BAHAGIAN
A
SOALAN
Fahami bahan grafik di bawah. Kemudian, huraikan pendapat anda tentang faedah amalan menabung dan peranan ibu bapa dalam memupuk amalan menabung.
Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
Kehendak soalan :
- Diharapkan calon dapat
menghuraikan bahan grafik faedah amalan menabung dan peranan ibu bapa memupuk amalan
menabung
- Calon mesti menggunakan semua bahan grafik yang diberikan - cemerlang.
- Calon yang menggunakan hanya sebahagian bahan grafik yang diberikan - kepujian
- Calon
yang langsung tidak menggunakan
bahan grafik yang diberikan - kurang memuaskan
Rangka karangan dicadangkan:
1.0 Pendahuluan
2.0 Cadangan isi:
2.1
BAHAN 1 GRAFIK:
Faedah amalan menabung
2.1.1 dapat dijadikan sebagai simpanan untuk masa hadapan
2.1.2 dapat dijasikan sebagai bekalan wang untuk kegunaan ketika kecemasan
2.1.3
dapat
memupuk amalan berjimat cermat dalam perbelanjaan
2.1.4 boleh dijadikan sebagai bank kecil dan membantu mengurangkan bebanan kewangan ibu bapa
Peranan ibu bapa
memupuk amalan menabung
2.1.5 ibu bapa perlu
memberi pendedahan awal kepada anak-anak tentang
amalan
menabung
2.1.6 ibu bapa perlu
membukakan akaun menabung untuk anak-anak
2.1.7 ibu bapa perlu
menerangkan kepentingan amalan menabung dalam
kalangan anak-anak.
2.2 BAHAN 2 Petikan : Faedah amalan menabung dan cara memupuk amalan menabung,
2.3.1 pelajar
perlu diberikan pendedahan tentang kepentingan amalan menabung
secara berterusan – CARA
2.3.2 hasil tabungan dapat membantu para penyimpan
menghadapi keadaan
yang tidak dijangka – FAEDAH
2.3.3 tabiat menabung yang
dipraktikkan membolehkan penabung membeli
buku rujukan sendiri - FAEDAH
2.3.4 membantu mengurangkan beban
kewangan ibu bapa – FAEDAH
3.0
Kesimpulan
KARANGAN PENUH
Pendahuluan:
Memang tidak dapat dinafikan bahawa amalan menabung adalah satu amalan yang baik kepada setiap anak. Hal ini demikian kerana hasil tabungan dapat membantu anaka-anak ketika menghadapi keadaan tidak dijangka pada masa hadapan. Persoalannya, apakah faedah menabung dan peranan ibu bapa dalam memupuk amalan menabung?
Isi 1:
Faedah utama amalan menabung kepada anak-anak ialah dapat dijadikan simpanan pada masa hadapan. Hal ini demikian kerana faktor ekonomi global seperti kemelesetan ekonomi tidak dapat dijangka akan menjejaskan perbelanjaan kita. Oleh itu, langkah praktikal tabungan yang boleh dibuat ialah melalui simpanan di bank atau pelaburan dalam SSPN dapat digandakan melalui pemberian kadar faedah dan dividen yang tinggi menepati peribahasa yang berbunyi sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.
Isi 2:
Selanjutnya amalan menabung boleh dijadikan sebagai bank kecil dan membantu mengurangkan bebanan kewangan ibu bapa. Hal ini demikian kerana anak-anak akan memerlukan wang setelah meningkat remaja ketika belajar di kolej atau universiti. Anak-anak memerlukan wang belanja untuk pengangkutan, makan-minum dan sewa rumah bila berjauhan dari keluarga. Dengan menyimpan di dalam tabung berdikit-dikit, hasil simpanan dapatlah dijadikan bank kecil dan mengurangkan bebanan kewangan ibu bapa.
Isi 3:
Bagi memastikan amalan menabung menjadi amalan anak-anak, ibu bapa perlu membukakan akaun bank atas nama mereka. Hal ini demikian kerana memiliki buku akaun bank sendiri membolehkan anak-anak untuk suka membuat simpanan wang tabungan yang terkumpul secara berdikit-dikit dan terimaan wang dari keluarga semasa sambutan hari jadi dan hari perayaan. Anak-anak pasti bergembira dan teruja dan sayang atas wang sendiri bila melihat wang yang banyak di dalam buku akaunnya bertepatan dengan peribahasa Melayu yang berbunyi tak kenal maka tak cinta.
Penutup:
Akhirulkalam, amalan menabung perlu didedahkan kepada anak-anak secara berterusan atas dorongan ibu bapa agar menjadi budaya dalam kehidupan mereka. Oleh itu, semua masyarakat wajar menyokong usaha ini demi kelestarian hidup mereka pada masa hadapan dengan harapan anak-anak mampu berdikari untuk menangani maslaah kewangan mereka dengan baik.
No comments:
Post a Comment