SILA BUAT LATIHAN RUMUSAN DI DALAM KERTAS KAJANG
MASING-MASING SEMASA PERINTAH TAHANAN PERGERAKAN (PKP) CIVIC-19 PADA 23 HINGGA 24 MAC 2020
DISEDIAKAN OLEH YATIMAN BIN KAMSIDIN
RUMUSAN 30 markah - SET 1
Baca
petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca
berlakunya tekanan mental dalam kalangan remaja dan langkah-langkah
untuk mengatasinya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi
120 patah perkataan.
Pada
Januari 2011, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperkenalkan Modul
Kesihatan Mental di sekolah menengah untuk menangani masalah tekanan mantel dalam kalangan pelajar.
Pelaksanaan Modul Kesihatan ini mendapat kerjasama daripada Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM). Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow
Tiong Lai, KKM akan berbincang dengan KPM bagi mencari pendekatan terbaik
supaya model tersebut dapat
diajarkan disekolah.
Berdasarkan rekod KKM, bilangan pesakit mental yang terima rawatan di hospital awam meningkat daripada 15.6 peratus
kepada 400227 orang pada 2010 berbanding dengan tahun sebelumnya.
Kebanyakan pesakit mental terdiri daripada golongan tua, dewasa, dan remaja.
Kebanyakan
remaja yang alami tekanan mental
datang daripada keluarga yang bermasalah. Remaja ini tidak di beri peluang dalam keluarga untuk melabuhkan perasaan, pandangan, atau
masalah mereka malah kebanyakan mereka hanya memendam rasa. Sekiranya
perasaan ini sudah tidak dapat di kawal,
remaja tersebut akan cenderung untuk menunjukkan tingkah laku yang kurang
menyenangkan lalu bertindak membuta tuli. Ibu bapa yang terlalu
menekankan akademik juga menyebabkan mereka mudah mengalami tekanan.
Selain itu, penderaan secara fizikal dan mental juga menjadi faktor yang boleh
menyebabkan seseorang itu mengalami tekanan. Individu yang pernah di pukul atau di perkosa berkemungkinan besar akan mengalami tekanan. Tidak
mustahil juga jika dikatakan bahawa kesihatan emosi setiap insan amat berkait
rapat dengan kesihatan mentalnya. Seseorang yang hidup mewah tetapi
kurang mendapat perhatian dan kasih sayang juga akan mengalami gejala
ini. Mereka ini akan hilang semangat untuk hidup.
Kematian
seseorang yang disayangi dan penceraian ibu bapa merupakan antara contoh pengalaman
yang boleh memberikan kesan buruk termasuklah tekanan mental kepada
seseorang. Pengalaman yang berupa tragedi ngeri yang pernah di alami oleh seseorang itu menyebabkan
mereka sering mengalami gangguan emosi. Hal ini dikatakan sedemikian
kerana mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa orang yang disayanginya telah
meninggal dunia. Kesannya, mereka akan diselubungi kesedihan yang berpanjangan
lalu membawa kepada tekanan mental dan sakit jiwa. Terdapat juga
segelintir remaja yang gagal mencapai keputusan akademik yang diharapkan juga
akan menghadapi situasi yang sama. Mereka akan mengambil keputusan untuk
membunuh diri. Kecenderungan untuk mengambil tindakan yang tidak matang
ini disokong pula dengan faktor lain seperti sejarah keturunan keluarga.
Pakar sakit jiwa membuktikan bahawa tekanan mental boleh dikaitkan dengan
keturunan. Jika keluarga ibu atau bapa seseorang itu pernah mengalami
tekanan mental yang teruk maka berkemungkinan anak-anak dan generasi seterusnya
mudah mengalami tekanan mental.
Diubahsuai daripada ‘Menangani Masalah Mental' Dewan Masyarakat, Mei 2011
Berdasarkan
petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
i. Apakah maksud rangkai kata pendekatan terbaik ? [ 2 markah ]
|
ii. Apakah kesan yang dihadapi oleh remaja jika mereka tidak dapat meluahkan
perasaan,
pandangan dan
masalah mereka kepada keluarga? [3 markah ]
iii. Pada pendapat anda, apakah peranan yang boleh dimainkan oleh ibu bapa untuk
menangani
masalah tekanan anak-anak dalam pelajaran? [ 4 markah ]
No comments:
Post a Comment