BAHAGIAN C
RUMUSAN
[30 markah]
Soalan 9
Baca petikan dan pantun yang yang
disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan pantun.
Bahan 1
Bersukan dan beriadah adalah dua aktiviti yang telah mendapat perhatian masyarakat pada masa kini. Hal ini ini dikatakan demikian kerana bersukan merupakan salah satu bentuk fizikal yang baik untuk membina kesihatan badan manakala rekreasi pula membawa maksud penggunaan masa lapang dengan aktiviti positif secara riadah (aktif) atau santai (pasif) untuk mewujudkan keseronokan bersama ahli keluarga dalam bentuk kegiatan harian, hujung minggu atau pada waktu terluang.
Walau
bagaimanapun hasrat bersukan dan beriadah dalam kalangan masyarakat terhalang disebabkan
oleh masalah masa yang terhad, masalah peribadi, masalah kerjaya yang
dikerjakan, masalah kewangan, masalah ketiadaan peralatan dan masalah penyakit
yang dihadapi. Senario ini menjadi punca masyarakat malas untuk melakukan
kegiatan bersukan dan beriadah sungguhpun tenaga fizikal, tenaga dalaman dan
tenaga pemikiran telah digunakan secara
giat dalam menumpukan kerjaya dalam kehidupan moden ini.
Bagi mengatasi
masalah-masalah di atas setiap masyarakat perlu merancang aktiviti bersukan dan
beriadah mengikut masa yang sesuai. Hal
ini dikatakan demikian kerana bersukan dan berekreasi mampu mengatasi kemerosotan kecergasan dan
kesempurnaan kesihatan. Selain itu kebaikan
bersukan dan beriadah ialah masyarakat dapat meningkatkan stamina, menguatkan jantung
dan kardiovaskular, membantu membina tulang dan otot yang sihat, mengawal berat
badan, mengawal tekanan darah, mengurangkan tekanan, meningkatkan keyakinan
diri, melapangkan minda dan mengeratkan hubungan silaturrahim.
Oleh itu,
masyarakat jangan terlalu berharap kepada kapsul makanan tambahan dan cepat
berputus asa jika kita hanya mampu melakukan aktiviti sukan dan rekreasi yang
ringan ataupun dalam masa yang singkat. Perkara yang penting ialah kita harus
berpeluh ketika bersukan dan berekreasi.
No comments:
Post a Comment