Sunday, October 10, 2021

Kebaikan dan masalah sukan dan rekreasi

 BAHAGIAN C

RUMUSAN
[30 markah]

Soalan 9
Baca petikan dan pantun yang yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan pantun.


Bahan 1

            Bersukan dan beriadah adalah dua aktiviti yang telah mendapat perhatian masyarakat pada masa kini. Hal ini ini dikatakan demikian kerana bersukan merupakan salah satu bentuk fizikal yang baik untuk membina kesihatan badan manakala rekreasi pula membawa maksud penggunaan masa lapang dengan aktiviti positif secara riadah (aktif) atau santai (pasif) untuk mewujudkan keseronokan bersama ahli keluarga dalam bentuk kegiatan harian, hujung minggu atau pada waktu terluang.

Walau bagaimanapun hasrat bersukan dan beriadah dalam kalangan masyarakat terhalang disebabkan oleh masalah masa yang terhad, masalah peribadi, masalah kerjaya yang dikerjakan, masalah kewangan, masalah ketiadaan peralatan dan masalah penyakit yang dihadapi. Senario ini menjadi punca masyarakat malas untuk melakukan kegiatan bersukan dan beriadah sungguhpun tenaga fizikal, tenaga dalaman dan tenaga pemikiran  telah digunakan secara giat dalam menumpukan kerjaya dalam kehidupan moden ini.

Bagi mengatasi masalah-masalah di atas setiap masyarakat perlu merancang aktiviti bersukan dan beriadah mengikut masa yang sesuai.  Hal ini dikatakan demikian kerana bersukan dan berekreasi  mampu mengatasi kemerosotan kecergasan dan kesempurnaan kesihatan.  Selain itu kebaikan bersukan dan beriadah ialah masyarakat  dapat meningkatkan stamina, menguatkan jantung dan kardiovaskular, membantu membina tulang dan otot yang sihat, mengawal berat badan, mengawal tekanan darah, mengurangkan tekanan, meningkatkan keyakinan diri, melapangkan minda dan mengeratkan hubungan silaturrahim.

Oleh itu, masyarakat jangan terlalu berharap kepada kapsul makanan tambahan dan cepat berputus asa jika kita hanya mampu melakukan aktiviti sukan dan rekreasi yang ringan ataupun dalam masa yang singkat. Perkara yang penting ialah kita harus berpeluh ketika bersukan dan berekreasi.





Friday, January 29, 2021

Tulis tema novel yang anda telah pelajari -Novel Di Sebalik Dinara dan Silir Daksina

 

a. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan tema novel tersebut.            [8 markah]

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor dan di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina.

Novel Di Sebalik Dinara bertemakan ketaasuban terhadap teknologi sehingga menghilangkan nilai-nilai kemanusiaan. Watak utama iaitu Farisha, pakar penggodam sistem perkomputeran, menjadi mangsa kepada ayah kandungnya sendiri.

Peristiwa yang memaparkan tema ini ialah peristiwa Karl yang sanggup menjadikan anaknya sebagai bahan ujikaji. Karl telah memasukkan pelbagai mikrocip ke dalam badan anaknya ketika Farisha semasa masih bayi lagi. Implan atau mikrocip yang dimasukkan ini bertujuan untuk menjadikan Farisha lebih bijak atau genius. Walau bagaimanapun tindakan Karl telah mendapat tentangan dari Medina, ibu Farisha yang menganggap Karl sebagai saintis gila.

Selain itu, terkandung peristiwa Karl cuba melenyapkan Medina@Merilyn  kerana didapati lebih hebat daripadanya walaupun Medina@ Merilyn hanya sebagai pembantu penyelidikan. Karl merancang menghapuskan dengan menjadikan Medina@Merilyn  sebagai bahan uji kaji sehingga akhirnya dia menjadi gila. Biarpun dianggap gila oleh orang kebanyakan,  Medina @ Merilyn mampu meneruskan ciptaan sainsnya dan dapat menyebarkan virus  ke dalam system komunikasi terbari yang dihasilkan Karl dikenali sebagai Dinara.

Manakala novel Silir Daksina karya Nizar Parman pula bertemakan kekeluargaan. Watak utama iaitu Haiqal berhadapan dengan konflik keluarga yang berpunca daripada perceraian ibu bapanya.

Peristiwa konflik keluarga Haiqal berpunca daripada hilangnya kasih sayang antara ibu dan bapanya yang membawa kepada keruntuhan rumah tangga mereka. Haiqal tidak mengenali ayahnya Abdullah bin Kayan kerana tindakan uminya yang memisahkan mereka sejak kecil. Suatu hari, Haiqal menerima sebuah manuskrip lama yang kandungannya adalah hasil penulisan ayahnya. Haiqal bertekad untuk ke Kampung Seri Purnama. Batu Pahat Johor walaupun dihalang oleh uminya bagi menjejaki kisah hidup ayahnya. Haiqal berasa sangat rindu akan ayahnya. Dia terlalu ingin mengenali ayahnya setelah membaca manuskrip yang ditulis oleh ayahnya.

 

Menulis pendahuluan karangan murid galus

 Permainan tradisional seperti gasing, wau dan congkak telah terpinggir oleh arus pemodenan. 

Jelaskan usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh pelbagai pihak untuk menarik generasi muda meminatinya.

Tema/Isu : Permainan Tradisional
Fokus      : usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh pelbagai pihak untuk menarik generasi muda meminatinya.

Pendahuluan

  Mendepani dunia yang ternyata amat pantas berubah dan berkembang pesat, masyarakat alaf baru pada masa kini sering kali sibuk dengan tugas serta komitmen masing-masing. Namun begitu, jelas sekali rata –rata masyarakat di strata alam ini ternyata tidak pernah leka dan tidak pernah alpa berhubung isu permainan tradisional(标题 tajuk umum soalan). Justeru, terdapat usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh pelbagai pihak untuk menarik generasi muda meminatinya(涂黑的题目 tajuk soalan. Saya akan mengupasnya satu-persatu di dalam perenggan selanjutnya.

 


Perasaan saya setelah membaca novel Di Sebalik Dinara dan Silir Daksina

 

Berdasarkan novel yang anda kaji , huraikan perasaan anda setelah membaca novel tersebut.

 Di Sebalik Dinara

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Terdapat beberapa perasaan yang saya alami setelah membaca novel ini.

Antaranya, perasaan sedih. Saya berasa sedih melihat Farisha yang telah mengetahui ibu dan bapa kandungnya yang sebenar kerana selama ini dia telah dibela oleh keluarga angkat.

Seterusnya, perasaan gembira. Saya gembira melihat Medina yang akhirnya dapat bertemu semula dengan anak kandungnya, Farisha setelah lama berusaha untuk mencari dan menjejakinya. Dia telah terpisah dengan anak kandungnya itu sejak Farisha kecil lagi.

Selain itu, perasaan kecewa. Saya kecewa dengan tindakan Dr Maxi yang sanggup menjadikan Shida sebagai pengganti Farisha untuk menyelamatkan Sistem Dinar jika terjadi apa-apa kepada Farisha. Sedangkan tindakan itu boleh mendatangkan bahaya kepada Shida.

Selanjutnya, perasaan benci. Saya benci dengan sikap Karl yang sangat zalim terhadap kanak-kanak. Dia sanggup nmemasukkan implant ke dalam tubuh Farisha yang masih bayi tanpa dibius semata-mata untuk menjadikannya cerdik.

Disamping itu, perasaan terkejut/terperanjat. Saya terkejut apabila dapat mengetahui Farisha rupa-rupanya hanya anak angkat dalam keluarga Azrai.

Novel Silir Daksina

Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina. Setelah membaca novel ini pelbagai perasaan dapat saya rasai.

 Pertamanya, perasaan gembira. Saya gembira apabila melihat Umi , Walid dan adik tiri Haiqal datang ke balai raya Seri Purnama untuk melihat Haiqal yang sedang membuat persembahan tarian zapin.

Keduanya, perasaan sedih.  Saya sedih apabila Umi tidak membenarkan Haiqal mengikutnya untuk menghadiri majlis pengkebumian ayahnya di Batu Pahat kerana ketika itu dia sedang menduduki peperiksaan UPSR.

Seterusnya, perasaan kecewa. Saya kecewa apabila Umi tidak membenarkan Haiqal untuk pergi ke Kampung Seri Purnama bagi menjejaki kisah hidup ayahnya. Uminya juga mengugut untuk tidak memberi wang belanja kepada Haiqal.

Selain itu, perasaan simpati. Saya simpati melihat Cikgu Amirulnizam yang terpaksa berpisah dengan anaknya Haiqal kerana bercerai dengan isterinya. Dia menanggung perasaan yang teramat rindu terhadap anaknya itu hingga akhir hayatnya.

 

Selanjutnya, perasaan benci.  Saya benci melihat sikap abang Tauke Ong yang berjudi hingga rumah dan tanah mereka sekeluarga tergadai. Tauke Ong terpaksa hidup susah di tempat orang lain.

Sinopsis dilengkapi peristiwa bagi setiap plot novel Silir Daksina

 

Tulis sinopsis novel yang telah anda pelajari.                             7 markah]

 

 Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina bertemakan kekeluargaan.

 Permulaan cerita dimulakan dengan Haiqal Haqimi /Aiman yang mempunyai konflik jiwa, iaitu mahu mengenali ayahnya, Abdullah bin Kayan (Amirulnizam / Cikgu Zam).  Konflik jiwa ini bermula apabila dia menerima manuskrip daripada Ong See Hwa (Ai Ling) yang merupakan hasil tulisan tangan ayahnya. Sebelum Haiqal memasuki sekolah tadika, uminya telah memberitahu bahawa Walid itu bukan ayah kandungnya. Sewaktu ayahnya meninggal dunia, Haiqal tidak dapat mengikut umi dan walidnya menziarahi jenazah arwah ayahnya kerana dia sedang m,enduduki peperiksaan UPSR.

Peringkat perkembangan, Kisah Abdullah bin Kayan diceritakan dalam manuskrip sebagai Cikgu Amirulnizam atau Cikgu Zam di kampung halamannya, Kampung Seri Purnama. Cikgu Zam bertugas di sekolah rendah Kampung Seri Purnama. Cikgu Zam terlibat secara aktif dalam aktiviti sastera dan budaya dan telah menghidupkan kumpulan Zapin D’Purnama semula yang telah terkubur. Cikgu Zam mempunyai bakat dalam bidang penulisan novel, cerpen dan puisi. Di kampung tersebut dia mendapat sokongan padu daripada Tauke Lim, Pak cik Bakar, Haji Salleh dan orang-orang kampung yang lain. Cikgu Zam amat rindu akan anaknya lalu menumpukan kasih dan sayangnya terhadap anaknya itu kepada Ai Ling. Cikgu Zam telah menghidap penyakit tetapi penyakit yang ditanggungnya itu dirahsiakan. Sebelum akhir hayatnya, Cikgu Zam sempat menulis manuskrip dan manuskrip itu diserahkan kepada Ai Ling untuk disampaikan kepada anaknya, Aiman. Setelah Cikgu Zam meninggal dunia, manuskrip itu dihantar oleh Ai Ling kepada Haiqal yang berada di Kuala Trengganu. Haiqal berasa rindu akan ayahnya. Dia ingin menjejaki kehidupan ayahnya di Kampung Seri Purnama. Namun dia tahu bahawa uminyua tidak akan membenarkan dia ke sana. Haiqal banyak menceritakan konflik yang dihadapi kepada kawannya Ratna sewaktu dia mengunjungi gerai makan milik Ratna di Pantai Batu Buruk. Haiqal bertekad untuk memberitahu uminya tentang hasratnya untuk menjejaki kehidupan ayahnya, Abdullah bin Kayan .

Peringkat klimeks, Haiqal telah berbincang dengan umi dan walid selepas dia selesai menunaikan solat Maghrib. Haiqal memberitahu hasratnya untuk ke kampung halaman arwah ayahnya di Batu Pahat, Johor kepada uminya. Umi Haiqal tidak membenarkan dia ke kampung arwahnya. Haiqal dan uminya bergaduh tentang hasrat Haiqal tersebut. Uminya mengugut Haiqal bahawa dia tidak akan memberikan wang kepadanya sekiranya dia pergi ke kampung arwah ayahnya. Walid memahami perasaan Haiqal dan merestui pemergian Haiqal. Walid akan menampung perbelanjaan Haiqal sepanjang dia berada di Johor kelak.

Peleraian cerita, Haiqal telah pergi ke kampung ayahnya, iaitu Kampung Seri Purnama. Dengan bantuan Tauke Ong, See Hwa, Pak Cik Bakar dan Lazim, Haiqal dapat menjejaki bekas-bekas kehidupan arwah ayahnya. Haiqal mencadangkan agar kumpulan zapin D’Purnama dihidupkan semula selepas sekian lama terkubur. Haiqal terlibat dalam tarian zapin. Seminggu sebelum acara persembahan, Haiqal telah memaklumkan kepada walidnya tentang tarian zapin jincat itu. Lazim telah ditimpa kemalangan jalan raya sewaktu pulang dari kerja. Haji Salim mengemukakan cadangan supaya See Hwa mengantikan tempat Lazim.  Sewaktu Haiqal mempersembahkan tarian zapin di ats pentas, Haiqal ternampak uminya,walid, dan adik tirinya, Nurul Aisyah sedang menyaksikan persembahannya dari bahagian belakang balai raya. Haiqal amat gembira dan ingin berlari untuk memeluk ahli keluarganya itu sebagai tanda kesyukuran. Haiqal melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di Sarawak dalam bidang sastera. Ratna telah mengikat tali pertunangan dengan seorang usahawan muda yang sanggup menjadi rakan kongsinya.

 

 

Sinopsis lengkap peristiwa-peristiwa setiap peringkat plot novel Di Sebalik Dinara

 Tulis sinopsis novel yang telah anda pelajari.                             7 markah]

 

NOVEL DI SEBALIK DINARA

 Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara bertemakan persaingan penciptaan sains dan teknologi menghapuskan nilai-nilai kemanusiaan.

Permulaan cerita dimulakan dengan Farisha berkenalan dengan Aqram dalam penerbangan dari Nusa Jaya ke KLIA. Secara rahsia. Aqram telah mengambil cawan minuman Farisha dengan tujuan untuk menguji DNA gadis itu. Farisha tidak dapat masuk ke rumahnya kerana Azraai telah memasang pengimbas retina pada pintu rumahnya yang disewa bersama Shida. Farisha dan Rosman bertemu dengan Aqram di sebuah simposium. Aqram menawarkan projek mini kepada mereka. Farisha menyatakan persetujuannya terhadap projek itu. Dr Maxi menawarkan Rm 1.5 juta kepada Farisha dan Rosman untuk mengodam tiga kelompok komputer Soft Lab dalam tempoh empat minggu. 

Peringkat perkembagan, Karl terlantar sakit akibat barah dan projek Dinara di Soft Lab terhenti. Farisha dan Shida memulakan kerja di Soft Lab. Syarikat Soft Lab meminta Shida menulis sebuah rencana manakala Farisha akan mengodam dan mengukuhkan sistem dinara. Dalam keadaan bawah sedar, Alia telah berkomunikasi dengan Karl yang meminta pertolongan Farisha untuk menyelamatkan Dinara. Hal ini mengundang kemarahan Alia yang menyangka Farisha menjalin hubungan dengan Karl. Semasa meneliti kontrak yang diberikan oleh Soft Lab, Farisha mengalami sakit kepala secara tiba-tiba. Farisha terkejut apabila mendapat tahu bahawa Azraai terkena serangan jantung dan menerima berita bahawa dia ialah anak angkat dalam keluarga Azraai. Farisha telah pengsan di Soft Lab pada waktu pagi dan dikejarkan ke hospital. Dr Maxi bersedia dengan Plan B iaitu menyediakan Shida sebagai pengganti Farisha. Shida mencari bukti tentang penyakit Farisha tetapi tidak berjaya sebaliknya dia mengetahui rahsia Farisha yang merupakan anak angkat. Di hospital Farid dan Amin menggunakan peranti untuk mendapatkan maklumat daripada fikiran Farisha dan berjaya.

Peringkat klimeks, Dr Maxi mengarahkan Aqram, Khairul Anwar dan Alia bersedia untuk menyediakan Shida sebagai penganti Farisha. Dalam perjalanan ke Kulai Farisha telah diculik oleh orang suruhan mummy. Karl (Shida) mendedahkan kisah silamnya. Antaranya penyeksaan terhadap seorang wanita sehingga cacat dan pendedahan identiti sebenar Khairul Anwar. Rosman dan Azraai menuju ke Soft Lab. Keadaan di situ agak tegang apabila Karl (Shida) menyanyikan lagu yang didendangkan setiap kali dia selesai menyeksa Alia. Dr Haris memberikan amaran tentang kesihatan Karl yang semakin merosot namun tidak dipedulikan oleh Dr Maxi. Kedatangan Marilyn/ Medina ke Soft Lab telah membongkar rahsia bahawa dia dan Karl ialah ibu bapa kandung Farisha.

Peleraian cerita, semua orang bergegas ke rumah Karl. Mereka diberi peluang untuk berjumpa dengan Karl buat kali terakhir. Karl menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.00 malam.  Wasiat terakhir Karl ialah mayatnya dibakar, dan abunya ditabur di Selat Melaka. Shida berkelakuan aneh menyebabkan Aqram berpendapat bahawa Karl masih berada dalam diri Shida Farisha yang terkejut terus mendapatkan Medina. Aqram terus diam apabila Karl (Shida) menyatakan bahawa dia tidak sanggup meninggalkan Akeem

Thursday, January 28, 2021

Jawapan persoalan dan nilai kasih sayang novel Silir Daksina

 Persoalan dan Nilai Kasih Sayang Dalam Novel Silir Daksina



1. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan persoalan kasih sayang yang terdapat dalam novel tersebut.

Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah Silir Daksina karya Nizar Parman. Novel bertemakan kekeluargaan ini memaparkan beberapa persoalan kasih sayang.

Antaranya, persoalan kasih sayang anak terhadap ayahnya. Sebagai contohnya, Haikal amat sayang akan ayah kandungnya, Abdullah bin Kayan sehingga dia sanggup pergi ke kampung arwah ayahnya untuk menjejaki kehidupan silam arwah ayahnya.

Selain itu,  Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Buktinya, Umi tidak mahu Haiqal menjadi penulis seperti bapanya. Umi mahu Haiqal mewarisi perniagaan batik mereka yang mempunyai masa depan lebih cerah.

Selanjutnya, persoalan kasih sayang ayah terhadap anaknya. Sebagai contohnya, Cikgu Amirulnizam sangat merindui anaknya, Haiqal. Dia akan menatap gambar anaknya secara kerap hingga menitiskan air mata akibat kerinduan yang sangat mendalam..

 

2. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan nilai kasih sayang yang terdapat dalam novel tersebut. 

Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah Silir Daksina karya Nizar Parman. Novel bertemakan kekeluargaan ini memaparkan beberapa nilai kasih sayang.

Antaranya, nilai kasih sayang anak terhadap ayahnya. Sebagai contohnya, Haikal amat sayang akan ayah kandungnya, Abdullah bin Kayan sehingga dia sanggup pergi ke kampung arwah ayahnya untuk menjejaki kehidupan silam arwah ayahnya.

Selain itu,  nilai kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Buktinya, Umi tidak mahu Haiqal menjadi penulis seperti bapanya. Umi mahu Haiqal mewarisi perniagaan batik mereka yang mempunyai masa depan lebih cerah.

Selanjutnya, nilai kasih sayang ayah terhadap anaknya. Sebagai contohnya, Cikgu Amirulnizam sangat merindui anaknya, Haiqal. Dia akan menatap gambar anaknya secara kerap hingga menitiskan air mata akibat kerinduan yang sangat mendalam..

Pantun Keselamatan jalsn raya by Tok Yat

 Sultan Mahmud jalan bertandu Di tengah jalan minum nestum Tiada hormat sesama pemandu Jadi punca kereta berdentum. Arnab lari masuk  Hilang...