Bahagian
A
[Masa yang dicadangkan: 45
minit]
[30
markah]
Lihat gambar di bawah ini
dengan teliti. Huraikan pendapat anda
tentang kepentingan media sosial.
Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah kata.
CADANGAN SKEMA JAWAPANNYA.
Bacaan Tambahan Mengenai Kelebihan Media Sosial - Aplikasi sosial menghilangkan bosan
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/55432#sthash.asOy82qc.dpuf

Pada era
modenisasi ini, penggunaan media sosial dalam kehidupan seharian sudah
menjadi satu trend pada masa kini. Perkembangannya bagai cendawan tunbuh selepas hujan. Kecanggihan
aplikasi yang terdapat dalam laman sosial telah menarik semua peringkat usia
manusia di muka bumi ini, baik yang bergelar pemimpin dunia, pemimpin negara,
golongan profesional, ramaja sehinggalah golongan kanak-kanak. Penggunaannya bertambah hangat apabila terdapat komputer
riba dan telefon bimbit yang canggih direka turut menyediakan kepelbagaian
fungsi untuk tujuan ini. Sudah pasti senario ini memberi kelangsungan
penggunaan media sosial pada bila-bila masa dimana jua kita berada. Antara laman
sesawang sosial yang menjadi pilihan khalayak ramai pada masa kini termasuklah
Telegram, Facebook, Twitter, YouTube dan sebagainya. Persoalannya
apakah kepentingan media sosial kepada kita sehingga jutaan masyarakat
mengilainya? Di bawah ini saya akan perjelaskan kepentingannya secara
terperinci.
Sebagaimana yang kita ketahui,
penggunaan laman sosial dapat menambah kenalan yang baru dari
seluruh dunia di samping hubungan yang telah lama terputus dapat dieratkan
semula. Aplikasi Facebook, WhatsApp dan Telegram adalah pilihan yang
sesuai untuk senario ini. Kita boleh memilih rakan baru pada setiap masa baik
atas permintaan kita ataupun permintaan dari pemilik akaun rakan yang lain. Komen-komen
terhadap gambar aktiviti individu yang dimuat naik secara berterusan akan
mengeratkan hubungan sesama rakan. Bagi seseorang yang telah menamatkan sesuatu
pengajian di sekolah, kolej atau universiti menyebabkan mereka telah terputus
hubungan antara satu sama lain. Laman sosial ini boleh digunakan sebagai suatu wahana
utama untuk mencari kenalan lama yang telah terputus. Melalui media sosial mereka
dapat mengetahui kerjaya yang telah diceburi oleh rakan dan dapat berinteraksi
antara satu sama lain seterusnya mengikat hubungan mereka bagai aur dengan tebing. Mereka juga dapat menyampaikan maklumat
seperti mengadakan satu perjumpaan di sesuatu tempat dengan mengumpulkan
rakan-rakan sebagai aktiviti 'reunion'. Perkara ini menjadi mudah kerana dapat
menjimatkan masa dan tenaga dengan cara menggunakan kemudahan yang berada di
depan mata. Jelaslah bahawa selain dapat menemukan semula rakan lama, media sosial juga boleh menambahkan kenalan baru yang jauh dan yang dekat.
Seterusnya, penggunaan laman sosial
tersebut juga dapat dimanfaatkan sebagai wahana untuk menjana
pendapatan yang lumayan. Melalui Facebook, Blog, Twittwe dan sebagainya, kita boleh mengembangkan
perniagaan atau memasarkan produk secara percuma tanpa memerlukan seseorang itu
bersemuka secara empat mata. Orang ramai dapat membeli sesuatu barangan seperti
tudung, jubah, kasut, barangan perhiasan, kosmetik, buku, barangan elektronik
seperti kamera digital dan komputer dengan menggunakan laman sosial tersebut.
Mereka juga dapat menjadikan laman sosial tersebut sebagai alternatif
menambahkan sumber pendapatan bulanan mereka. Hal ini demikian kerana pada
waktu pagi dan petang seseorang itu terlibat secara langsung dengan kerjaya
masing-masing. Pada waktu lapang, mereka dapat memasarkan sesuatu barangan yang
dapat menarik perhatian orang ramai seperti kata peribahasa sambil menyelam minum air. Harga dan
kualiti barang yang ditawarkan adalah berbaloi dengan harga pasaran semasa.
Proses pembelian adalah mudah iaitu membuat tempahan, bayaran dibuat melalui
akaun bank penjual yang dipaparkan dan barangan dihantar melalui pos laju. Hal
ini dapat menjimatkan masa dan tidak perlu bersesak-sesak di pusat
beli-belah. Tegasnya laman sosial dapat
mewujudkan perniagaan di hujung jari tanpa had masa dan mampu melahirkan ramai usahawan
yang berjaya.
Selanjutnya,
media sosial dapat menyampaikan
maklumat dengan pantas. Hasilnya
setiap pelajar, sama ada di
peringkat sekolah mahupun universiti telah terdedah dengan kebanjiran ilmu pengetahun.
Sesuai dengan pepatah Melayu menyatakan pucuk
dicita ulam mendatang dan orang mengantuk disorongkan bantal segala
maklumat yang diingini boleh diperolehi secara mudah dengan hanya menggunakan
enjin carian google dan yahoo tanpa perlu pergi ke perpustakaan. Dengan menaip
tajuk yang berkaitan, enjin carian ini akan mencadangkan beberapa ratus laman
sesawang media sosial yang membincangkan tajuk yang berkaitan. Selain boleh
memuat turun buku elektronik secara percuma ataupun berbayar, pelajar juga boleh
mendapatkan sampel tugasan untuk dijadikan rujukan. Segala maklumat ini hanya berada di hujung
jari. Tambahan pula, pelajar boleh menambah ilmu pengetahuan di luar skop tanpa
bergantung kepada silibus pelajaran di sekolah sahaja. Terbuktilah media sosial
mampu memberikan manfaat kepada golongan pelajar. Ibu bapa juga boleh
menggunakan manfaat ini untuk mencari tips menarik di media sosial seperti tips
keibubapaan, resepi masakan dan sebagainya untuk diaplikasikan di dalam
kehidupan. Bagi seorang guru, media sosial boleh digunakan untuk memberi
tambahan tugasan yang menarik dalam
setiap topik pembelajaran yang telah diajarkan kepada anak didik mereka
seterusnya dapat meningkatkan kualiti pembelajaran di sekolah. Dapat dirumuskan
di sini bahawa media sosial dapat membekalkan pelbagai ilmu pengetahuan yang
berguna untuk dibaca dan diamalkan dalam kehidupan semasa.
Sejurusnya, laman sosial turut
memberi ruang dan peluang untuk pengguna
berkongsi suara fikiran masing-masing bergantung kepada isu-isu
semasa yang mahu diketengahkan. Hal ini dapat dilakukan sesama rakan, antara
guru dan murid, media massa dan orang awam, artis dan peminat, malah antara
pemimpin dan rakyat sebagai medan komunikasi. Dengan adanya medium komunikasi
baharu ini seperti aplikasi Twitter, secara tidak langsung membolehkan para
peminat mengenali artis kesayangan mereka dengan lebih dekat apabila mereka
berpeluang membaca apa-apa juga komen yang ditulis oleh setiap artis. Malah,
sebagai pemimpin negara nombor satu, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun
Abdul Razak turut gemar melayari web sosial Facebook dan Twitter. Selain
beliau, Presiden AS, Barack Obama, dan Presiden Perancis, Nicholas Sarkozy
antara pemimpin yang turut menggunakan Facebook. Mereka ini merupakan antara
jutaan manusia di seluruh dunia terpanggil untuk menyertai rangkaian laman web
sosial bagi berhubungan dengan orang ramai terutama rakyat Malaysia yang ingin
merapatkan jurang politik antara golongan muda dan lama. Tegasnya, dengan jaringannya
yang begitu meluas menjadikan hubungan antara insan semakin mesra, rapat dan
dekat seperti diwarkan-warkan – “Rakyat Didahulukan; Pencapaian Diutamakan”.
Selain itu, penggunaan media
sosial dapat menjimatkan kos membayar bil telefon dan internet. Sesuai
untuk pelajar, ibu bapa yang bertugas di luar negara, kini mereka mampu
tersenyum lebar kerana dengan menggunakan aplikasi berbual secara talian
seperti skype, yahoo messenger dan sebagainya, kita mampu untuk mebuat panggilan video, panggilan
suara dan “berchatting” dengan sanak saudara dengan percuma. Dengan ini,
pelajar dan ibu bapa yang belajar atau bekerja di luar negara mampu untuk
berhubung terus dengan saudara mara mereka ketika berada di perantauan tanpa perlu
bimbang akan soal bil internet kerana bil internet adalah tetap untuk setiap
bulan. Kos yang diperuntukkan untuk berhubung dengan keluarga mampu dikurangkan
secara lebih berkesan dan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Masalah jarak
beribu batu sudah tidak menjadi alasan untuk berhubung dengan ahli keluarga secara
kerap. Bagi pelajar yang berkahwin di luar negara, hari bahagia seperti majlis
perkahwinan mereka dapat dikongsi sama tanpa perlu mengeluarkan kos penginapan dan tiket
penerbangan. Hal ini kerana majlis perkahwinan anak mereka boleh ditonton oleh
keluarga secara langsung menggunakan skype walaupun dimana jua anda berada.
Sudah semestinya penjimatan seperti ini sangat diperlukan oleh para pelajar dan
pekerja yang tinggal di luar negara. Jelaslah, perkembangan media sosial
sebagai medium perhubungan mampu membawa kebaikan yang positif dan pengjimatan
kepada penggunanya.
Akhirnya, kebaikan media sosial yang lain ialah dapat
digunakan sebagai medium untuk rakyat
bersuara. Segala aduan boleh terus diadukan kepada saluran yang betul
seperti laman sesawang Facebook Perdana Menteri atau stesyen-stesyen televisyen
yang menjadi penyalur maklumat kepada pihak berkuasa. Jika aduan atau cadangan
yang dilontarkan berasas, pihak-pihak berkuasa akan mengambil tindakan yang
sewajarnya bagi menangani masalah yang sedang berlaku. Cara ini mungkin akan
lebih berkesan kerana wakil-wakil rakyat mula menggunakan media sosial sebagai
medium untuk mendekatkan diri dengan rakyat dan mendengar
semua keluhan dan aduan rakyat di kawasan mereka. Melalui media sosial,
seseorang pemimpin boleh berkongsi pendapat, meminta pandangan pelan tindakan
yang dirancangnya.. Melalui media sosial juga, individu yang tidak mempunyai
keberanian untuk bersuara secara berdepan dengan pemimpin juga mampu untuk
tampil membuat cadangan atau kritikan secara lebih sihat tanpa melalui
demonstrasi jalanan yang dianjurkan pihak tertentu. Namun kerjasama dari pihak
pemimpin juga amat diperlukan untuk menjayakan lagi pendekatan ini supaya mampu
memberikan peluang kepada rakyat untuk membuat penambahbaikan dalam
sistem-sistem tertentu untuk memperkasakan lagi corak pentadbiran negara dalam
proses untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Justeru, terbukti media
sosial mampu menjadi medium untuk rakyat bersuara demi kemajuan negara bangsa
tercinta.
Konklusinya, media sosial mampu membawa kepada
kebaikan yang ketara kepada pengguna jika digunakan secara bijak. Justeru, ibu
bapa mahupun penjaga haruslah memantau anak mereka ketika mereka menggunakan
media sosial untuk memastikan mereka
tidak melayari laman-laman sesawang yang berunsur lucah yang mampu merosakkan
minda si anak. Oleh itu, ibu bapa seharusnya memasang aplikasi untuk menyekat
akses kepada laman sesawang yang tidak mempunyai moral untuk melindungi mereka
daripada agen propaganda barat yang mahu merosakkan pemikiran remaja seluruh
dunia melalui muzik dan fesyen yang keterlaluan yang semakin mendapat tempat di
hati remaja di Malaysia. Pengguna juga harus lebih berhati-hati ketika
berurusan secara talian dan tidak mededahkan maklumat diri anda
sewenang-wenangya kerana kadar jenayah di internet telah meningkat sejak
akhir-akhir ini yang telah menelan kerugian jutaan ringgit. Di harapkan semua
pihak tampil untuk bekerjasama dalam memastikan media sosial sentiasa
digunakan di jalan yang betul. Gutu juga boleh memainkan peranan mendedahkan
laman-laman sesawang pendidikan serta menerapkan nilai-nilai murni dikalangan
pelajar supaya mereka mengetahui baik dan buruk menggunakan media sosial
bertepatan dengan slogan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan iaitu pemimpin
dalam menyebarkan kebaikan media sosial kepada rakyat supaya kebaikan ini dapat
memberikan kesan postif kepada mereka dan mampu meningkatkan kualiti hidup kearah
yang lebih baik pada masa yang akan datang.
Bacaan Tambahan Mengenai Kelebihan Media Sosial - Aplikasi sosial menghilangkan bosan
Aplikasi pilihan hilangkan bosan
Bukan
semua aplikasi di telefon pintar dapat membantu mengurangkan rasa
serabut, tapi ada beberapa yang mampu menceriakan ‘mood’ kita.
Telefon pintar ibarat ‘harta’ wajib ada bagi setiap remaja. Ia ibarat teman ketika kita di dalam situasi membosankan. SHUHADA MANSOR kongsi beberapa aplikasi yang berguna pada saat anda memerlukannya.
Ketika menunggu giliran, berada dalam kenderaan awam atau dalam perjalanan ke destinasi, kita pasti akan bosan menanti situasi ini berakhir.
Hanya satu jalan penyelesaian untuk ‘mematikan’ rasa bosan iaitu dengan melayari apa saja dihidangkan di dalam telefon pintar.
Media sosial antaranya yang paling menjadi pilihan anak muda. Bukan hanya ketika bosan malah ada yang terlalu leka ‘melayan’ hingga membuang masa. Tidak dinafikan, perkembangan teknologi menjadikan gajet ini satu benda yang menyenangkan walaupun ada kalanya obsesi kita hingga membuatkan kita lupa betapa pentingnya masa.
GENG MEDIA SOSIAL
Kumpulan pengkaji, Pew Research Center yang berpengkalan di Amerika Syarikat berkata kewujudan media sosial sejak beberapa tahun lalu masih relevan dalam kalangan remaja masa kini. Menurut organisasi itu, mereka menyenaraikan empat media sosial yang kekal dilayari remaja tanpa mengira waktu.
Facebook - Facebook masih menjadi keutamaan dalam kumpulan aplikasi media sosial yang paling banyak dilayari sejak kehadiran telefon pintar. Dilaporkan, lebih 71 peratus pengguna Internet mempunyai akaun Facebook dan lebih memeranjatkan apabila kumpulan pengguna berumur 65 tahun ke atas turut aktif dalam media ini. Apa yang menjadikan Facebook di tangga teratas adalah pengguna menjalin komunikasi dengan teman lama selain mencari artikel dan berita terkini.
Instagram - Berfungsi seperti album gambar, Instagram menjadi kegilaan remaja masa kini. Perkongsian momen indah membabitkan pengembaraan, kehidupan harian, makanan, fesyen dan sebagainya memberi idea baru kepada kita. Difahamkan, jumlah pengguna Instagram kini mencecah lebih 300 juta orang di seluruh dunia.
Path - Seperti Facebook namun kandungan Path lebih ringkas dan ringan menjadikan ia pilihan anak muda yang sukakan suasana lebih tenang. Mungkin ia kurang popular di Malaysia tetapi Path menjadi antara media sosial pilihan pertama di sesetengah negara. Untuk kelainan dan hilangkan rasa bosan, path antara yang dicari.
KELOMPOK GILA GAME
Berdasarkan penelitian dijalankan Pasaran Aplikasi Android atas Talian, Mobomarket menjelaskan terdapat tiga kategori aplikasi paling banyak dimuat turun iaitu membabitkan game, media sosial dan fotografi.
Candy Crush - Permainan game yang ringan ini antara paling banyak dimuat turun oleh pengguna telefon pintar. Bermula daripada tahap mudah hingga ke tangga sukar menjadikan kita fokus untuk menyelesaikan halangan. Rasa bosan dengan mudah dapat dilupakan apabila anda fokus dengan game ini.
Subway Surfer - Permainan yang memerlukan pemain melarikan diri daripada polis ini menjadi kegilaan remaja sekarang. Pengguna dapat membayangkan keadaan sebenar apabila berusaha membantu pemain utama melarikan diri. Justeru, bukan hanya menghilangkan rasa bosan malah kita mungkin lupa waktu sebenar sekiranya fokus permainan ini.
KUMPULAN BERSOSIAL
WhatsApp - Bagi pemilik telefon pintar khususnya di negara ini, pastinya ‘wajib’ mempunyai aplikasi berborak ini di dalam gajet anda. Bukan hanya komunikasi membabitkan dua orang, tetapi ia membolehkan anda mencipta kumpulan terdiri lebih 50 orang. Tidak semestinya perihal penting dibicarakan, ada kalanya perkongsian isu kelakar juga dapat menggembirakan hari anda.
Line - Sama seperti WhatsApp, aplikasi ini menjadi pilihan pengguna di negara luar antaranya China. Kepelbagaian elemen tambahan yang menceriakan lagi perbualan menjadikan tarikan sepanjang masa.
Gen Y faham kehendak anak muda. Dengan wujudnya ribuan jenis aplikasi dicipta untuk kita, ia dapat membantu kita menjadi individu yang lebih cepat dan terbuka dalam segala hal. Namun perlu diingat, jangan hanya mengejar keseronokan sendiri hingga lupa dibuang tanpa ada pengisian sepatutnya.

No comments:
Post a Comment