SILA BUAT LATIHAN RUMUSAN DI DALAM KERTAS KAJANG
MASING-MASING SEMASA PERINTAH TAHANAN PERGERAKAN (PKP) CIVIC-19 PADA 23 HINGGA 24 MAC 2020
DISEDIAKAN OLEH YATIMAN BIN KAMSIDIN
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
RUMUSAN 30 markah SET
3
Baca petikan di
bawah kemudian buat rumusan tentang kesan-kesan pengambilan makanan
kesihatan dan langkah-langkah mengatasinya. Panjang rumusan anda
tidak lebih daripada 120 patah perkataan.
Kebelakangan ini, lambakan makanan kesihatan berada di pasaran Malaysia
terdiri daripada pelbagai jenama yang dihasilkan sama ada dari dalam negara
atau luar negara. Bahan tersebut dibungkus dalam pakej dengan pelbagai cara
untuk menarik perhatian pelanggan. Pasaran makanan kesihatan meningkat saban
tahun dari segi penjualannya. Pengeluar berjaya mempromosikan makanan kesihatan
sebagai bahan yang boleh menyumbang ke arah kehidupan yang sihat dan bahagia.
Iklan secara agresif tentang khasiat makanan kesihatan dalam pelbagai media
juga telah berjaya menarik perhatian ramai.
Pengambilan makanan kesihatan dapat meningkatkan imunisasi badan.
Meminum Pati ikan kod dapat mencegah pelbagai penyakit kronik seperti kanser usus
dan otak selain dapat meningkatkan pemulihan sel-sel mati. Pengambilan spriluna dan makanan organik secara
berkala boleh menjadi satu gaya hidup sihat bagi masyarakat moden. Hal ini demikian, kerana
masyarakat kini sibuk dengan kerjaya dan tidak mempunyai masa rehat yang cukup
untuk melakukan senaman. Hal ini demikian, kerana kandungan makanan kesihatan
ini mengandungi nutrisi dan pelbagai khasiat.
Pengambilan makanan kesihatan dapat meningkatkan tahap kecerdasan. Makanan
kesihatan akan memberi kesan positif semasa proses pembesaran baik dari segi
fizikal mahupun mental. Hal ini demikian, kerana makanan kesihatan yang
mengandungi nutrisi tambahan seperti kalsium, zat besi dan serat dapat membantu
tumbesaran dari segi fizikal. Kesannya,tulang-tulang akan menjadi lebih kuat.
Makanan dari daun gingko dan pati ikan kod dapat menguatkan ingatan seseorang. Oleh
itu, pengambilan makanan kesihatan
secara terancang dapat member kebaikan kepada penggunanya. Hal ini demikian, kerana
kandungan makanan kesihatan ini mengandungi nutrisi dan pelbagai khasiatnya.
Walau bagaimanapun, Pengambilan makanan kesihatan tidak terancang memberikan
kesan negatif iaitu menjadi punca penyakit seperti kencing manis, kanser dan
sakit jantung. Hal ini demikian, kerana pengambilan makanan kesihatan secara
tidak terancang akan meninggalkan kesan negatif terhadap tubuh badan. Buktinya,makanan
kesihatan yang mengandungi paras gula berlebihan akan menyebabkan penyakit
kencing manis. Nutrisi yang berlebihan di dalam badan seperti protein, karbohidrat
dan zat besi akan menyebabkan sel-sel kanser menjadi aktif.
Selain itu, Pengambilan makanan kesihatan secara berlebihan akan
menyebabkan kerosakan organ dalaman. Kesan bahan kimia yang berlebihan dalam
produk atau makanan kesihatan tertentu boleh merosakkan organ dalaman yang
penting seperti otak, buah pinggang dan hati .Hal ini demikian, kerana bahan
kimia tersebut akan larut dalam darah .Darah akan mengalir ke otak bersama-sama
dengan larutan kimia tersebut. Keadaan ini akan menjejaskan fungsi otak. Selain
itu, para pengguna yang tidak begitu sesuai dengan produk atau makanan suplemen
seperti pil-pil vitamin, kologen dan pil pelansingan boleh mendapat kesan
sampingan.
Seterusnya pengambilan makanan kesihatan juga dapat menyebabkan
masyarakat menjadi pasif untuk bersenam. Masyarakat berasakan bahawa
pengambilan makanan kesihatan dapat menjamin kesihatan yang baik. Oleh itu, masyarakat
tidak akan melakukan senaman bagi menggerakkan otot-otot badan mereka. Asalnya,
pengambilan makanan kesihatan sebenarnya makanan sampingan untuk menambahkan
tenaga selepas penat melakukan pekerjaan. Kebergantungan kepada pil-pil
vitamin, spriluna dan kologen boleh menyebabkan keburukan kepada pengguna jika
diambil secara berlebihan. Masyarakat akan mendapat obesiti apabila tidak
melakukan senaman dan akan menyebabkan punca pelbagai penyakit.
Kesimpulannya,pengambilan makanan kesihatan dapat memberikan banyak
manfaat kepada pengguna. Namun demikian,pengambilan makanan kesihatan yang tidak
terkawal akan memberikan kesan yang buruk kepada pengguna kerana makanan
kesihatan seperti pil-pil vitamin dan spriluna mengandungi bahan-bahan kimia
yang terkawal. Kesan pengambilan makanan kesihatan secara berlebihan dapat
menyebabkan kerosakan buah pinggang, usus dan hormon tidak stabil. Walaupun pengambilan makanan kesihatan merupakan alternative baru
masyarakat kini untuk menjaga kesihatan mereka tetapi kesihatan juga boleh
terganggu jika pemakanan berkhasiat tidak diamalkan.
No comments:
Post a Comment