Soalan
1. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, jelaskan
peristiwa-peristiwa yang menarik yang terdapat di dalamnya.
2. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan satu
peristiwa menarik yang terdapat dalam plot permulaan dan peleraian novel.
3. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan
peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat di permulaan cerita.
4. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan
peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat di bahagian peleraian cerita.
5. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, nyatakan
peristiwa-peristiwa yang menjadi pedoman, dorongan, panduan hidup, teladan dan menjadi
inspirasi kepada pembaca.
6. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, nyatakan
peristiwa-peristiwa yang tidak wajar diikuti.
Plot |
Peristiwa |
Sebab
Menarik |
PERMULAAN |
Peristiwa Aqram berpura-pura tidur di dalam kapal
terbang. Aqram telah mengambil cawan kecil yang digunakan oleh Farisha untuk
menguji kesan air liur yang melekat pada cawan. Kajian yang dibuat oleh Dr
Maxi mendapati Farisha dikatakan individu yang dicari mampu menyelamatkan
sistem Dinara. |
Peristiwa ini dianggap menarik kerana
kebijaksanaan Aqram menjalankan tugas
dan kecanggihan kajian sains yang mendalam mampu mengesan DNA seseorang |
Memberi
pedoman/panduan hidup/teladan/inspirasi |
||
Peristiwa ini menjadi pedoman kepada saya iaitu
kita hendaklah menjalankan amanah dengan penuh bertanggungjawab dan
bijaksana. |
||
Peristiwa di mana Azraai memasang ‘retinal
scanner’ dan intercom di rumah Farisha yang bersambung di rumahnya. |
Sebab
Menarik |
|
Peristiwa ini menunjukkan bahawa Azraai sebagai
abang angkat yang sangat mengambil berat akan keselamatan adiknya. |
||
Memberi
pedoman/panduan hidup/teladan/inspirasi |
||
Peristiwa ini memberi teladan kepada saya untuk
sentiasa berbuat baik kepada orang yang kita sayangi. |
||
sikap
bertanggungjawab |
||
Peristiwa ini menunjukkan sikap bertanggungjawab seorang abang yang
sentiasa melindungi keselamatan adiknya |
||
Menjadi
contoh |
||
Peristiwa ini dapat dijadikan contoh kepada
pembaca kerana kita hendaklah sentiasa melindungi keselamatan orang yang kita
sayangi |
||
Memberi
perasaan gembira |
||
Peristiwa ini tidak dapat dlupakan kerana jelas menunjukkan Azraai merupakan seorang
abang yang bertanggung jawab dan sentiasa mengambil berat tentang keselamatan
adiknya. |
||
peristiwa Farisha mencatat alamat dengan
menggunakan sebatang pen yang diberi oleh Aqram. Pen berkenaan sebenarnya telah dilengkapi
dengan penetrator untuk menerobos ruang minda Farisha. Hal ini menyebabkan Farisha sakit kepala. |
Sebab
Menarik |
|
Peristiwa ini menunjukkan bahawa pengarang telah
menunjukkan sebatang pen yang kecil mampu menembusi minda manusia untuk
mengambil maklumat di dalam minda manusia |
||
Memberi
pedoman/panduan hidup/teladan/keinsafan/kesedaran/inspirasi |
||
Peristiwa ini memberi panduan kepada saya menggunakan
senjata rahsia secara tersembunyi mampu mencungkil data yang diperlukan
semaksima mungkin. |
||
Peristiwa wanita di lapangan terbang yang
bercakap di telefon dengan suara yang kuat sehingga menggangu orang
sekeliling. |
Sebab
menarik |
|
Peristiwa ini menarik kerana di dalam dunia realiti
kita akan menemui pelbagai ragam kehidupan manusia. |
||
Tidak
wajar dicontohi |
||
Peristiwa ini tidak wajar dicontohi kerana
perbuatan ini dapat menimbulkan perselisihan faham dan tidak menghormati
orang lain. |
||
peristiwa
Karl menjadikan Farisha sebagai bahan ujikaji. Karl telah bertindak
dengan menanam pelbagai implan di dalam badan Farisha untuk menjadi Farisha
seorang yang genius. Walau bagaimanapun, tindakan Karl mendapat tentangan
Medina, ibu Farisha dengan menyatakan Karl sebagai saintis gila. |
Sebab
Manarik |
|
Peristiwa ini dianggap menarik kerana
kebijaksanaan Karl berjaya memperlihatkan kemajuan dan kecanggihan sains dan teknologi dalam kehidupan manusia. |
||
Tidak
wajar menjadi contoh |
||
Peristiwa ini tidak wajar dicontohi kerana
tindakan ini tidak berperikemanusiaan
dan bertentangan dengan agama. |
||
Seterusnya , peristiwa di mana Farisha berjaya
menggodam sistem komputer. Farisha adalah seorang gadis yang sangat bijak dan
berkebolehan dalam teknologi komputer serta genius hasil daripada beberapa
implan yang ditanam dalam badannya oleh Karl, ayahnya sejak kecil lagi. |
Sebab
Menarik |
|
Peristiwa ini menunjukkan bahawa keupayaan
IQ seseorang bukan sahaja bergantung
kepada baka tetapi juga boleh ditingkatkan menggunakan sains dan teknologi |
||
Memberi
pedoman/panduan hidup/ teladan/inspirasi |
||
Peristiwa ini memberi teladan kepada saya bahawa
apabila kita mempunyai ilmu, ilmu itu perlu digunakan untuk memberi manfaat
kepada masyarakat di sekeliling kita. |
||
|
Memberi
perasaan gembira |
|
Peristiwa ini tidak dapat dilupakan kerana
Farisha sangat bertuah dan rezekinya sangat murah kerana mendapat tawaran
yang sangat lumayan dalam masa singkat. |
||
PELERAIAN |
Peristiwa pertemuan Farisha dan Karl ketika Karl
sedang nazak. Farisha bertemu Karl
yang semakin tenat di rumah agam Karl. Ketika bertemu, Farisha merenung wajah
Karl yang semakin cengkung. Farisha berjanji bahawa dia akan sentiasa
mengingati ayahnya. Farisha mengucapkan selamat tinggal dan tidak semena-mena
air mata keluar di pipi lelaki itu. |
Sebab
Menarik |
Peristiwa ini menarik kerana Farisha dapat berjumpa
juga dengan ayah kandungnya yang dicari selama ini. |
||
Memberi
pedoman/panduan hidup/teladan/ inspirasi |
||
Peristiwa ini menberi panduan kepada kita bahawa
sejahat-jahat ibu bapa kita jangan kita memutuskan hubungan kita |
||
Selanjutnya, peristiwa Farisha memperincikan
tawaran Projek Soft Lab daripada
Aqram. Farisha dan Rosman, rakan kongsinya yang berasa terkejut
mendapat tawaran kerja dengan Soft Lab sebanyak RM1,5 juta telah mendapatkan
khidmat nasihat dari Azraai, abangnya sebelum bertindak. Tujuannya adalah
untuk mendapatkan pandangan dan dorongan dari orang yang lebih berpengalaman.
|
Sebab
Menarik |
|
Peristiwa ini menarik kerana apabila seseorang
yang mendapat tawaran yang bernilai besar adalah wajar mendapatkan pandangan
orang yang berpengalaman agar tidak terkena scam. |
||
Memberi
pedoman/panduan hidup/teladan/ inspirasi |
||
Peristiwa ini memberi teladan kepada saya bahawa pandangan
orang yang lebih berpengalaman seperti abang kita diperlukan sebelum kita
membuat keputusan. |
||
Sikap
bertanggungjawab. |
||
Peristiwa ini menunjukkan sikap bertanggungjawab
seorang abang menasihati adiknya sebelum mengambil sesuatu tindakan. |
||
Menjadi
contoh |
||
Peristiwa ini dapat dijadikan contoh kepada
pembaca kerana kita hendaklah berfikir dan mendapatkan nasihat sebelum
mengambil sesuatu tindakan. |
||
|
Peristiwa terbongkarnya rahsia hubungan Karl dan
Merilyn. Merlyn ialah seorang saintis yang membantu Karl membina Sistem
Dinara. Kegilaan dan persaingan antara Merlyn dan Karl menyebabkan anak luar
nikah mereka iaitu Farisha menjadi mangsa. Karl telah menanam pelbagai
implant dalam tubuh Farisha untuk menjadinya seorang gadis yang genius. |
Sebab
Menarik |
Peristiwa ini menarik minat pembaca kerana
ketaasuban dan persaingan antara Karl dan Merilyn menyebabkan anaknya,
Farisha membesar tanpa kasih sayang ibu bapa kandung setelah diserahkan
kepada keluarga angkat. |
||
Memberi
pedoman/panduan hidup/teladan/ inspirasi |
||
Peristiwa ini memberi panduan kepada kita agar
semasa bekerja kita perlu menjaga tatasusila kita. |
No comments:
Post a Comment