Berdasarkan novel yang anda kaji , huraikan perasaan anda setelah
membaca novel tersebut.
Di
Sebalik Dinara
Novel
yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor.
Terdapat beberapa perasaan yang saya alami setelah membaca novel ini.
Antaranya,
perasaan sedih. Saya berasa sedih melihat Farisha
yang telah mengetahui ibu dan bapa kandungnya yang sebenar kerana selama ini
dia telah dibela oleh keluarga angkat.
Seterusnya,
perasaan gembira. Saya gembira
melihat Medina yang akhirnya dapat bertemu semula dengan anak kandungnya, Farisha
setelah lama berusaha untuk mencari dan menjejakinya. Dia telah terpisah dengan
anak kandungnya itu sejak Farisha kecil lagi.
Selain
itu, perasaan kecewa. Saya kecewa
dengan tindakan Dr Maxi yang sanggup menjadikan Shida sebagai pengganti Farisha
untuk menyelamatkan Sistem Dinar jika terjadi apa-apa kepada Farisha. Sedangkan
tindakan itu boleh mendatangkan bahaya kepada Shida.
Selanjutnya,
perasaan benci. Saya benci dengan
sikap Karl yang sangat zalim terhadap kanak-kanak. Dia sanggup nmemasukkan
implant ke dalam tubuh Farisha yang masih bayi tanpa dibius semata-mata untuk
menjadikannya cerdik.
Disamping
itu, perasaan terkejut/terperanjat. Saya
terkejut apabila dapat mengetahui Farisha rupa-rupanya hanya anak angkat dalam
keluarga Azrai.
Novel Silir Daksina
Novel
yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina. Setelah membaca novel
ini pelbagai perasaan dapat saya rasai.
Pertamanya,
perasaan gembira. Saya gembira apabila
melihat Umi , Walid dan adik tiri Haiqal datang ke balai raya Seri Purnama
untuk melihat Haiqal yang sedang membuat persembahan tarian zapin.
Keduanya,
perasaan sedih. Saya sedih apabila Umi tidak membenarkan
Haiqal mengikutnya untuk menghadiri majlis pengkebumian ayahnya di Batu Pahat
kerana ketika itu dia sedang menduduki peperiksaan UPSR.
Seterusnya,
perasaan kecewa. Saya kecewa apabila
Umi tidak membenarkan Haiqal untuk pergi ke Kampung Seri Purnama bagi menjejaki
kisah hidup ayahnya. Uminya juga mengugut untuk tidak memberi wang belanja
kepada Haiqal.
Selain
itu, perasaan simpati. Saya simpati
melihat Cikgu Amirulnizam yang terpaksa berpisah dengan anaknya Haiqal kerana
bercerai dengan isterinya. Dia menanggung perasaan yang teramat rindu terhadap anaknya
itu hingga akhir hayatnya.
Selanjutnya,
perasaan benci. Saya benci melihat sikap abang Tauke Ong yang
berjudi hingga rumah dan tanah mereka sekeluarga tergadai. Tauke Ong terpaksa
hidup susah di tempat orang lain.