Tuesday, June 2, 2015

SKEMA JAWAPAN KARANGAN BAHAGIAN A (KARANGAN BERPANDU) SOALAN PERTENGAHAN TAHUN 2015



Bahagian A
[Masa yang dicadangkan:  45 minit]
[30 markah]
Lihat gambar di bawah ini dengan teliti.  Huraikan pendapat anda tentang kepentingan media sosial.  Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah kata.
CADANGAN SKEMA JAWAPANNYA.


Pada era modenisasi ini,  penggunaan media sosial dalam kehidupan seharian sudah menjadi satu trend pada masa kini. Perkembangannya bagai cendawan tunbuh selepas hujan. Kecanggihan aplikasi yang terdapat dalam laman sosial telah menarik semua peringkat usia manusia di muka bumi ini, baik yang bergelar pemimpin dunia, pemimpin negara, golongan profesional, ramaja sehinggalah golongan kanak-kanak. Penggunaannya  bertambah hangat apabila terdapat komputer riba dan telefon bimbit yang canggih direka turut menyediakan kepelbagaian fungsi untuk tujuan ini. Sudah pasti senario ini memberi kelangsungan penggunaan media sosial pada bila-bila masa dimana jua kita berada. Antara laman sesawang sosial yang menjadi pilihan khalayak ramai pada masa kini termasuklah Telegram, Facebook, Twitter, YouTube dan sebagainya. Persoalannya apakah kepentingan media sosial kepada kita sehingga jutaan masyarakat mengilainya? Di bawah ini saya akan perjelaskan kepentingannya secara terperinci.

            Sebagaimana yang kita ketahui, penggunaan laman sosial dapat menambah kenalan yang baru  dari seluruh dunia di samping hubungan yang telah lama terputus dapat dieratkan semula. Aplikasi Facebook, WhatsApp dan Telegram adalah pilihan yang sesuai untuk senario ini. Kita boleh memilih rakan baru pada setiap masa baik atas permintaan kita ataupun permintaan dari pemilik akaun rakan yang lain. Komen-komen terhadap gambar aktiviti individu yang dimuat naik secara berterusan akan mengeratkan hubungan sesama rakan. Bagi seseorang yang telah menamatkan sesuatu pengajian di sekolah, kolej atau universiti menyebabkan mereka telah terputus hubungan antara satu sama lain. Laman sosial ini boleh digunakan sebagai suatu wahana utama untuk mencari kenalan lama yang telah terputus. Melalui media sosial mereka dapat mengetahui kerjaya yang telah diceburi oleh rakan dan dapat berinteraksi antara satu sama lain seterusnya mengikat hubungan mereka bagai aur dengan tebing. Mereka juga dapat menyampaikan maklumat seperti mengadakan satu perjumpaan di sesuatu tempat dengan mengumpulkan rakan-rakan sebagai aktiviti 'reunion'. Perkara ini menjadi mudah kerana dapat menjimatkan masa dan tenaga dengan cara menggunakan kemudahan yang berada di depan mata. Jelaslah bahawa selain dapat menemukan semula rakan lama,  media sosial juga boleh menambahkan kenalan  baru yang jauh dan yang dekat.

            Seterusnya, penggunaan laman sosial tersebut juga dapat dimanfaatkan sebagai wahana untuk menjana pendapatan yang lumayan. Melalui Facebook,  Blog, Twittwe dan sebagainya, kita boleh mengembangkan perniagaan atau memasarkan produk secara percuma tanpa memerlukan seseorang itu bersemuka secara empat mata. Orang ramai dapat membeli sesuatu barangan seperti tudung, jubah, kasut, barangan perhiasan, kosmetik, buku, barangan elektronik seperti kamera digital dan komputer dengan menggunakan laman sosial tersebut. Mereka juga dapat menjadikan laman sosial tersebut sebagai alternatif menambahkan sumber pendapatan bulanan mereka. Hal ini demikian kerana pada waktu pagi dan petang seseorang itu terlibat secara langsung dengan kerjaya masing-masing. Pada waktu lapang, mereka dapat memasarkan sesuatu barangan yang dapat menarik perhatian orang ramai seperti kata peribahasa sambil menyelam minum air. Harga dan kualiti barang yang ditawarkan adalah berbaloi dengan harga pasaran semasa. Proses pembelian adalah mudah iaitu membuat tempahan, bayaran dibuat melalui akaun bank penjual yang dipaparkan dan barangan dihantar melalui pos laju. Hal ini dapat menjimatkan masa dan  tidak perlu bersesak-sesak di pusat beli-belah. Tegasnya laman sosial  dapat mewujudkan perniagaan di hujung jari tanpa had masa dan mampu melahirkan ramai usahawan yang berjaya.

Selanjutnya, media sosial dapat menyampaikan maklumat dengan pantas. Hasilnya  setiap  pelajar, sama ada di peringkat sekolah mahupun universiti telah terdedah dengan kebanjiran ilmu pengetahun. Sesuai dengan pepatah Melayu menyatakan pucuk dicita ulam mendatang dan orang mengantuk disorongkan bantal segala maklumat yang diingini boleh diperolehi secara mudah dengan hanya menggunakan enjin carian google dan yahoo tanpa perlu pergi ke perpustakaan. Dengan menaip tajuk yang berkaitan, enjin carian ini akan mencadangkan beberapa ratus laman sesawang media sosial yang membincangkan tajuk yang berkaitan. Selain boleh memuat turun buku elektronik secara percuma ataupun berbayar, pelajar juga boleh mendapatkan sampel tugasan untuk dijadikan rujukan.  Segala maklumat ini hanya berada di hujung jari. Tambahan pula, pelajar boleh menambah ilmu pengetahuan di luar skop tanpa bergantung kepada silibus pelajaran di sekolah sahaja. Terbuktilah media sosial mampu memberikan manfaat kepada golongan pelajar. Ibu bapa juga boleh menggunakan manfaat ini untuk mencari tips menarik di media sosial seperti tips keibubapaan, resepi masakan dan sebagainya untuk diaplikasikan di dalam kehidupan. Bagi seorang guru, media sosial boleh digunakan untuk memberi tambahan tugasan yang menarik  dalam setiap topik pembelajaran yang telah diajarkan kepada anak didik mereka seterusnya dapat meningkatkan kualiti pembelajaran di sekolah. Dapat dirumuskan di sini bahawa media sosial dapat membekalkan pelbagai ilmu pengetahuan yang berguna untuk dibaca dan diamalkan dalam kehidupan semasa.

            Sejurusnya, laman sosial turut memberi ruang dan peluang untuk pengguna berkongsi suara fikiran masing-masing bergantung kepada isu-isu semasa yang mahu diketengahkan. Hal ini dapat dilakukan sesama rakan, antara guru dan murid, media massa dan orang awam, artis dan peminat, malah antara pemimpin dan rakyat sebagai medan komunikasi. Dengan adanya medium komunikasi baharu ini seperti aplikasi Twitter, secara tidak langsung membolehkan para peminat mengenali artis kesayangan mereka dengan lebih dekat apabila mereka berpeluang membaca apa-apa juga komen yang ditulis oleh setiap artis. Malah, sebagai pemimpin negara nombor satu, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak turut gemar melayari web sosial Facebook dan Twitter. Selain beliau, Presiden AS, Barack Obama, dan Presiden Perancis, Nicholas Sarkozy antara pemimpin yang turut menggunakan Facebook. Mereka ini merupakan antara jutaan manusia di seluruh dunia terpanggil untuk menyertai rangkaian laman web sosial bagi berhubungan dengan orang ramai terutama rakyat Malaysia yang ingin merapatkan jurang politik antara golongan muda dan lama. Tegasnya, dengan jaringannya yang begitu meluas menjadikan hubungan antara insan semakin mesra, rapat dan dekat seperti diwarkan-warkan – “Rakyat Didahulukan; Pencapaian Diutamakan”.

Selain itu, penggunaan media sosial dapat menjimatkan kos membayar bil telefon dan internet. Sesuai untuk pelajar, ibu bapa yang bertugas di luar negara, kini mereka mampu tersenyum lebar kerana dengan menggunakan aplikasi berbual secara talian seperti skype, yahoo messenger dan sebagainya, kita  mampu untuk mebuat panggilan video, panggilan suara dan “berchatting” dengan sanak saudara dengan percuma. Dengan ini, pelajar dan ibu bapa yang belajar atau bekerja di luar negara mampu untuk berhubung terus dengan saudara mara mereka ketika berada di perantauan tanpa perlu bimbang akan soal bil internet kerana bil internet adalah tetap untuk setiap bulan. Kos yang diperuntukkan untuk berhubung dengan keluarga mampu dikurangkan secara lebih berkesan dan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Masalah jarak beribu batu sudah tidak menjadi alasan untuk berhubung dengan ahli keluarga secara kerap. Bagi pelajar yang berkahwin di luar negara, hari bahagia seperti majlis perkahwinan mereka dapat dikongsi sama tanpa perlu  mengeluarkan kos penginapan dan tiket penerbangan. Hal ini kerana majlis perkahwinan anak mereka boleh ditonton oleh keluarga secara langsung menggunakan skype walaupun dimana jua anda berada. Sudah semestinya penjimatan seperti ini sangat diperlukan oleh para pelajar dan pekerja yang tinggal di luar negara. Jelaslah, perkembangan media sosial sebagai medium perhubungan mampu membawa kebaikan yang positif dan pengjimatan kepada penggunanya.

Akhirnya, kebaikan media sosial yang lain ialah dapat digunakan sebagai medium untuk rakyat bersuara. Segala aduan boleh terus diadukan kepada saluran yang betul seperti laman sesawang Facebook Perdana Menteri atau stesyen-stesyen televisyen yang menjadi penyalur maklumat kepada pihak berkuasa. Jika aduan atau cadangan yang dilontarkan berasas, pihak-pihak berkuasa akan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menangani masalah yang sedang berlaku. Cara ini mungkin akan lebih berkesan kerana wakil-wakil rakyat mula menggunakan media sosial sebagai medium untuk mendekatkan diri dengan rakyat  dan  mendengar semua keluhan dan aduan rakyat di kawasan mereka. Melalui media sosial, seseorang pemimpin boleh berkongsi pendapat, meminta pandangan pelan tindakan yang dirancangnya.. Melalui media sosial juga, individu yang tidak mempunyai keberanian untuk bersuara secara berdepan dengan pemimpin juga mampu untuk tampil membuat cadangan atau kritikan secara lebih sihat tanpa melalui demonstrasi jalanan yang dianjurkan pihak tertentu. Namun kerjasama dari pihak pemimpin juga amat diperlukan untuk menjayakan lagi pendekatan ini supaya mampu memberikan peluang kepada rakyat untuk membuat penambahbaikan dalam sistem-sistem tertentu untuk memperkasakan lagi corak pentadbiran negara dalam proses untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Justeru, terbukti media sosial mampu menjadi medium untuk rakyat bersuara demi kemajuan negara bangsa tercinta.

Konklusinya, media sosial mampu membawa kepada kebaikan yang ketara kepada pengguna jika digunakan secara bijak. Justeru, ibu bapa mahupun penjaga haruslah memantau anak mereka ketika mereka menggunakan media sosial  untuk memastikan mereka tidak melayari laman-laman sesawang yang berunsur lucah yang mampu merosakkan minda si anak. Oleh itu, ibu bapa seharusnya memasang aplikasi untuk menyekat akses kepada laman sesawang yang tidak mempunyai moral untuk melindungi mereka daripada agen propaganda barat yang mahu merosakkan pemikiran remaja seluruh dunia melalui muzik dan fesyen yang keterlaluan yang semakin mendapat tempat di hati remaja di Malaysia. Pengguna juga harus lebih berhati-hati ketika berurusan secara talian dan tidak mededahkan maklumat diri anda sewenang-wenangya kerana kadar jenayah di internet telah meningkat sejak akhir-akhir ini yang telah menelan kerugian jutaan ringgit. Di harapkan semua pihak tampil untuk  bekerjasama dalam memastikan media sosial sentiasa digunakan di jalan yang betul. Gutu juga boleh memainkan peranan mendedahkan laman-laman sesawang pendidikan serta menerapkan nilai-nilai murni dikalangan pelajar supaya mereka mengetahui baik dan buruk menggunakan media sosial bertepatan dengan slogan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan iaitu pemimpin dalam menyebarkan kebaikan media sosial  kepada rakyat supaya kebaikan ini dapat memberikan kesan postif kepada mereka dan mampu meningkatkan kualiti hidup kearah yang lebih baik pada masa yang akan datang.

Bacaan Tambahan Mengenai Kelebihan Media Sosial - Aplikasi sosial menghilangkan bosan

Aplikasi pilihan hilangkan bosan

Bukan semua aplikasi di telefon pintar dapat membantu mengurangkan rasa serabut, tapi ada beberapa yang mampu menceriakan ‘mood’ kita.
Telefon pintar ibarat ‘harta’ wajib ada bagi setiap remaja. Ia ibarat teman ketika kita di dalam situasi membosankan. SHUHADA MANSOR kongsi beberapa aplikasi yang berguna pada saat anda memerlukannya.
Ketika menunggu giliran, berada dalam kenderaan awam atau dalam perjalanan ke destinasi, kita pasti akan bosan menanti situasi ini berakhir.
Hanya satu jalan penyelesaian untuk ‘mematikan’ rasa bosan iaitu dengan melayari apa saja dihidangkan di dalam telefon pintar.
Media sosial antaranya yang paling menjadi pilihan anak muda. Bukan hanya ketika bosan malah ada yang terlalu leka ‘melayan’ hingga membuang masa. Tidak dinafikan, perkembangan teknologi menjadikan gajet ini satu benda yang menyenangkan walaupun ada kalanya obsesi kita hingga membuatkan kita lupa betapa pentingnya masa.
GENG MEDIA SOSIAL
Kumpulan pengkaji, Pew Research Center yang berpeng­kalan di Amerika Syarikat berkata kewujudan media sosial sejak beberapa tahun lalu masih relevan dalam kalangan remaja masa kini. Menurut organisasi itu, mereka menyenaraikan empat media sosial yang kekal dilayari remaja tanpa mengira waktu.
Facebook - Facebook masih menjadi keutamaan dalam kumpulan aplikasi media sosial yang paling banyak dilayari sejak kehadiran telefon pintar. Dilaporkan, lebih 71 peratus pengguna Internet mempunyai akaun Facebook dan lebih memeranjatkan apabila kumpulan pengguna berumur 65 tahun ke atas turut aktif dalam media ini. Apa yang menjadikan Facebook di tangga teratas adalah pengguna menjalin komunikasi dengan teman lama selain mencari artikel dan berita terkini.
Instagram - Berfungsi seperti album gambar, Instagram menjadi kegilaan remaja masa kini. Perkongsian momen indah membabitkan pengembaraan, kehidupan harian, makanan, fesyen dan sebagainya memberi idea baru kepada kita. Difahamkan, jumlah pengguna Instagram kini mencecah lebih 300 juta orang di seluruh dunia.
Path - Seperti Facebook namun kandungan Path lebih ringkas dan ringan menjadikan ia pilihan anak muda yang sukakan suasana lebih tenang. Mungkin ia kurang popular di Malaysia tetapi Path menjadi antara media sosial pilihan pertama di sesetengah negara. Untuk kelainan dan hilangkan rasa bosan, path antara yang dicari.
KELOMPOK GILA GAME
Berdasarkan penelitian dijalankan Pasaran Aplikasi Android atas Talian, Mobomarket menjelaskan terdapat tiga kategori aplikasi paling banyak dimuat turun iaitu membabitkan game, media sosial dan fotografi.
Candy Crush - Permainan game yang ringan ini antara paling banyak dimuat turun oleh pengguna telefon pintar. Bermula daripada tahap mudah hingga ke tangga sukar menjadikan kita fokus untuk menyelesaikan halangan. Rasa bosan dengan mudah dapat dilupakan apabila anda fokus dengan game ini.
Subway Surfer - Permainan yang memerlukan pemain melarikan diri daripada polis ini menjadi kegilaan remaja sekarang. Pengguna dapat membayangkan keadaan sebenar apabila berusaha membantu pemain utama melarikan diri. Justeru, bukan hanya menghilangkan rasa bosan malah kita mungkin lupa waktu sebenar sekiranya fokus permainan ini.
KUMPULAN BERSOSIAL
WhatsApp - Bagi pemilik telefon pintar khususnya di negara ini, pastinya ‘wajib’ mempunyai aplikasi berborak ini di dalam gajet anda. Bukan hanya komunikasi membabit­kan dua orang, tetapi ia membolehkan anda mencipta kumpulan terdiri lebih 50 orang. Tidak semestinya perihal penting dibicarakan, ada kalanya perkongsian isu kelakar juga dapat menggembirakan hari anda.
Line - Sama seperti WhatsApp, aplikasi ini menjadi pilihan pengguna di negara luar antaranya China. Kepelbagaian elemen tambahan yang menceriakan lagi perbualan menjadikan tarikan sepanjang masa.
Gen Y faham kehendak anak muda. Dengan wujudnya ribuan jenis aplikasi dicipta untuk kita, ia dapat membantu kita menjadi individu yang lebih cepat dan terbuka dalam segala hal. Namun perlu diingat, jangan hanya me­ngejar keseronokan sendiri ­hingga lupa dibuang tanpa ada pengisian sepatutnya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/55432#sthash.asOy82qc.dpuf

Aplikasi pilihan hilangkan bosan

Bukan semua aplikasi di telefon pintar dapat membantu mengurangkan rasa serabut, tapi ada beberapa yang mampu menceriakan ‘mood’ kita.
Telefon pintar ibarat ‘harta’ wajib ada bagi setiap remaja. Ia ibarat teman ketika kita di dalam situasi membosankan. SHUHADA MANSOR kongsi beberapa aplikasi yang berguna pada saat anda memerlukannya.
Ketika menunggu giliran, berada dalam kenderaan awam atau dalam perjalanan ke destinasi, kita pasti akan bosan menanti situasi ini berakhir.
Hanya satu jalan penyelesaian untuk ‘mematikan’ rasa bosan iaitu dengan melayari apa saja dihidangkan di dalam telefon pintar.
Media sosial antaranya yang paling menjadi pilihan anak muda. Bukan hanya ketika bosan malah ada yang terlalu leka ‘melayan’ hingga membuang masa. Tidak dinafikan, perkembangan teknologi menjadikan gajet ini satu benda yang menyenangkan walaupun ada kalanya obsesi kita hingga membuatkan kita lupa betapa pentingnya masa.
GENG MEDIA SOSIAL
Kumpulan pengkaji, Pew Research Center yang berpeng­kalan di Amerika Syarikat berkata kewujudan media sosial sejak beberapa tahun lalu masih relevan dalam kalangan remaja masa kini. Menurut organisasi itu, mereka menyenaraikan empat media sosial yang kekal dilayari remaja tanpa mengira waktu.
Facebook - Facebook masih menjadi keutamaan dalam kumpulan aplikasi media sosial yang paling banyak dilayari sejak kehadiran telefon pintar. Dilaporkan, lebih 71 peratus pengguna Internet mempunyai akaun Facebook dan lebih memeranjatkan apabila kumpulan pengguna berumur 65 tahun ke atas turut aktif dalam media ini. Apa yang menjadikan Facebook di tangga teratas adalah pengguna menjalin komunikasi dengan teman lama selain mencari artikel dan berita terkini.
Instagram - Berfungsi seperti album gambar, Instagram menjadi kegilaan remaja masa kini. Perkongsian momen indah membabitkan pengembaraan, kehidupan harian, makanan, fesyen dan sebagainya memberi idea baru kepada kita. Difahamkan, jumlah pengguna Instagram kini mencecah lebih 300 juta orang di seluruh dunia.
Path - Seperti Facebook namun kandungan Path lebih ringkas dan ringan menjadikan ia pilihan anak muda yang sukakan suasana lebih tenang. Mungkin ia kurang popular di Malaysia tetapi Path menjadi antara media sosial pilihan pertama di sesetengah negara. Untuk kelainan dan hilangkan rasa bosan, path antara yang dicari.
KELOMPOK GILA GAME
Berdasarkan penelitian dijalankan Pasaran Aplikasi Android atas Talian, Mobomarket menjelaskan terdapat tiga kategori aplikasi paling banyak dimuat turun iaitu membabitkan game, media sosial dan fotografi.
Candy Crush - Permainan game yang ringan ini antara paling banyak dimuat turun oleh pengguna telefon pintar. Bermula daripada tahap mudah hingga ke tangga sukar menjadikan kita fokus untuk menyelesaikan halangan. Rasa bosan dengan mudah dapat dilupakan apabila anda fokus dengan game ini.
Subway Surfer - Permainan yang memerlukan pemain melarikan diri daripada polis ini menjadi kegilaan remaja sekarang. Pengguna dapat membayangkan keadaan sebenar apabila berusaha membantu pemain utama melarikan diri. Justeru, bukan hanya menghilangkan rasa bosan malah kita mungkin lupa waktu sebenar sekiranya fokus permainan ini.
KUMPULAN BERSOSIAL
WhatsApp - Bagi pemilik telefon pintar khususnya di negara ini, pastinya ‘wajib’ mempunyai aplikasi berborak ini di dalam gajet anda. Bukan hanya komunikasi membabit­kan dua orang, tetapi ia membolehkan anda mencipta kumpulan terdiri lebih 50 orang. Tidak semestinya perihal penting dibicarakan, ada kalanya perkongsian isu kelakar juga dapat menggembirakan hari anda.
Line - Sama seperti WhatsApp, aplikasi ini menjadi pilihan pengguna di negara luar antaranya China. Kepelbagaian elemen tambahan yang menceriakan lagi perbualan menjadikan tarikan sepanjang masa.
Gen Y faham kehendak anak muda. Dengan wujudnya ribuan jenis aplikasi dicipta untuk kita, ia dapat membantu kita menjadi individu yang lebih cepat dan terbuka dalam segala hal. Namun perlu diingat, jangan hanya me­ngejar keseronokan sendiri ­hingga lupa dibuang tanpa ada pengisian sepatutnya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/55432#sthash.asOy82qc.dpuf

Friday, May 8, 2015

Amalan Gaya Hidup Sihat



                  Pada era globalisasi dan multimedia tanpa limitasi ini, polemik amalan gaya hidup sihat sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat. Pihak media massa sama ada media cetak mahupun elektronik tidak jemu-jemu mengentengahkan perkara tersebut sebagai polemik utama dalam pojok penulis khas, ruangan penulis jemputan, ruangan komentar atau ruangan berita semasa. Peribahasa menyatakan bahawa kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang. Dalam kalangan masyarakat pula, perkara tersebut sudah menjadi bahan percakapan sensasi tidak kira dimana jua mereka berada seperti di sekolah, di restoran, di rumah dan sebagainya. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya perkara di atas sehingga di bahaskan di mana-mana. Amalan gaya hidup sihat bermaksud amalan penjagaan kesihatan seseorang pada masa kini secara holistik baik kesihatan tubuh badan mahupun kesihatan dan kebersihan persekitarannya. Hal ini kerana antara manusia dan persekitarannya ada nilai  'check in balance'  terhadap kesihatan manusia. Oleh itu, kesihatan amat penting dalam kehidupan seharian manusia. Persoalannya,  bagaimanakah manusia dapat menjalani amalan gaya hidup sihat mereka sehari-hari? Di bawah ini saya akan menyatakan cadangan amalan gaya hidup sihat yang boleh dilakukan oleh seseorang individu.
                
                 Antara amalan gaya hidup sihat yang boleh dilakukan oleh seseorang individu ialah pengambilan makanan seimbang. Makanan seimbang bermaksud setiap diet makanan perlu ada gabungan kumpulan makanan terdiri daripada  karbohaidrat, protein, lemak, garam galian, vitamin dan air. Hal ini kerana, makanan yang seimbang mengandungi pelbagai nutrien yang diperlukan oleh sel-sel dalam badan kita. Sebagai contoh, seseorang individu untuk mendapat berat badan yang lebih ideal perlu mengambil diet makan terdiri daripada 60% karbohaidrat , 20% protein, 15% garam galian dan vitamin, 5% lemak dan air yang secukupnya. Selain itu, seseorang individu itu akan lebih sihat kerana kurangnya risiko mendapat penyakit seperti sakit jantung, darah tinggi, saikt buah pinggang dan sebagainya.  Pengambilan makanan seimbang juga membantu  mengelakkan seseorang itu daripada mengalami obesiti. Obesiti ini, eroninya berlaku apabila lemak yang diambil secara berlebihan berkumpul di dalam badan dalam bentuk kasterol. Hal ini sering terjadi kepada remaja hari ini kerana mereka tidak mengambil makanan yang seimbang. Kebanyakan mereka lebih gemar mengambil makanan ringan berbanding makanan yang menyihatkan. Berbalik kepada piramid makanan, pengambilan diet makanan yang seimbang membawa kesihatan badan yang lebih unggul kerana makan seimbang mengandungi semua zat yang akan diresap oleh badan. Oleh itu, jelaslah bahawa mengambil makanan seimbang merupakan salah satu amalan gaya hidup sihat.

                     Selain itu, amalan gaya hidup sihat boleh dilakukan dengan cara memastikan kawasan persekitaran yang bersih. Persekitaran yang bersih akan memastikan sumber protein seperti ikan dan udang, udara yang terapung dipersekitaran hidup serta sumber air tidak tercemar dan mengalami kerosakan. Hal ini kerana jika persekitaran tidak bersih kita turut mendapat impak negatifnya. Sebagai contoh, jika persekitaran sesebuah kawasan itu kotor, maka secara tidak  langsung kita akan menghirup udara yang tidak bersih. Hal ini sering terjadi bagi mereka yang tinggal berhampran sungai, di mana semua sampah, sisa toksid dan bahan kimia dibuang ke dalam sungai. Tanpa disedari air sungai tadi sudah tercemar. Hal ini bukan sahaja telah memberi kesan kepada kehidupan seseorang individu itu sendiri, malah kepada negara. Imej negara juga akan tercalar rentetan daripada kes ini. Hal ini yang demikian, kerana Malaysia merupakan negara yang kaya dengan pelancong. Apakah tanggapan pelancong jika melihat perkara ini? Mereka pasti menyangka yang negatif bukan. Oleh itu, kita perlulah memastikan dan menjaga persekitaran supaya kekal bersih agar sumber protein, air dan udara bersih dan nyaman dapat kita nikmati dan hirup dengan selesa.

                Seterusnya, seseorang individu juga perlu mengamalkan senaman secara bulat hati.  Senaman ialah aktiviti merengang dan membina otot yang sudah tegang kembali lembut dan sihat akibat daripada aktiviti atau pekerjaan yang dilakukan seharian. Kegagalan mengembalikan kesegaran otot, otot akan menjadi artrophy (otot mengecut) bak kata pepatah ingat sebelum kena, jimat sebelum habis. Senaman  merupakan salah satu aktiviti riadah yang boleh  dilakukan dipersekitaran rumah kita pada setiap masa. Cara terbaik melakukan senaman yang  dicadangkan ialah melakukan senaman selama 30 minit  yang dilakukan sebanyak dua kali dalam seminggu.  Antara contoh aktiviti senaman fizikal termasuklah aktiviti  berjalan ,  berjoging, berbasikal keliling rumah atau taman , bermain badminton dan sebagainya.  Aktiviti fizikal dapat menghasilkan pembinaan otot-otot badan, ligamen dan sendi yang kuat. Secara dalaman, bersenam juga dapat menguatkan struktur jantung, otot-otot  disekeliling jantung, salur darah untuk menghantar darah segar beroksigen dalam kuantiti yang banyak pada masa yang singkat untuk sekali tekanan .  Menariknya, berkebun juga merupakan salah satu aktiviti senaman yang  boleh dilakukan pada masa lapang  disamping membuka jalan impak yang positif. Selain dapat mengeluarkan peluh, seseorang individu dapat menjimatkan kos bekalan makanan, menceriakan persekitaran rumah  dan dapat membantu negara mengatasi masalah bekalan sayur-sayuran seperti cili, tomato, sawi dan sebagainya. Oleh itu, jelaslah bahawa senaman adalah satu gaya hidup sihat yang perlu dipraktikkan dalam setiap kehidupan manusia.

                 
                      Selain itu, amalan gaya hidup paling dituntut oleh setiap orang adalah amalan membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala. Pemeriksaan kesihatan berkala bermaksud peperiksaan kesihatan terhadap fizikal individu secara tetap yang biasa dilakukan oleh seseorang seperti  pemeriksaan kesihatan sebulan sekali, tiga bulan sekali, enam bulan sekali atau sekali setahun. Pemeriksaan berkala seharusnya dilakukan oleh semua orang sama ada mempunyai penyakit atau sihat . Pemeriksaan berkala boleh dilakukan di klinik yang dilantik oleh keluarga, klinik kerajaan, klinik swasta atau hospital.  Antara pemeriksaan kesihatan secara berkala yang boleh dilakukan termasuklah pemeriksaan gigi, darah dan sebagainya. Melalui pemeriksaan ini setiap individu akan dapat mengetahui status kesihatannya pada setiap masa. Bagi individu yang telah menghadapi penyakit darah tinggi, pemeriksaan yang telah ditetapkan oleh doktor sekali sebulan perlu diikuti dan bekalan ubat-ubat yang diberi perlu dihabiskan mengikut jadual pemakanan ubat yang telah ditetapkan. Selain pesakit mendapat khidmat nasihat dari doktor pakar, individu juga dapat mengetahui perkembangan status penyakitnya sebagai rujukan dari semasa ke semasa. Hal ini sangat efektif bagi mengurangkan penyakit yang dihidapi oleh pesakit. Adalah jelas bahawa pemeriksaan kesihatan secara berkala bak kata pepatah pahit dahulu, manis kemudian wajar dilakukan oleh setiap individu sebagai salah satu amalan gaya hidup sihat.
                 
                        Konklusinya, amalan gaya hidup sihat adalah sinonim dengan kehidupan seharian kita bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. Ini bermaksud kita perlu menyediakan diri dalam keadaan siap siaga ke atas kesihatan diri kerana penyakit akan datang dalam diri kita pada bila-bila masa bak kata pepatah hari tidak selalunya panas. Oleh itu kita perlulah menjaga kesihatan kita sebaik-baiknya pada setiap masa dari dari sebarang  penyakit bak kata pepatah jerat tidak lupa akan pelanduk, tetapi pelanduk lupa akan jerat.  Janganlah sudah sakit baru kita mahu menjaganya umpama  kata pepatah sudah terhantuk baru terngadah kerana diwaktu itu nasi sudah menjadi bubur. Tiada apa lagi yang boleh kita lakukan diwaktu itu. Jika kita cuba mengubati diri sendiri dengan cara sendiri diwaktu itu ibarat tikus membetulkan labu-labunya . Dikala itu hanya kekesalan yang akan dapat kita tangisi kerana penyakit sudah terjadi bak kata pepatah sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi. Kesihatan adalah anugerah Allah yang sangat bernilai dan perlu dijaga rapi. Jagalah ia sebaik mungkin sebelum nikmat dan anugerah tersebut ditarik semula.

Isi lain dicadangkan
# Rehat yang cukup
# Bercuti untuk melancong dan berlibur
#Tidak merokok
#Tidak mengamalkan seks bebas
#Tidak tidur lewat

Pantun Keselamatan jalsn raya by Tok Yat

 Sultan Mahmud jalan bertandu Di tengah jalan minum nestum Tiada hormat sesama pemandu Jadi punca kereta berdentum. Arnab lari masuk  Hilang...