiqal mula mengetahui
mengenai arwah ayahnya melalui peceritaan penduduk-penduduk kampung di situ.
3.0 ELEMAN KOMSAS MENGGUNAKAN SATU PERISTIWA YANG SAMA
2.0 WATAK SAMPINGAN
WATAK DAN PERWATAKAN
Soalan :
4(b) Watak sampingan berperanan penting dalam sesebuah
novel.
Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan perwatakan sampingan yang boleh
dijadikan contoh dalam kehidupan kita. [8 markah]
Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan perwatakan sampingan yang boleh
dijadikan contoh dalam kehidupan kita. [8 markah]
Novel yang saya pelajari ialah novel Silir Daksina karya
Nizar Parman. Watak sampingan yang menjadi tumpuan saya ialah watak Tauke Lim. Terdapat banyak perwatakan
Tauke Lim yang ditonjolkan oleh pengarang di dalam novel ini boleh dijadikan
contoh dalam kehidupan kita.
Antara perwatakan Tauke Lim ialah seorang yang rajin dan gigih berusaha. Buktinya, Tauke Lim pada
waktu pagi bekerja di kebun Abdullah Kayan, manakala pada waktu petangnya
membeli hasil pertanian penduduk kampung untuk dijual di pekan sehingga dia
mampu membeli sebidang tanah. Situasi ini mengajar saya untuk berusaha
bersungguh-sungguh untuk berjaya.
Seterusnya, Tauke Lim seorang
yang amanah. Contohnya, Tauke Lim menyerahkan kembali segala harta yang
dimanahkan oleh Abdullah Kayan untuk Haiqal seperti buku akaun simpanan dan
segala urusan tanah pertanian. Situasi ini mengajar saya supaya kita
melaksanakan amanah yang diberi kepada kita dengan sebaik-baiknya.
Akhir sekali, Tauke Lim seorang
yang pemurah. Contohnya, Tauke Lim sentiasa menyokong semua program yang
dikendalikan oleh penduduk kampung dengan menyumbang barang-barang dalam bentuk
makanan. Situasi ini mengajar saya agar kita sentiasa bersikap mengambil tahu
akan segala hal yang berlaku dalam masyarakat.
3.0 ELEMAN KOMSAS MENGGUNAKAN SATU PERISTIWA YANG SAMA
CONTOH ELEMAN KOMSAS SILIR DAKSINA
|
||||
NILAI
|
PERWATAKAN
|
PERSOALAN
|
PENGAJARAN
|
PERISTIWA BERKAITAN
|
NILAI KASIH SAYANG
|
Abdullah Kayan seorang yang penyayang.
|
Persoalan kasih sayang seorang ayah kepada anaknya.
|
Kita hendaklah menyayangi dan mengasihi keluarga kita
|
Abdullah Kayan terlalu sayang akan anaknya Haiqal yang dipisahkan
oleh isterinya sehinggakan dia sentiasa merindukannya dan menghasilkan
manuskrip cerita tentang perasaan rindu kepada anaknya.
|
NILAI KETABAHAN
|
Haiqal seorang yang tabah
|
Persoalan ketabahan seorang anak menjejaki ayahnya.
|
Kita perlu tabah menghadapi cabaran untuk mencapai sesuatu kejayaan
|
Haiqal tabah menghadapi cabaran dalam usaha untuk mengetahui sejarah
kehidupan ayah kandungnya yang terpisah sejak kecil. Umi tidak menyokong
tindakan Haiqal.
|
NILAI KEGIGIHAN
|
Tauke Ong seorang yang gigih.
|
Persoalan kegigihan seseorang ketua keluarga menyara hidup
keluarganya.
|
Kita hendaklah gigih berusaha walaupun dihimpit kesusahan.
|
Tauke Lim/Tauke Ong membuat
dua pekerjaan iaitu pada waktu pergi dia akan mengambil upah menorah getah di
kebun Abdullah Kayan manakala pada waktu petang menjual pisang dan pinang di
pekan untuk menyara keluarganya..
|
No comments:
Post a Comment