SILA BUAT LATIHAN RUMUSAN DI DALAM KERTAS KAJANG
MASING-MASING SEMASA PERINTAH TAHANAN PERGERAKAN (PKP) CIVIC-19 PADA 23 HINGGA 24 MAC 2020
DISEDIAKAN OLEH YATIMAN BIN KAMSIDIN
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Latihan Rumusan Set 4
30 markah
Baca petikan di bawah dengan
teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kesan
penggunaan teknologi maklumat terhadap generasi muda dan peranan ibu bapa untuk menanganinya.
Panjangrya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Teknologi
maklumat merupakan satu daripada bentuk teknologi yang berasaskan jaringan
hubungan yang melibatkan komuniti di seluruh dunia. Namun perubahan teknologi
yang berasaskan inovasi moden ini telah membentuk sekelompok insan
yong obsesi dengan penggunaannya sehingga menyebabkan murid-murid
sekolah tidak mampu melakukan apa-apa sahaja tanpa bantuan teknologi maklumat.
Penggunaan
telefon mudah alih, komputer, dan televisyen telah membentuk kumpulan remaja
yang terdorong untuk menjalankan aktiviti riadah hanya melalui atas talian.
Bayangkan dengan hanya RMl sahaja mereka mampu untuk melayari Internet dan
menggunakan pelbagai jenis permainan yang menyeronokkan. Hal inilah yang
menjadi unsur gangguan kepada remaja sehingga mampu mengubah pemikiran, hasrat
dan keupayaan seseorang dalam menekuni sesuatu perkara vang dilakukan. Dalam
konteks pelajar, aktiviti yang berbentuk proses pembelajaran akan terganggu
dengan wujudnya faktor penarik yang terdapat dalam permainan atas talian
yang ditawarkan oleh teknologi maklumat dan komunikasi.
Selain
itu, isu ini melibatkan masa dan tenaga serta kos yang dibazirkan semasa
menggunakannya. Sebagai
contohnya, pengguna tidak perlu lagi berpakaian sukan yang lengkap untuk
menjalani aktiviti sukan yang digemari. Mereka hanya memerlukan peralatan
teknologi sahaja. Bayangkan, cara hidup masyarakat yang dikuasai oleh
teknologi. Mereka akan hilang nilai kemasyarakatan yang sebenarnya dapat
dinilai keikhlasannya. Nilai kekeluargaan, semangat setia kawan dan hubungan
sosial yang berkesan secara bersemuka, semakin pupus.
Muka
buku atau Facebook banyak mengganggu rutin kehidupan seseorang yang berhasrat
memenuhi naluri kehidupan mereka secara fitrah. Penggunaannya yang melampaui
had akan memberikan impak negatif yang akan mengganggu proses pembelajaran
sosial remaja. Kehidupan sebagai remaja sepatutnya diisi dengan aktiviti
berkumpulan yang sesuai dengan sifat semula jadi remaja yang gemar akan cabaran
dan sesuatu yang baharu yang mampu menguji keupayaan fizikal dan mental mereka.
Namun kini, remaja tidak lagi melakukan aktiviti secara bekerjasama atau
berkumpulan. Semua elemen dan nilai yang perlu dimiliki oleh remaja ini sukar
untuk dipenuhi oleh aktiviti yang berasaskan teknologi kerana perantaranya
ialah alat dan media atas talian.
Perkembangan teknologi maklumat,
khususnya untuk tujuan hiburan dan riadah merupakan perkara yang mengganggu
proses perkembangan fizikal dan mental remaja. Sebenarnya aktiviti hiburan dan
riadah ini masih perlu dijalankan secara manual dan semula jadi. Kegiatan ini
masih memerlukan hubungan kemanusiaan, tambahan pula tubuh badan kita
masih perlu dibasahi peluh yang
keluar secara semula jadi untuk kesihatan yang baik.
Dipetik dan diubah suai daripada ' Teknologi Menganggu Remaja'
oleh Noor AzamAbdul Rahman, Dewan Siswa, Disember 2013.
Soalan 2 (a)-
Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan l, jawab
soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
(i) Berikan
maksud rangkai kata insan yang obsesi. [2markah]
(ii) Berdasarkan
petikan, bagaimanakah remaja sepatutnya mengisi masa lapang mereka? [3 markah]
(iii) Pada
pendapat anda, apakah punca penyalahgunaan teknologi maklumat
dalam kalangan
remaja? [4
markah]
No comments:
Post a Comment