Untuk menulis karangan, setiap karangan perlu mempunyai :
1. Perenggan pendahuluan( cari dan hafal yang ada menyelitkan satu peribahasa atau kata menarik kerana akan membantu menjimatkan masa anda)
2. Perenggan isi 5 - 6 perenggan.
2. Perenggan isi 5 - 6 perenggan.
3. Perenggan penutup keseluruhan karangan( cari dan hafap yang ada menyelitkan satu peribahasa atau kata menarik akan membantu menjimatkan masa anda)
Untuk menulis perenggan isi, dicadangkan langkah-langkah berikut diambil perhatian oleh setiap murid iaitu mulakan membaca dan memahami teks soalan secara tersurat dan tersirat. Di sini diberikan contoh yang paling mudah untuk murid-murid menulis karangan tanpa saya menyebut formula tertentu.
Anda baca, anda faham dan anda buat berulang kali, insyallah akan dapat memperbaiki cara penulisan karangan anda.
Ini adalah pengalaman yang saya gunakan selama ini dari pelajar yang tidak tahu menulis sehinggalah tahu menulis karangan dan tidak mengecewakan bila pelajar masa peperiksaan percubaannya gagal tetapi berubah gred lulus semasa SPM sebenar.
ELEMAN
MENULIS PERENGGAN ISI DENGAN MATANG
|
|
ELEMAN/LANGKAH
|
MAKLUMAT
|
BACA SOALAN DENGAN TELITI
|
Semangat kejiranan semakin luntur masa kini.
Ulaskan langkah-langkah untuk memupuk semangat kejiranan dalam
kalangan masyarakat.
|
KENAL PASTI KEHENDAK SOALAN
|
Tema : Semangat kejiranan
semakin luntur.
Tugasan : Ulas
langkah-langkah memupuk semangat kejiranan.
Kepada : Masyarakat
|
KENAL PASTI ISI PENTING
|
a. Mengadakan
aktiviti gotong-royong
b. Mengadakan
rumah terbuka sambutan hari perayaan utama.
c. Mengadakan
hari keluarga.
d. Melibatkan
diri dengan aktiviti Rukun Tetangga
e. Mengadakan
aktiviti kunjung-mengunjung.
f.
Menziarahi jiran yang sakit
|
ELEMAN PENULISAN ISI
|
1. Mengandungi
ayat isi/idea.
2. Mempunyai
ayat huraian isi/idea dihuraikan dengan bertanyakan soalan apa, bila, siapa,
di mana dan bagaimana.
3. Mengandungi
ayat contoh.
4. Mengandungi
ayat kesan isi terhadap tema
5. Ayat
peribahasa
6. Penyimpul
ringkas
|
CONTOH AYAT DINYATAKAN
|
Ayat isi/idea:
Langkah primer untuk memupuk semangat kejiranan dalam masyarakat yang
semakin luntur termasuklah melalui aktiviti gotong-royong.
Ayat huraian :
Aktiviti gotong-royong adalah satu bentuk aktiviti masyarakat untuk
membersih dan mengindahkan sesuatu kawasan tempat tinggal. Aktiviti ini lah
antara langkah yang paling mudah dan murah
untuk merapatkan kembali semangat kejiranan dalam masyarakat yang
semakin lesu. Hal ini disebabkan aktiviti ini akan melibatkan semua jiran
yang tinggal dalam sesebuah komuniti samada di kampung-kampung atau
taman-taman di kawasan bandar. Aktiviti ini biasanya boleh dilakukan pada
masa cuti hujung minggu atau mengikut program yang ditetapkan oleh sesebuah
majlis daerah. Selepas perbincangan dan pembentukan ajk aktiviti
gotong-royong, aktiviti gotong-royong dilakukan mengikut tarikh, masa dan
lokasi yang telah ditetapkan bersama.
Ayat contoh :
Antara aktiviti gotong-royong yang boleh dilakukan termasuklah
membersihkan persekitaran rumah setiap di lorong, membersihkan longkang
tersumbat, menebas rumput atau semak-samun, memangkas dan memotong
dahan-dahan pokok yang besar.
Ayat kesan :
Melalui aktiviti gotong-royong, kita akan melihat bahawa masyarakat
terutamanya setiap jiran akan bekerjasama, bantu-membantu dan menolong antara satu sama lain seperti menyediakan
juadah makanan dan peralatan yang sangat bersesuaian dengan peribahasa yang
berbunyi berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Selain itu, ramai mengatakan
kepada kita bahawa tidak kenal maka tak cinta, maka di dalam aktiviti
gotong-royong ini setiap jiran akan dapat berbual mesra tanpa sekatan atau
malu untuk bertanya khabar, berkenalan secara rapat antara satu sama lain.
Tindakan ini sudah pasti dapat membentuk hubungan silaturrahim antara mereka
yang lebih erat selepas ini.
Ayat penyimpul isi:
Oleh itu, benarlah apa dikatakan oleh masyarakat terdahulu, aktiviti
gotong-royong menjadi salah satu cara untuk memupuk semangat kejiranan dalam
kalangan masyarakat masa kini.
|
PERENGGAN ISI YANG LENGKAP.
|
Langkah primer untuk memupuk semangat kejiranan dalam masyarakat yang
semakin luntur termasuklah melalui aktiviti gotong-royong. Aktiviti
gotong-royong adalah satu bentuk aktiviti masyarakat untuk membersih dan
mengindahkan sesuatu kawasan tempat tinggal. Aktiviti ini lah antara langkah
yang paling mudah dan murah untuk
merapatkan kembali semangat kejiranan dalam masyarakat yang semakin lesu. Hal
ini disebabkan aktiviti ini akan melibatkan semua jiran yang tinggal dalam
sesebuah komuniti samada di kampung-kampung atau taman-taman di kawasan
bandar. Aktiviti ini biasanya boleh dilakukan pada masa cuti hujung minggu
atau mengikut program yang ditetapkan oleh sesebuah majlis daerah. Selepas
perbincangan dan pembentukan ajk aktiviti gotong-royong, aktiviti
gotong-royong dilakukan mengikut tarikh, masa dan lokasi yang telah
ditetapkan bersama. Antara aktiviti gotong-royong yang boleh dilakukan
termasuklah membersihkan persekitaran rumah setiap di lorong, membersihkan
longkang tersumbat, menebas rumput atau semak-samun, memangkas dan memotong
dahan-dahan pokok yang besar. Melalui aktiviti gotong-royong, kita akan
melihat bahawa masyarakat terutamanya setiap jiran akan bekerjasama,
bantu-membantu dan menolong antara
satu sama lain seperti menyediakan juadah makanan dan peralatan yang sangat
bersesuaian dengan peribahasa yang berbunyi berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing. Selain itu, ramai mengatakan kepada kita bahawa tidak kenal maka
tak cinta, maka di dalam aktiviti gotong-royong ini setiap jiran akan dapat
berbual mesra tanpa sekatan atau malu untuk bertanya khabar, berkenalan
secara rapat antara satu sama lain. Tindakan ini sudah pasti dapat membentuk
hubungan silaturrahim antara mereka yang lebih erat selepas ini. Oleh itu,
benarlah apa dikatakan oleh masyarakat terdahulu, aktiviti gotong-royong
menjadi salah satu cara untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat masa kini.
|
No comments:
Post a Comment